Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, March 12, 2014

Terkini Nelayan Temui Mayat Di Selat Melaka!!!


Sesosok mayat lelaki ditemui di Pulau Salah Nama , Kabupaten Batubara , Sumatera Utara ( Sumut ) , Rabu ( 12/3/2014 ) . Kawasan ini merupakan sebahagian dari jalur Selat Malaka .

Mayat itu ditemui pada pagi Rabu sekitar jam 10.00 WIB . Nelayan yang mendapati keadaan itu terus melaporkan kepada pihak berkuasa . Seterusnya mayat tersebut diselamatkan pasukan Badan Penanggulangan Bencana Daerah ( BPBD ) Batubara .

Kakitangan SAR BPBD Batubara Abdul Azis menyatakan, mereka berangkat mengambil mayat tersebut dengan menggunakan perahu . Mereka tiba sekitar jam 12.00 WIB .

" Mayat berindetiti lelaki , menggunakan kemeja dan seluar jeans warna biru . Tidak memakai kasut . Anggota tubuhnya masih lengkap , dan tiada tanda - tanda penganiayaan , " katanya .

Masih belum diketahui identiti mayat tersebut, namun jika dilihat dari pakaian yang masih melekat di badannya, bukan merupakan nelayan . Dijangka mayat itu sudah terapung di laut kira-kira dua hari .

Mayat tersebut selanjutnya dibawa ke Puskesmas Labuhan Ruku , Kecamatan Talawi , Batubara untuk bedahsiasat . Pihak polis sudah mendapat laporan mengenai penemuan mayat ini .

Belum jelas apakah ada kaitan mayat ini dengan kehilangan pesawat MAS MH370 . Namun pasukan pencari memang sempat melihat kehadiran pesawat hingga selat Melaka 

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.