Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, November 4, 2015

Rafizi Beri Alasan "Dua Botak" Tidak Sesuai Untuk TV Untuk Elak Berdebat Dengan Arul Kanda!!!

Selain Tony Pua, yang paling kuat melalak tentang 1MDB adalah Rafizi Ramli. 1MDB adalah modal Rafizi Ramli untuk menunjukan betapa hebatnya dia, betapa cerdiknya dia dan betapa bijaksananya dia dalam serba-serbi.

Katanya, dia telah memberitahu Tony Pua tentang kehandalan Arul Kanda dalam ilmu perdebatan. Dia telah membincangkan hal tersebut.

Cadangan Anthony Loke agar tempat Tony Pua digantikan oleh orang lain, juga nampaknya tidak begitu mengiurkan Rafizi Ramli. Selalunya dia yang paling lantang dan paling cepat, tetapi untuk berhadapan dengan Arul Kanda, Rafizi Ramli sanggup memberikan alasan paling bodoh.

Ketika ditanya tentang kesediaannya menggantikan Tony Pua, Rafizi memberitahu:

"Tidak perlu. Kedua-dua kami botak. Tidak elok untuk tv," katanya di lobi Parlimen.

Menurut rakan blogger The Saviour, Rafizi dalam nada yang lebih serius berkata, dia telah membincangkan hal tersebut dengan Tony Pua sebelum itu dan menyerahkan kepada kepimpinan Pakatan untuk memutuskan siapa yang akan berdebat dengan Arul Kanda.

"Pakatan boleh mendapatkan pengganti dengan mudah. Bukannya susah sangat nak berdebat dengan orang yang tidak boleh mempertahankan dirinya," katanya, sombong.

Ironinya, Rafizi sendiri enggan menamakan dirinya untuk menggantikan Tony Pua. Malah sudah bersedia untuk memutarbelitkan isu tersebut, terutama sekali apabila sudah kedengaran, perdebatan tersebut yang akan disiarkan secara langsung oleh televisyen, tidak akan diadakan bagi mengelakkan pertembungan dengan siasatan PAC.

1 comment :

Muniroh Ahmad said...

Aku pengundi BN aka UMNO.
Aku tak sokong DAP apatah lagi PKR. Baik Anthony aloke atau Tony Pua. Rafizi jauh sekali nak aku sokong.

tapi soal 1mdb adalah soal rakyat. Drp wakil rakyat umno yg telah bercakap mengenai 1mdb telah di pecat. TDM di hina.

jadi nak kutuk tony pua tak berani nak debat. Lepas tu lawak pandikar nak letak jawatan.

sebenarnya kami rakyat maheran nampak siapa yg kecut.

Nama jho low tak nak di panggil sebab dia bukan saksi..tapi nakalnya pemakan dedak spin tak sudah.

BN dan UMNO akan tumbang PRU14 di sebabkan kauorg pemakan dedak yg terlebih sudu drp kuah.

Kerajaan nak tutup 1mdb dgn sosma.

aku dah meluat. Jgn cakap najib hebat.

dia lah yg jahanamkan malaysia dgn 1mdb.

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.