Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, May 15, 2015

Ismee Mencari Tapak Baru di FGVH?

Orang di dalam FGVH sanggup sedekah pisang 4 kali jumaat, jika nama yang disebut sebagai menjadi pilihan Madame untuk menjadi CEO baru FGVH – tidak menjadi. Tekanan sedang kuat dibuat untuk meletakkan Ismee (TH/1MDB) ke FGVH kononnya atas alasan untuk memperkukuh FGVH di peringkat global.

Cemerlang sangat kah Ismee ini? Cemerlang cara mana? Cuba berikan contoh bagaimana Ismee ini dikatakan seorang ahli korporat yang super cemerlang? Kalau cemerlang, takkanlah 1MDB berdepan dengan macam-macam masalah yang ada ni. Sedangkan Ismee ada di dalam untuk menjaga kepentingan kerajaan. Apa dia buat?

Sekarang ini, katanya Ismee sedang melobi kuat untuk ke FGVH. Ismee percaya, FGVH lebih meriah dengan peluang-peluang baru, yang boleh memberikan keuntungan maksima kepada FELDA.

Bolehkah Ismee dihantar untuk checkmate Napoleon FELDA bernama Isa Samad?

Siapa lebih cekap Napoleon, atau Ismee dibantu oleh arahan Madame?
Atau Ismee dihantar untuk menangani isu First Lady FELDA (Bibi) yang sudah meroyan mencari perniagaan untuk diri sendiri?

First Lady Malaysia vs. First Lady FELDA


Ramai orang di FGVH berkongsi, kalau berlaku pertandingan boxing antara kedua-duanya ini, ianya pasti lebih hangat berbanding boxing baru ini.

Umno Youth chief Khairy Jamaluddin is urging the Finance Ministry to reveal the price paid by 1Malaysia Development Berhad for the entire 28.3ha site of the Tun Razak Exchange project. – Reuters pic, May 8, 2015.


First Lady FELDA jangan ingat cerita dia bershopping saban hari di Pavillion tak sampai ke telinga Madame.

Semua sampai.

Berapa kos nak ubahsuai pejabat First Lady FELDA pun maklum. Arahan demi arahan First Lady FELDA pun maklum.

Kalau kerajaan ambil keputusan untuk gugur Emir, dan letak Ismee. Rasanya akan ada lagi syarikat yang kong kali kong.


Katanya, Ismee nak cadangkan FELDA ceburkan bidang OIL and GAS. Modal yang akan diberikan cukup besar. Projek PETRONAS selepas ini akan masuk ke FGVH. Handal mereka punya planning. 


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.