Wednesday, July 29, 2015
Khalid Al-Walid Tetap Taat Walaupun Dipecat!
Selepas Serang Kerajaan Kini DAP Mula Serang Kawasan Kelabu di Johor!!!
Berpecahlah Melayu Dengan 30% Undi Melayu DAP Bakal Terajui Putrajaya!!!
Tidak pernah saya bayang akan jadi TPM - Zahid Hamidi
Tuesday, July 28, 2015
SENARAI KABINET BAHARU PM NAJIB 2015
PM Najib Umumkan Rombakan Kabinet : Muhyiddin Yassin digantikan dengan Zahid Hamidi sebagai TPM
Tuesday, July 28, 2015
PM Najib UMUM Rombakan Kabinet : Muhyiddin Yassin digantikan dengan Zahid sebagai TPM
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan perlantikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalannya, menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pengumuman dibuat di pejabatnya di Putrajaya tengahari ini.
Dalam ucapannya , Najib menegaskan beliau mengamalkan sikap terbuka dalam menerima kritikan. Namun sebagai anggota kabinet, perbedaan pendapat bukanlah cara terbaik dibuat di forum terbuka.
"Ia juga bertentangan dengan konsep tanggungjawab bersama," katanya, mengulas keputusan untuk menggugurkan Muhyiddin.
Berikut adalah muka-muka baru antara yang diumumkan Najib:
Wan Junaidi – Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
Reezal Merican – Timbalan Menteri Luar
Shabery Cheek – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
LIPUTAN LANGSUNG
2:00 petang
Senarai menteri-menteri yang terlibat dalam rombakan kabinet yang diumumkan sebentar tadi yang berkuatkuasa 29 Julai 2015
Perdana Menteri - Dato' Sri Najib Razak
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri - Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi
Menteri Luar Bandar - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Menteri MITI - Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri MITI - Datuk Ahmad Maslan
Menteri Pertanian & Industi - Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Azalina Othman Said
Menteri Pendidikan - Datuk Seri Mahdzir Khalid
Menteri KPDNKK - Datuk Hamzah Zainuddin
Menteri Sumber Asli & Alam Sekitar - Datuk Dr Wan Junaidi Wan Othman
Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Fadillah Yusof
Menteri Pengajian Tinggi - Datuk Seri Idris Jusoh
Menteri Luar - Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan Menteri Luar - Datuk Reezal Merican Naina Merican
Menteri Pengangkutan - Datuk Seri Liow Tiong Lai
Menteri Kesihatan - Datuk Seri S Subramaniam
Menteri Komunikasi & Multimedia - Dato' Seri Mohd Salleh Keruak
Monday, July 27, 2015
PADAH IBU MUDA BERANAK TIGA GILA.MAIN WECHAT, DIUGUT BUNUH LELAKI KALAU ENGGAN BERHUBUNGAN SEKS DI HOTEL!!!
Sunday, July 26, 2015
PENGGUNA media sosial khususnya wanita masa kini lebih gemar menghabiskan masa dengan memuat naik status dan pelbagai paparan aktiviti termasuk gambar ke akaun laman sosial masing-masing.
Namun kebanyakan daripada kita tidak sedar bahaya yang datang menyusul sekiranya kita terlalu seronok mendedahkan aktiviti seharian serta butir peribadi ke alam maya.
Pengakuan ibu muda kepada tiga orang anak yang masih kecil, Erma (bukan nama sebenar) benar-benar membuka mata tentang bahaya penggunaan media sosial yang tidak terkawal.
Erma, 32, merupakan seorang pekerja sektor perkhidmatan yang menetap dan bekerja di Petaling Jaya.
Walaupun sibuk dengan kerjaya dan keluarga, Erma mengakui gemar menghabiskan masa yang terluang di ruang media sosial, tidak kira di Facebook, atau Twitter.
Teruja dengan aplikasi media sosial WeChat yang pada masa itu menjadi kegilaan remaja dan golongan yang gemar bersosial, Erma tidak mahu ketinggalan untuk turut mencuba aplikasi tersebut.
Pada mulanya ia hanya untuk suka-suka. Tekan sahaja butan Search Nearby (carian berdekatan), pasti berderet individu tersedia untuk ditambah sebagai kenalan.
Menurut Erma, perkenalannya dengan Rosman (bukan nama sebenar) bermula sejak tiga bulan ibu kepada tiga anak ini menggunakan aplikasi tersebut.
“Saya berkenalan dengannya (Rosman) ketika saya masih baru menggunakan aplikasi WeChat. Rosman meminta saya meluluskan permintaannya untuk menjadi salah seorang daripada kenalan saya,” katanya.
Tambah Erma lagi, segala-galanya tentang Rosman termasuk gambar yang digunakan di profilnya adalah palsu.
Lelaki itu tidak pernah mendedahkan gambarnya yang sebenar sehinggalah pertemuan antara mereka dirancang.
Ujar Erma lagi, selama perkenalannya dengan jejaka WeChat itu, Rosman menggunakan gambar seorang lelaki yang agak tampan hanya untuk mengumpan wanita untuk dijerat kemudian harinya.
Kata Erma, walaupun Rosman tersenarai sebagai salah seorang kenalan dalam aplikasi tersebut, Erma tidak pernah memulakan perbualan dengan lelaki tersebut.
“Saya tidak pernah tegur dia, biasanya dia tegur saya. Itu pun jarang sekali saya balas kerana saya terlalu sibuk dengan kerja dan keluarga.
“Saya memang ada reply (balas) mesej dia beberapa kali, tetapi ia hanya perbualan biasa, yang lama kelamaan bertukar dan berbaur lucah,” luahnya kepada penulis.
Jelas Erma lagi, perbualan antara kedua mereka tidak lagi berlangsung apabila Rosman berubah. Kerap kali Rosman menghantar pesanan menerusi Wechat untuk mengajaknya mengadakan hubungan seks di hotel-hotel mewah dan hotel bajet.
“Saya tidak layan (berbalas mesej) dia sejak dia mula minta yang bukan-bukan dari saya. Sejak itu dia mula mengugut saya dan anak-anak saya. Katanya, jika saya tidak layan dia, dia akan cari anak-anak saya dan akan bunuh kami,” ujarnya lagi.
Mengakui situasi mula memuncak, Erma yang semakin buntu akhirnya berterus terang dengan suami.
“Dia kenal anak-anak saya menerusi gambar yang dimuat naik oleh saya sendiri ke akaun WeChat saya. Bila saya kerap diugut, suami cadangkan saya buat laporan polis.
“Saya ikut cakap suami dan terus buat laporan. Kebetulan saya ada sepupu yang bekerja sebagai polis di Bukit Aman, dia membantu kami untuk menangkap Rosman,” katanya lagi.
Rancangan memerangkap Eddy dimulakan sebaik sahaja sepupu Erma, Amir (bukan nama sebenar) menyamar sebagai Erma dan mula membalas teks yang dihantar Rosman.
“Amir yang menyamar sebagai saya,merancang pertemuan antara kami. Sebelum berjumpa, dia (Rosman) meminta saya masukkan sejumlah wang ke dalam akaunnya atas alasan untuk membayar pendaftaran masuk ke hotel tersebut.
“Mujur Amir bijak mencari alasan. Kata Amir bagi pihak saya, kos tersebut akan dibayar sebaik sahaja kami berdua mendaftar masuk ke hotel tersebut.
“Rosman mahu saya ke salah sebuah hotel ternama di Kuala Lumpur di mana kami akan berjumpa di kafe hotel sebelum mendaftar masuk ke bilik hotel tersebut,” katanya.
Erma dan suami bersama beberapa anggota polis ke hotel tersebut seperti yang dirancang. Dari jauh kelihatan seorang lelaki bersusuk tubuh gempal sedang duduk santai di kafe, seolah-olah menunggu seseorang lagaknya.
Erma diarahkan Amir untuk berjumpa dengan lelaki tersebut untuk memastikan bahawa dia adalah suspek yang bakal ditahan Amir.
“Walaupun rasa tidak selesa, saya tetap berjumpa dengan Rosman. Kami bertanyakan nama masing-masing sebelum saya diminta duduk oleh Rosman.
“Selepas beberapa minit berbual kosong, Rosman mengajak saya untuk check in (mendaftar masuk) ke hotel. Ketika kami bangun dari tempat duduk masing-masing, Rosman ditahan polis,” katanya lagi kepada penulis.
Rosman ditahan beberapa hari oleh polis bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut, bagaimanapun menurut Erma, dia dibebaskan atas jaminan polis.
Sejak itu, Erma tidak menerima gangguan dari Rosman lagi. Sumber
Anwar Tahu Mana Nak Cari Duit Jika Berlaku 'Siri pPiihanraya Kecil'
GHB diminta melihat dan mendengar apa perasaan rakyat setelah mereka ambil keputusan untuk mufarakah dari Pas. Dalam solat pun dibolehkan mufarakah. Apa sangat dalam politik. Sebab itu apabila timbul isu bai’ah dan sebagainya, pelopor GHB tidak kisah sangat.
Arahan terbaru yang diterima daripada Mursyidul Am Sebenar GHB (Sungai Buloh) adalah meletakkan jawatan sekiranya perlu. Semuanya bergantung kepada sentimen rakyat. Kalau ok, tak perlu. Tapi pressure kuat, siri pilihanraya kecil adalah jalan terbaik.
Apabila ditanya soal modal untuk siri pilihanraya kecil; Mursyidul Am Sebenar GHB (Sungai Buloh) yakinkan supaya mereka jangan risau. Kalau setakat 11 kawasan Parlimen; 17 DUN; rasanya modal yang ada sudah cukup.
Modal ini akan turut dibantu oleh satu arahan khas kepada Azmin dari Sungai Buloh. Bajet tertentu Kerajaan Negeri Selangor akan digunapakai. Secara kebetulan, banyak juga pilihanraya kecil akan berlaku di negeri ini. Untuk asingkan sedikit untuk beberapa kawasan di Kelantan, di Kedah, di Perak tidak akan timbul masalah.
Pilihanraya kecil ini peluang untuk bawa masuk ramai orang kecewa ke dalam sistem politik. Orang seperti Husam, Salahuddin Ayyub – tak boleh berada di tepian padang. Mesti masuk dalam padang. Itu boleh diusahakan.
Malahan Husam bersedia untuk bertanding di Shah Alam, apabila laporan dalaman mengatakan Khalid Samad akan tersungkur teruk jika bertanding semula di Shah Alam di atas tiket GHB.
Salahuddin Ayyub juga mengidam untuk bertanding.
GHB akan mempunyai modal yang cukup, apabila kemampuan kewangan DAP dan PKR membantu parti baru tersebut. Buat masa sekarang, invois bulanan Abang Mat Sabu sahaja sekitar RM20 ribu sebulan. Belum masuk buat open house dan turun ke negeri-negeri. Ini semua rezeki bulan Syawal
Saturday, July 25, 2015
TONG KOII ONG,Orang Yang Dituduh Cuba Menggulingkan Kerajaan Dengan Penurunan Nilai Ringgit dan 1MDB, Akhirnya Buat Pengakuan Mengejutkan
Nama Tong Koii Ong bukanlah asing. Bekas ahli perbankan pada zaman Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan yang turut menjadikan bank miliknya, Phillieo Allied sebagai tempat mendeposit wang-wang dari sumber yang diragui selain menjadi tempat berlabuhnya beberapa orang kroni rapat Anwar Ibrahim, termasuklah isteri Azmin Ali, Shamsidar Taharim, juga merupakan pemilik The Malaysian Insider dan The Edge yang telah sekian lama menggunakan media untuk mengukuhkan kedudukan dan pengaruh Anwar Ibrahim, selain bertindak menghuru-harakan negara dengan laporan-laporan yang bersifat subversif.
Pengakuan bertulis yang dibuat oleh Xavier Justo dalam surat mempunyai 22 halaman kepada polis Thailand bagaikan memerangkap Tong Koii Ong dan Ho Kay Tat, selain Clare Brown dan Tony Pua serta Rafizi Ramli.
Dengan Wall Street Journal pula mengubah pendirian mereka daripada 'MENUDUH NAJIB MENGGUNAKAN AKAUN PERIBADI' untuk mencuri RM700 juta kepada 'PERCAYA, AKAUN PERIBADI NAJIB' digunakan untuk kemasukan RM700 juta, perubahan besar sedang berlaku sebelum perjanjian TPPA dimuktamadkan menjelang lawatan kali kedua Barrack Obama ke Malaysia pada November nanti.
Tong Koii Ong dalam pengakuannya, telah membenarkan kata-kata Xavier Justo bahawa dia telah ditipu oleh seorang ahli perniagaan Malaysia. Tong Koii Ong mengakui yang ahli perniagaan Malaysia itu adalah dirinya. Sekaligus, pengakuan Tong Koii Ong itu juga telah membenarkan pengakuan bekas editor Sarawak Tribune, Lester Melanyi yang kredibilitinya cuba dihancurkan oleh Tony Pua dan Rafizi Ramli agar kenyataan serta pengakuannya tidak diterima awam.
Namun alasan yang diberikan oleh Tong Koii Ong yang data-data tersebut dicuri dan Xavier Justo diperdaya hanyalah untuk penyiaran bagi mendapatkan kebenaran, adalah sesuatu yang langsung tidak masuk akal. Ini adalah kerana Polis Thailand dan Polis Singapura telah pun mengesahkan data-data yang disiarkan oleh The Edge, The Malaysian Insider, Sarawak Report dan digunakan sebagai hujah oleh Tony Pua serta Rafizi Ramli merupakan data-data yang telah diubahsuai dan dipinda bagi mencapai maksud bagi tujuan menggulingkan Kerajaan Malaysia.
Hanya selepas terdesak dan hanya selepas pembetulan kembali dilakukan, barulah kesemua data curi tersebut diserahkan kepada polis dengan harapan, PDRM sendiri yang akan membuat 'cucian' The Edge dan Sarawak Report tidak meminda dokumen-dokumen berkenaan.
Buat masa sekarang, hanya Ho Kay Tat yang berada dalam soalsiasat polis. Giliran Tong Koii Ong, Tony Pua dan Rafizi Ramli belum muncul lagi walaupun mereka dilihat tergesa-gesa untuk melarikan diri ke luar negara kalau tidak kerana sekatan perjalanan oleh Jabatan Imigresen.
Mereka masih dikira beruntung kerana berbuat begitu di Malaysia. Kalaulah kesemua mereka melakukan kesalahan yang sama di China, sudah tentu sekarang ini ahli-ahli keluarga mereka terpaksa mengumpulkan wang untuk membeli peluru yang akan digunakan oleh pasukan penembak hukuman mati untuk membunuh kesemua mereka!
Nak Ambil Pekerja Pun Mesti Tahu Bercakap Dialek Cina Selain Mandarin, Bukan RASIS Ke Namanya?
Masalah RASIS di Malaysia kerapkali dihamburkan kepada UMNO dan Barisan Nasional sekalipun pada masa yang sama, tiada sesiapa pun dapat menafikan bahawa Barisan Nasional adalah rangkuman daripada parti-parti politik pelbagai kaum yang berada dalam satu saf, menggembleng tenaga dan usaha bagi memajukan negara ini.
UMNO adalah ketua dalam Barisan Nasional manakala parti-parti pendokong pula mewakili setiap etnik dan kaum di negara ini yang turut menganuti pelbagai fahaman dan agama.
Dalam situasi rasional pun, setiap orang akan berasa lebih selamat dan selesa di kalangan kaumnya sendiri. Retorik kononnya menghimpunkan setiap individu dalam satu wadah yang menyajikan muhibah dan toleransi keterlaluan, hanyalah wujud dalam angan-angan kerana kejadian alamiah manusia itu sendiri tercipta di kalangan kaumnya, walaupun hakikatnya mereka terwujud kesan daripada percampuran atau hibrid.
Jadi, apabila DAP mendabik dada kononnya mereka lebih liberal, lebih demokratik, lebih tidak berpaksikan bangsa dan lebih telus, mereka sebenarnya adalah penipu besar. Kalau mereka seperti yang diperakui, mereka tidak akan mempersoalkan Bahasa Melayu, Dasar Pelajaran Kebangsaan, kedudukan agama Islam dan orang Melayu-Bumiputera dan sebagainya. Mereka tidak akan giat bercakap tentang sekolah-sekolah vernakular kerana Perlembagaan Malaysia sudah pun menyatakan bahawa teras negara ini adalah Melayu dan Islam. Bahkan mereka juga akan menyokong kuat, penghapusan sekolah-sekolah beraliran vernakular, dan mewujudkan satu sistem pelajaran kebangsaan sepertimana yang diamalkan oleh negara-negara lain di dunia ini termasuklah di China, Singapura dan Taiwan, tiga kiblat utama DAP.
Malahan kesemua pemimpin DAP juga seharusnya lebih fasih dalam berbahasa Kebangsaan, mampu menyanyikan lagu kebangsaan dan mengutuk sebarang usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang melebihkan lain bahasa berbanding Bahasa Kebangsaan, sesuai dengan pengakuan dan dasar perjuangan mereka, Malaysia Malaysian.
Negara ini sebelum kewujudan PAP yang kemudian menelurkan DAP, jauh lebih liberal dan terbuka. Slogan muhibbah tercipta pada zaman sebelum ketiadaan DAP. Orang Cina, India, Melayu dan pelbagai etnik hidup dalam muhibbah sebelum kewujudan DAP.
Apabila DAP buat kali pertama menyertai Pilihanraya Umum pada tahun 1969, apa yang mereka ciptakan adalah jurang permusuhan antara kaum. Mereka mewujudkan sikap saling tidak percaya antara kaum yang kemudian mereka persalahkan UMNO yang telah membenarkan penyertaan kaum lain dalam politik negara ini, bahkan menyokong pemberian kewarganegaraan kepada kaum pendatang yang belum tentu taat setia mereka kepada negara ini.
Lim Kit Siang kata Malaysia berada dalam keadaan yang amat bahaya. Ledakan RASIS akan berlaku pada bila-bila masa sahaja. Dan seperti biasa, Lim Kit Siang cuba menyalahkan Melayu, UMNO dan Islam. DAP langsung tidak bersalah. Sebarang isu yang dicetuskan oleh DAP termasuklah KALIMAH ALLAH, Bible Berbahasa Melayu, anti-Christ di Sarawak dan sebagainya, tidak dianggap sebagai faktor. Malah sokongan kuat DAP kepada puak pemisah S4S di Sarawak juga dianggap sebagai tidak apa-apa.
Cubaan untuk menggulingkan kerajaan negara ini menerusi tindakan Lim Guan Eng, Tony Pua, Anthony Loke, Teresa Kok dan Lim Kit Siang sendiri menerusi perancangan yang amat teliti dengan menjadikan entiti yang menjaga kepentingan Melayu-Bumiputera-Islam, tidak dianggap sebagai satu kesalahan. Bahkan sesiapa sahaja yang mendedahkan perbuatan itu pula yang dianggap sebagai RASIS.
Perhatikan pula bagaimana kalutnya DAP menentang segala akta yang boleh menghalang perbuatan menghasut dan menimbulkan kekacauan di negara ini.
RASIS adalah senjata utama yang digunakan oleh DAP dan RASIS juga adalah amalan DAP serta penyokong-penyokong parti tersebut.
Selidikilah puak-puak yang bercakap tentang RASIS dan anda pasti akan menemui sikap chauvinist yang sangat menebal di kalangan mereka sehinggakan mereka mencipta tembok pemisah dan jurang antara kaum tetapi kemudian mendabik dada kononnya mereka tidak RASIS.
sumber