Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, October 2, 2015


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi mendakwa beliau tidak mengeluar satu sen pun untuk majlis perkahwinan anak lelakinya di Indonesia yang menurutnya ia diuruskan oleh bapa mertua anak lelakinya.

Menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh penulis Shahbudin Husin dalam tulisannya berhubung lawatan Zahid itu, naib presiden Umno berseloroh berharap Allah memberi balasan pada pihak terbabit jika anak perempuan atau lelakinya berkahwin.

Pada masa yang sama, Zahid mengesahkan bahawa beliau menghadiri majlis perkahwinan itu pada 19 Ogos sewaktu lawatan rasminya ke Indonesia.

"Anak lelaki saya berkahwin dengan gadis Indonesia lebih awal di Kuala Lumpur," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media.

Mengetahui tentang lawatan rasmi ke Indonesia, Zahid berkata, besannya merupakan seorang ahli perniagaan yang kemudiannya merancang untuk mengadakan satu majlis perkahwinan di Jakarta.

"Saya tidak membelanjakan sedikitpun wang untuk melayani mana-mana pihak. Majlis itu bukan saya punya, ia dibuat oleh besan saya.

"Saya tidak membelanja wang untuk mana-mana menteri atau tetamu daripada Malaysia bagi menghadiri perkahwinan itu," katanya sambil menolak persoalan Shahbudin bahawa lawatan rasminya kebetulan dengan majlis resepsi itu.

"Mengapa dia tak tanya saya untuk menjelaskan secara terbuka, saya tak salah guna dana awam," katanya.

Shahbudin berkata dipanggil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) kelmarin untuk memberi keterangan berhubung tulisannya pada 20 September bertajuk "Kenapa lawatan rasmi Zahid ke Indonesia sama tarikh dengan majlis sanding anaknya di Jakarta?".

Shahbudin berkata beliau disiasat oleh SKMM bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan ia kali pertama dipanggil berbuat demikian. -MK



No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.