Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, December 11, 2015

Merujuk kepada laporan portal Suara TV yang menggelirukan dan tidak benar. Memetik MiM disini.

Portal tersebut mendakwa Timbalan Presiden UMNO TS Muhyiddin Yassin 
telah menarik DS Hishammuddin Hussein ketepi sebelum mengeluarkan 
kata-kata kesat dan menjerit kepada Hishammuddin Hussein.
Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan marah dengan keputusan ahli Mah Tertinggi (MT) yang memutuskan hanya Datuk Seri Najib Razak akan melakukan ucapan penggulungan pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2015, Sabtu ini.  
Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi, sejurus selepas mesyuarat khas tersebut Muhyiddin dikatakan menarik Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein ketepi sebelum menjerit sambil mengeluarkan kata-kata kesat bagi meluahkan rasa tidak puas hatinya. 
"Kenapa tak bagi aku berucap, ********* betul” jeritnya kepada Hishamuddin dengan nada berang sebelum beredar. 
Menurut sumber yang enggan mendedahkan identitinya itu, jeritan Muhyiddin itu di dengari oleh beberapa orang ahli (MT) lain yang berada tidak jauh dari tempat kejadian - Suara TV
Muhyiddin Hussein berkemungkinan besar tidak puas hati terhadap keputusan Majlis Tertinggi UMNO yang tidak membenarkan beliau berucap semasa sessi penggulungan di hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2015. Tetapi beliau bukan menujukan rasa tidak puas hati itu kepada DS Hishammuddin Hussein seperti yang didakwa oleh portal tersebut. 

Dakwaan liar portal itu sangat dikesali. Di bawah ialah foto yang di ambil selepas mesyuarat khas MT UMNO.

    
Malah, semasa perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2015 kelmarin, DS Hishammuddin Hussein bersama TS Muhyiddin Yassin dan mereka bersalaman dan berbual mesra tanpa ada sebarang konfrontasi.

Anda lihat f
oto-foto di bawah yang jelas menunjukkan tidak ada sebarang masaalah di antara mereka berdua.  



Semoga portal tersebut memperbetulkan laporan berita mereka supaya berita ini tidak mendatangkan gossip-gossip tidak bertanggungjawab dan liar yang mahu menangguk di air yang keruh dan sengaja mahu melaga-lagakan kepimpinan tertinggi UMNO. 


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.