Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, March 27, 2015

BANGANG TAHAP UNTA, JENIS APA PEMIMPIM PEMIMPIN PAS NI? RAMAI PEMIMPIN PAS TOLAK HUDUD TK NAK TANYA, NAK SIBUKKAN UMNO.

Thursday, March 26, 2015

Hari ini, Mahfuz Omar diarah keluar Dewan apabila terus mendesak dan marah apabila pada 11 Mac dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja, Kerajaan tidak membawa usul hudud. Kata Mahfuz, Kerajaan atau lebih tepat lagi UMNO memungkiri janji dalam JawatanKuasa Teknikal Hudud.

Baghal apa agaknya Mahfuz Omar dan Ahli-Ahli Parlimen PAS dalam kes ini?

DUN Kelantan hanya luluskan Pindaan Enakmen Undang-Undang Syariah (II) Kelantan pada 19 Mac. Majlis Raja-Raja bersidang pada 11 Mac, 8 hari sebelum tarikh itu. Kalau berselang 8 jam pun tak boleh mendahului inikan 8 hari. Bangang tak bagi kat orang langsung.

Bukankah sehingga 11 Mac, malah sampai sekarang pun, di kalangan PAS dan Pakatan Rakyat sedang bercempera kerana tidak menyokong dan menentang hudud?

Kenapa nak salahkan UMNO dan Kerajaan kerana tidak membawa usul hudud ke Majlis Raja-Raja dan mengamuk apabila mendapat tahu ianya tidak dibawa ke persidangan tersebut?

Akai letak kat kepala lutut ka.... DUN  belum luluskan dah nak bawa ke Majlis Raja Raja. Ini bukan mesyuarat ranting PAS weiii.

Sepatutnya Mahfuz Omar dan Ahli-Ahli Parlimen PAS yang keluar Dewan lebih sibukkan dengan para pemimpin dan ahli-ahli PAS sendiri yang sedang menentang Hudud, selain memastikan DAP akur dengan rancangan hudud PAS, bukannya menentang seperti sekarang.

Lagipun, PAS adalah rakan sekutu DAP, bukannya rakan sekutu UMNO. Yang Mahfuz nak mengamuk tu pasai apa?

Sepatutnya selepas DUN, isu tersebut dibentangkan di Parlimen. Keputusan di Parlimen, barulah dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja, bukannya terbalik dan songsang sana sini.

Mahfuz dan Ahli-Ahli Parlimen PAS ni cerdik ke tidak? Ke sebab kalut sangat nak cover penentangan Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan DAP, selain mahu menuduh UMNO menentang hudud untuk mudah dipersalahkan, walaupun pada 19 Mac, UMNO Kelantan telah terbukti menyokong dengan sokongan sebulat suara berbanding Husam Musa yang lari kononnya ke Turki tetapi setelah 'ditangkap' berceramah di PRK DUN Chempaka pada malamnya sehingga memaksa esoknya dia hadir sidang DUN?

Nampak sangat kerja-kerja bodoh ini didalangi DAP yang cuba mengelak daripada dipersalahkan kerana menentang kuat hudud. Nampak sangat Ahli-Ahli Parlimen PAS itu cuba menyembunyikan pendalangan dan jenayah DAP terhadap hudud dengan cuba menjadikan UMNO dan Majlis Mesyuarat Raja-Raja sebagai kambing hitam mereka.

Dah boleh baca dah!!!

Terserlah kebangangan dan ketololan!!!

The savouir

1 comment :

Anonymous said...

Ya, tahap unta. Kalau tidakpun tahap keldai. Sibuk tanya pendirian kerajaan pasal hudud sedangkan dalam pas, iaitu partinya sendiri dah macam kapal karam. Siap boleh marah dan naik angin pulak tu! Last2, kena halau. Betul2 memalukan diri sendiri. Tak bijak, duduk diam2 la. Jangan tunjuk bodoh depan public.

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.