Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, November 12, 2015

Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak Dibuka Semula???

KERJA pembersihan bagi laluan Kuantan ke Kuala Lumpur
LAPORAN ASTRO AWANI:

BENTONG: Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dibuka semula kepada semua kenderaan selepas berlakunya banjir lumpur pada petang Rabu.

BACA: VIDEO PALSU Tanah Runtuh KARAK Sebenarnya Berlaku di Wilayah Shaanxi, Southwest Beijing, China.

Bagaimanapun, daripada empat laluan, hanya dua lorong sahaja dibuka sejak pukul 3.30 pagi Khamis.

Laluan dua lorong menghala ke pantai timur kini dijadikan laluan kontra berikutan laluan ke Kuala Lumpur masih ditutup kerana dipenuhi lumpur.

Kerja-kerja mengalihkan lumpur diteruskan pagi ini.

Selain itu, Unit Cerun Jabatan Kerja Raya akan membuat pemantauan bagi melihat sama ada wujudnya pergerakan tanah mahupun laluan air di lokasi kejadian. -ASTRO AWANI

LAPORAN BERNAMA:

Kerja-kerja pembersihan di kawasan tanah runtuh Km52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak selesai pada pukul 3.20 pagi tadi.

Pemegang konsesi lebuhraya itu, ANIH Berhad dalam kenyataannya bagaimanapun memaklumkan laluan kedua-dua hala masih ditutup kepada semua kenderaan sehingga dimaklumkan kelak atas faktor keselamatan.

Kenyataan itu menambah setakat ini,hanya kenderaan yang terkandas antara Selesa Hillhomes dan Plaza Tol Bentongyang dibenarkan melalui lebuh raya itu.

Sementara itu, Ketua Polis Bentong Superintendan Mohamad Mansor Mohd Noor pagi ini mengesahkan jalan lama Gombak-Bentong juga tidak boleh dilalui kerana terdapat tanah runtuh dan pokok tumbang di beberapa lokasi.

"Pengguna jalan raya yang berhajat dari Gombak ke Bentong dinasihatkan berpatah balik dan tidak melalui jalan ini.

"Kerja pembersihan kini giat dijalankan dan perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya.

Kejadian tanah runtuh berhampiran Lentang-Bukit Tinggi pada pukul 6.30 petang semalam menyebabkan sebahagian lebuh raya dari kedua-dua arah tidak boleh dilalui, namun tiada kehilangan nyawa dilaporkan.

Hanya tiga buah kenderaan persendirian dan sebuah lori angkut terkandas di kawasan itu, namun kesemua pemilik kenderaan berjaya diselamatkan.- Bernama

Penduduk bergotong-royong mengangkat kenderaan yang tertimbus berikutan tanah runtuh di Kuaters Jabatan Perhutanan Lentang. - Video Ghazali Kori, Berita Harian Online

Keadaan selepas kejadian tanah runtuh di Lebuh raya Kuala Lumpur-Karak. - Video Ghazali Kori, Berita Harian Online 

Cr : celahgelegar 

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.