Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Saturday, January 31, 2015

ADIK KAKAK DICEKUP LEKA SERAH TUBUH




Jitra: Sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP) yang melakukan serbuan ke sebuah bilik hotel bajet di sini, semalam terkejut apabila mendapati dua pasangan dicekup kerana disyaki berkhalwat adalah pasangan adik-beradik.

Difahamkan, si abang berusia 27 tahun dan adik lelakinya berusia 25 tahun dari Kuala Nerang membawa pasangan masing-masing yang juga adik-beradik berusia 18 dan 17 tahun dengan menunggang motosikal ke hotel berkenaan.

Lebih mengejutkan apabila dua beradik perempuan berasal dari Pokok Sena itu dikatakan baru berkenalan dengan pasangan mereka sejak sebulan lalu.

Mereka ditahan kerana disyaki berkhalwat dalam sebuah bilik di hotel berkenaan kira-kira jam 3.15 pagi selepas sepasukan anggota penguat kuasa PADKP menerima maklumat berhubung kegiatan itu.

Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu Syeikh Radzi Abd Mutalib berkata, sepasukan anggota penguat kuasa PADKP bergegas ke hotel itu sejurus menerima maklumat dan hasil pemeriksaan mendapati keadaan pintu bilik tertutup dan berkunci dari dalam.

Beliau berkata, selepas mengetuk pintu hampir 10 minit, seorang lelaki berpakaian lengkap membukanya dan membenarkan pemeriksaan dilakukan dalam bilik itu.
“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat seorang lelaki dan dua remaja perempuan berada dalam bilik itu juga dengan berpakaian lengkap.

“Mereka memberi alasan hanya bermalam dengan menyewa bilik berkenaan disebabkan sudah lewat untuk pulang ke rumah masing-masing.

“Bagaimanapun, tindakan mereka tinggal bersama tanpa sebarang ikatan sah atau mahram boleh mengundang maksiat dan ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.
Katanya, si abang yang bekerja di sebuah syarikat pelupusan sampah sepatutnya menjaga adik lelakinya dengan baik, manakala si kakak pula sepatutnya memberi contoh kepada adik perempuannya yang sudah tidak bersekolah supaya menjaga maruah masing-masing.

Berikutan itu, menurutnya, keempat-empat mereka ditahan bagi membantu siasatan.


Sumber

PEMÌMPIN PAS KHIANAT?

Saturday, January 31, 2015

Isu penyibaran video seks yang kononnya membabitkan Setiuasaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali telah lama berlalu. Ia diedarkan sebelum PRU lalu sudah pastilah dengan maksud mahu mengaibkan peribadi beliau selain mengaib dan memalukan PAS sendiri lebih-lebih lagi ketika itu PAS dan PR berhadapan dengan PRU.

Saya pasti kiranya diketahui bukan sahaja Mustaffa malah ahli-ahli PAS rata-rata akan bertindak ke atas individu yang tidak bertanggungjawab itu.
Agak-agaknya apakah agenda penyebarnya dulu?

Mungkinkah agenda sipenjahat itu termasuk mahu sabotaj Presiden PAS? Kepimpinan Ulamak PAS? Dirancang begitu halus sekali guna untuk merobah dan mengambil-alih kepimpinan PAS?

Mungkinkah?

Seribu satu persoalan apabila saya saya membaca posting facebook Timbalan Ketua Pemuda PAS Pahang Ustaz Fadhli Ibrahim di:

https://www.facebook.com/fadhli.ibrahim.16/posts/1012075645487036

Ianya menyebut di bawah tajuk “Cikgu Pa di pornografi oleh kumpulan AJK Pas Pusat sendiri” antara lain:

"Kenyataan Cikgu Pa semalam sangat mengembirakan saya kerana sudah agak sekian lama saya tidak melihat jati diri PAS mempertahankan dasarnya apabila diserang oleh rakan Pakatan Rakyat. Rasa hina apabila pemimpin tertinggi parti bukan sahaja tidak mempertahankan parti sendiri, bahkan mempertahankan parti lain dan menghentam Presiden sendiri. Hari ini saya lihat Cikgu Pa bangkit mempertahankan Tuan Guru Presiden".

Syabas!!!

"Tetapi, saya turut menyimpan kebimbangan kalau Cikgu Pa melakukan U-Turn sebagaimana sebelum ini, justeru golongan PASMAisme ini mungkin mengugut beliau dengan video porno. Saya mempunyai maklumat tentang video tersebut, dan saya tahu Cikgu Pa tidak bersalah, sebagaimana tidak bersalahnya Ustaz Azhar Idrus."

"Tetapi apa yang membimbangkan saya ialah, video jahat itu dimainkan semula oleh golongan PASMAisme justeru orang yang terlibat di dalam kumpulan penyebaran ini adalah dikalangan AJK PAS Pusat sendiri, pemimpin kanan dan berada di dalam Dewan Harian PAS Pusat. Sebab itu saya menggesa supaya 'pemimpin khianat' letak jawatan secara terhormat atau tampil menyatakan sebab yang jelas kenapa beliau sanggup melibatkan diri di dalam kumpulan yang menyebarkan video porno Cikgu Pa.

"Jika tindakannya menyebarkan video porno tersebut bermoral dan mempunyai sebab yang kukuh, bertepatan dengan syarak, maka tangan ini akan pangkah dan kempen beliau sebagai Naib Presiden di dalam muktamar akan datang. Jika tidak, tangan ini juga akan gerakkan kempen sehingga pengkhianat ini tersungkur dan rebah.
Benarkah ada pemimpin kanan PAS yang terlibat sebagaimana didakwa Ustaz Fadhli?"

Ustaz Fadhli bertanggungjawab terbit dengan bukti-bukti jelas memperakui dakwaan ini, jika tidak ianya satu fitnah yang jahat. Tetapi saya yakin Timbalan Ketua Pemuda PAS Pahang itu punya bukti, dan saya yakin ianya akan segera terdedah.

Jika adalah walau sekelumit mana bukti yang menunjukkan pembabitan pemimpin kanan PAS itu, saya kira ianya lebih jahat dan hodoh dan tidak layak pelakunya bukan sahaja duduk sebagai pemimpin malah menjadi ahli PAS. Apalagi jika dia memiliki agenda sebagaimana dibayangkan di atas.

Saya percaya diperingkat ini pendedahan Ustaz Fadhli sudah “viral” ke setiap pelusuk Negara dan kalangan ahli dan . Lantas sekarang kita menunggu penejelasan selanjutnya.
Jangan senyapkan atau sapu bawah tikar perkara ini!

Sumber

3 Kali Guan Eng Naikkan Surcaj Air Guna ALASAN SAMA!!!


Saturday, January 31, 2015

Perjanjian Migrasi Aset Air ditandatangani oleh kerajaan Pulau Pinang pada Jun 2011.

Dengan perjanjian ini, hutang kerajaan negeri kepada kerajaan Persekutuan sejumlah RM655 juta distrukturkan semula; di mana Perbadanan Aset Air Berhad mengambil alih hutang kerajaan negeri kepada kerajaan Persekutuan dan kerajaan Pulau Pinang menyerahkan semua aset air milik negeri kepada PAAB selama 45 tahun.

Kerajaan Persekutuan juga bersetuju untuk membiayai secara "grant" Projek Pembesaran Empangan Mengkuang bernilai RM1.2 billion.

Oleh itu  jangan pula kata kerajaan pusat anak trikan negeri bawah pembangkang!!!

Sejak 1993-2008, tarif air domestik di Pulau Pinang tidak pernah dinaikkan. Ia kekal tarif terendah di Malaysia. Ini menggambarkan pengurusan bekalan air yang bijak dan kompeten oleh kerajaan semasa itu.

Sebaik DAP ambialih Penang, kerajaan negeri memperkenalkan surcaj pada kadar 24sen setiap 1,000 liter  penggunaan domestik melebihi 35,000 liter sebulan pada tahun 2010. Alasan mengenakan surcaj adalah untuk mengurangkan kadar penggunaan domestik air per kapita sehari yang melebihi purata nasional.

Pada Nov 2013, dinaikkan lagi kadar surcaj sebanyak 100 peratus; dari 24 sen ke 48 sen setiap 1000 liter. Alasan kali ini adalah surcaj awal gagal mengurangkan kadar penggunaan air per kapita Pulau Pinang malah penggunaan per kapita terus meningkat.

Ekoran itu, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengumumkan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang bersetuju dengan permohonan PBAPP untuk menaikkan tarif air sebanyak 20% pada April 2014. Kali ini, alasannya pula surcaj oleh PBA masih gagal mengurangkan penggunaan air domestik di Pulau Pinang.

Berapa kali ini boleh gagal?

Cr : The Unspinners

Wednesday, January 28, 2015

LIM GUAN ENG KUTUK DAN KEJI KERAJAAN NEGERI KELANTAN SEBAB TAK PANDAI BUAT KERJA!!!

Semakin lama semakin menjadi pula keangkuhan dan kesombongan Ketua Menteri Pulau Pinang ni.. Kalau sebelum ini cina chauvanist ultra kiasu ini menghina adat istiadat dalam upacara yang melibatkan pihak Istana dan kemudiannya pula mencabar Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid untuk mempertahankan sebuah pertubuhan haram, PPS...

Yang terbaru Ketua Menteri Pulau Pinang telah menghina Pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan yang diterajui oleh rakan sebantalnya sendiri di dalam Pakatan Rakyat secara terbuka di hadapan masyarakat cina dikala negeri tersebut dilanda musibah..

Kepada puak-puak PAS..tolong baca apa yang dikatakan oleh Ketua Menteri kesayangan mereka terhadap Kerajaan PAS...

Terjemahan Sin Chew Daily, 27 JAN 2015, halaman 08,

LIM Guan Eng - Ketua Menteri Pulau Pinang membidas Kerajaan PAS Negeri Kelantan sebagai sebuah Kerajaan Negeri yg lemah dan gagal melaksanakan tanggungjawabnya semasa musibah banjir yg melanda Kelantan pada penghujung tahun lalu.

Katanya, semasa banjir besar berlaku, keadaan yg berlaku adalah seolah-olah tiada Kerajaan Negeri yg wujud. Kerajaan yg ada hanya lepas tangan dan tidak tahu melakukan apa apa utk menyelamatkan mangsa mangsa banjir.

Menurut Lim lagi, walaupun Kerajaan PAS Kelantan selama ini terkenal dgn dasar pentadbiran yg bersih tetapi mereka juga harus menjadi sebuah Kerajaan yg boleh membuat kerja untuk rakyat.

Jika Kerajaan Kelantan tidak tahu menjalankan tanggungjawabnya sebagai sebuah Kerajaan Negeri, adalah lebih baik, mereka jangan menjadi Kerajaan Negeri di Kelantan.

Lim Guan Eng berkata demikian semasa menghadiri satu majlis kempen menambah keahlian parti DAP di Bukit Mertajam semalam.

Inilah wajah sebenar kaum chauvanist ultra kiasu di negara kita hari ini yang semakin lama semakin sombong dan angkuh. Tahniah dan takziah kepada orang-orang Melayu Pulau Pinang khususnya para penganut PAS kerana mengangkat Khalifah Agong Lim Guan Eng ini.

Sumber

Monday, January 26, 2015

GST: Peniaga Diberi Dua Minggu Ganti Tag Harga...Inilah Bagusnya GST ini..


PETALING JAYA: Menjelang 1 April, apabila Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mula dilaksanakan, peniaga mempunyai tempoh dua minggu untuk menggantikan tag harga yang baharu pada barang-barang jualan mereka.

Dalam tempoh peralihan ini, terutama dalam beberapa hari pertama, harga beberapa barangan di kedai, pasaraya dan pasar raya besar mungkin mengalami sedikit perbezaan berbanding yang biasa dibayar sebelum ini.

Sesuatu item itu mungkin berharga lebih mahal beberapa sen atau pun kurang beberapa sen per ringgit, bergantung kepada sama ada GST dikenakan ke atasnya atau tidak.

Panduan Pembeli, yang dijangka dikeluarkan kepada umum pada bulan depan, akan memberi satu petunjuk harga kepada pengguna bagi membolehkan mereka membayar untuk kira-kira 500 barangan harian yang dikenakan GST. Ia akan memberikan harga untuk barangan sebelum dikenakan GST dan yang telah dikenakan GST.

Jabatan Kastam telah memuat naik senarai barangan runcit di portalnya mengenai barangan yang dikenakan GST enam peratus dan barangan yang terkecuali.

Ketua Unit Anti Pencatutan, Bahagian Penguatkuasa di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Guna Selan Marian berkata adalah suatu kesalahan kepada peniaga yang memaparkan harga GST sebelum 1 April.

"Mereka tidak boleh bertindak begitu. Pengguna mungkin membayar harga GST sebelum ia dilaksanakan, "katanya.

Beliau berkata peruncit juga perlu meletakkan notis di premis mereka, memberitahu pelanggan bahawa dari 1 April hingga 14, tidak semua harga yang dipaparkan telah termasuk  GST.

Notis itu juga akan menyenaraikan nombor talian bebas tol kementerian (1800-88-600) untuk dihubungi pengguna jika mereka mempunyai aduan mengenai keuntungan peniaga hasil daripada pengenalan GST.

Tahun lepas, perubahan dibuat ke atas Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Ia dibuat bagi mengekang kenaikan yang tidak sepatutnya dalam harga barangan pengguna kerana mengikut akta itu, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap para peniaga yang menaikkan harga melebihi daripada apa yang dibenarkan.

Beliau berkata unit penguatkuasaan yang dipertingkatkan, dengan 2,272 pegawai akan memantau harga untuk memastikan perniagaan tidak menggunakan GST untuk menaikkan harga dan membuat keuntungan yang lebih besar.

Menurut beliau, Majlis Harga Negara telah memantau harga barangan dan Unit Penguatkuasaan Anti-Pencatutan mempunyai senarai pembekal utama dan pengedar barangan keperluan.

"Dan, mereka bekerjasama rapat dengan Jabatan Kastam. Peningkatan harga akan mencetuskan satu penyiasatan, " Guna memberi amaran.

Pertubuhan yang melanggar undang-undang boleh dikenakan denda RM500,000 bagi kesalahan pertama dan RM1 juta bagi kesalahan seterusnya.

Individu berdepan denda RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama dan RM250,000 atau lima tahun penjara atau kedua-duanya bagi kesalahan berikutnya.  Cr


EKSKLUSIF! BONGKAR PEMBOHONGAN SHARIFAH SOFEA TENTANG KONSPIRASI MH370



Semalam, tersebarnya teori konspirasi dari seorang pengguna  Facebook,
Sharifah Sofea yang mendakwa pesawat MH370 disembunyi dan cerita-cerita sepanjang perjalanan pesawat itu dirampas dan dibawa ke Ukraine.

Akibatnya, ramai pengguna Facebook yang cetek pengetahuannya terus percaya dan mula memaki hamun dan sumpah seranah terhadap 'Orang Kena Tuduh'. Bertambah teruk, ulasan Sharifah Sofea disebarkan pula di serata laman sosial sehingga menimbulkan fitnah. 

Mengambil inisiatif dan atas dasar kasihan melihat warga netizen ditipu hidup² oleh individu bernama Sharifah Sofea ini, penulis blog Malaysia Military membongkarkan pembohongan yang dilakukan oleh individu terbabit.

BACA ULASAN PENULIS 'MALAYSIA MILITARY' DI BAWAH: 

Sebelum meneruskan, saya mengambil peluang untuk mengucapkan takziah kepada keluarga penumpang QZ8501 dan MH17, serta diharap para anggota keluarga penumpang MH370 dapat terus tabah dengan dugaan yang dihadapi. Kami bersama anda merasai kesedihan, dan cuba sedaya upaya untuk tidak menyentuh apa-apapun berkenaan 370 selagi pencarian masih diteruskan.

Saya perasan dua tiga hari ni page so called kapten tengku sharifah sofea kembali menjadi viral dan siap ada blog lagi, dan kini mula disebarkan dan dishare oleh masyarakat umum.

Kononnya atas nama menyebarkan kebenaran, dia bercerita tentang maklumat yang kononnya dia terima dari perisikan Russia, tv Russia dan mempengaruhi tangible and gullible Malaysian dgn perkataan Dajjal, Yahudi dan konspirasi.

Ok first thing first : PERISIK TIDAK MENGAKU DIRINYA PERISIK, dalam keadaan apa sekali pun hatta nyawa dihujung mata pedang tiada satu maklumat yang akan diserahkannya kepada musuh. Itu rule of thumb perisikan. Jadi kalau ada orang mengaku dia perisik, dia ada contact dengan agensi perisikan itu ini, nampak sangat lah membohongnya. Kakak sharifah ni statusnya sangat vague. Mulanya mengaku pramugari MAS, tiba2 ada title kapten (pramugari dan kapten adalah dua rank berbeza dan bukan mudah pramugari untuk jadi Kapten pesawat melainkan dengan membohong) then tiba-tiba ada title TENGKU?

Identitinya yang kelabu asap sudah memberikan saya indikasi yang dia ini tidak lain tidak bukan menangguk di air keruh bila mana keluarga mangsa dan pasukan penyiasat dan pasukan pencarian bertungkus lumus cuba mendapatkan maklumat akan misteri kehilangan 370. Kebanyakan umum menganggap wujudnya muslihat melindungi sebaran maklumat..padahal dalam apa insiden berkaitan penerbangan mahupun maritim, memang masa yang diambil untuk menyiapkan laporan, menyiasat dan mengumpulkan maklumat serta bukti agak lama. Simple fact saya bagi, berapa lama masa yang diambil anda untuk tunggu laporan siasatan polis siap bila anda terlibat dalam kemalangan jalan raya?

2 minggu paling cepat kan. Lepas tu laporan siasatan akan dikeluarkan untuk tentukan siapa salah bagi tujuan insurance claim. Prinsip nya sama dengan mana-mana insiden kemalangan jiwa malah ia lebih komplikated bila berhadapan dengan insiden maritim atau insiden penerbangan dimana siasatan akan melibatkan agensi-agensi antarabangsa seperti ICAO (utk aviation) dan IMO serta agensi2 keselamatan pengangkutan dimana objektif utama mereka adalah untuk insiden tersebut tidak berulang dengan mengambil kira penambahbaikan pada let say pesawat dari segi perundangan dan peralatan.

Ok saya akan terus kepada maklumat radar yang kononnya kakak sofea ni kata diterima dari Thailand, Kazakhstand dan Turkmenistan.

DATA SULIT THAILAND ADALAH PAPARAN RADAR MARITIM

Foto dibawah ini dikatakan adalah paparan imejan radar pengawasan udara angkatan tentera Thailand. Untuk orang-orang biasa pastinya akan percaya seratus peratus yang ini soheh. Tapi tidak pada kalangan professional yang terlibat dalam industri penerbangan mahupun perkapalan.


Kebanyakan mariners akan perasan yang ini bukan display radar pertahanan udara tetapi radar maritim yang digunakan kebanyakan kapal-kapal kargo diseluruh dunia.


Saya paparkan pada anda foto asal yang di crop oleh pihak tersebut yang kemudian mengatakan ia paparan radar pengawasan udara THAILAND...Jelas disini paparan radar pada foto asal menunjukkan yang ia adalah marine navigation radar yang kebiasaan wujud dan digunakan diatas kapal...bukan air search radar atau air surveillance radar seperti yang dicanangkan makcik tu. Paparan yang ditunjukkan pada foto sebenar ini adalah paparan radar bagi kawasan pesisiran pantai.

Maklumat media memang mengatakan yang Thailand ada membuat kenyataan yang mereka mengesan pesawat tersebut tetapi tiada maklumat paparan radar (konon rahsia) yang diberikan kepada mana-mana pihak, malah foto yg dikatakan maklumat dan data rahsia itu sebenarnya tiada kena mengena pun memberikan indikasi yang dia membohong.

PAPARAN RADAR TURKMENISTAN


Ramai yang tidak pernah tengok aircraft navigation display, dan telah tertipu dengan radar Turkmenistan ini. Foto yang dikatakan paparan radar dan bukti pesawat MH370 berselindung disebalik pesawat Singapura tidak lain hanyalah aircraft navigation display yang kedapatan pada pesawat. Ia bukan radar. Ia adalah paparan navigasi dan ia adalah dua perkara yang berbeza. Malah lebih kelakar, apabila foto ini dikatakan datang dari radar pengawasan udara Turkmenistan.

Ok compare foto diatas dengan foto-foto ini:




Foto yang saya lampirkan adalah sebahagian dari paparan navigasi pesawat komersial, dimana foto pertama adalah paparan yang terdapat pada pesawat A380. Jelas ia bukanlah paparan radar pertahanan udara Turkmenistan kerana paparan radar pertahanan udara atau radar pengawasan udara adalah sengat berbeza dengan paparan informasi navigasi pesawat dan juga paparan radar maritim, Dan jelas sharifah yg dicanang sebagai hero anti yahudi, anti dajjal dan anti amerika itu sendiri merupakan penyebar fitnah yang saling tak tumpah dengan dajjal itu sendiri yang mengelirukan orang ramai.

Pasti ada yang akan bertanyakan rupa paparan radar pertahanan udara maka saya selitkan sekali foto-foto dari internet bagi memberikan anda idea perbezaan yang saya maksudkan.

Foto pertama menunjukkan radar pertahanan udara AN/FPS-117 yang digunakan Amerika Syarikat

Foto kedua menunjukkan sistem radar pertahanan udara yang digunakan Jerman

Dan foto ini menunjukkan paparan dan konsol radar pertahanan udara buatan Russia

Jelas sekali lagi foto2 yang dikepilkan kami sangat berbeza dengan bukti kononnya maklumat radar yang diperkatakan Sharifah Sofea, menyanggah teorinya dan membuktikan maklumat yang diterima hanyalah rekaan dan palsu serta tidak kredible.

FOTO SATELIT XRAY

Jika anda rajin melayari internet dan cuba mencari maklumat berkenaan satelit xray, anda akan dapati yang satelit tersebut merupakan teleskop sinaran xray yang digunakan untuk mencerap sinaran-sinaran xray yang wujud diangkasa lepas. Satelit tersebut tidak wujud dalam inventori russia malah ia digunakan oleh kalangan ilmuan astronomi antarabangsa untuk mencerap angkasa lepas.


Kalangan plane spotter dengan mudah dapat mengenalpasti pesawat yang dikatakan MH370 dalam foto diatas sebagai pesawat AWACS E-3 Sentry, yang berada di atas tarmac dan bukan dibawah tanah dan foto tersebut bukanlah paparan sinaran xray tetapi paparan alat pandang malam atau nightvision.


Kita ulas dahulu pesawat yang kelihatan dari udara ini. Jika diperhatikan terdapat radome diatas fiuslaj pesawat tersebut, ia bukanlah pesawat awam tetapi pesawat tentera. Pesawat dengan radome amaran awal udara dipanggil AWACS dan jelas foto ini menunjukkan sebuah pesawat AWACS E-3 Sentry kegunaan USAF.Dibahagian kanan atas dan bawah 2 buah helikopter UH-60 Blackhawk yang digunakan secara meluas oleh angkatan tentera Amerika.

Tidak yakin.

Cuba bandingkan foto dibawah dengan foto kononnya pesawat MH370


Sekarang bandingkan ia dengan pesawat 777 yang hampir sama dengan MH370.


Anda bandingkan sendiri antara foto yang dikatakan pesawat MH370 yang berada dibawah tanah, pesawat AWACS E-3 Sentry dan pesawat B777. Dari pengamatan awal anda, anda akan dapati yang pesawat didalam foto berwana hijau itu tidak sama langsung dengan rupa bentuk B777 tetapi lebih tepat ia adalah E-3 Sentry.

Mengulas satelit xray, seperti yang saya katakan tadi tiada satelit xray yang berupaya mencerap keadaan dibawah tanah. Ia tidak wujud dan satelit teleskop xray hanya digunakan untuk cerapan objek angkasa lepas yang mengeluarkan sinar xray seperti PULSAR dan QUARSAR.

Jadi disini, wujud percanggahan fakta sebenar dan campur aduk fakta palsu yang mengelirukan orang ramai.

Foto yang dikatakan di ambil dari satelit xray itu sebenarnya adalah foto nightvision  camera dari pesawat tanpa pemandu yang memantau keadaan persekitaran pangkalan udara USAF, menjelaskan kenapa fotonya berwarna hijau. Perkara mudah seperti imejan xray yang berwarna (seperti yang kedapatan di bilik xray hospital atau alat pengesanan kargo) dan paparan alat night vision yang berwarna hijau jelas membuktikan percanggahan dan pembohongan yang mengeksploitasi masyarakat umum yang kurang pengetahuan am.

Masih tidak dapat tangkap apa yang saya maksudkan.

Foto-foto ini akan menjalaskan dimana foto pertama merupakan imejan xray dari alat pengesan kontraban yang kedapatan meluas di lapangan terbang dan pos pemeriksaan sempadan. Jelas imejan xray ini tidak berwarna.


Foto ini merupakan imejan xray yang mengesan kontraban dimana ia tembus melepasi sturktur kenderaan dan memperlihatkan objek2 yang cuba disorokkan. Warna imejan ini kelabu, dan jika benar satelit xray digunakan (nama satelit tu pun dia tak bagi tau) maka imej yang terpapar perlulah kelihatan seperti diatas.


Tetapi foto yang mereka berikan berwarna hijau, signifikan dengan alat pandang malam dan menjelaskan dengan trampil yang foto yang dicanangkan itu bukanlah foto pesawat yang berada dibawah tanah kerana imejan alat pandang malam tidak menembusi objek, tetapi menerangi kawasan yang gelap.

Hasil dari pemerhatian rupabentuk pesawat yang bukan B-777 milik MAS juga jelas membuktikan yang kenyatan mengenai pesawat tersebut adalah palsu semata-mata dimana pesawat E-3 Sentry sudah pasti bukan pesawat awam tetapi pesawat tentera dan foto tersebut bukanlah foto pangkalan udara di Ukraine tetapi di Amerika Syarikat sendiri.

ELT BUKAN SUAR API


Agak mengejutkan apabila statement ELT adalah suar (api isyarat) ini keluar dari mulut so called kapten. Takkan kapten airlines tak tahu ELT tu apa?

Part ini memberikan indikasi jelas yang sharifah bukan airlines pilot malah bukan pramugari pun kerana tidak mengetahui apakah ELT yang merupakan alatan kecemasan paling penting sesebuah pesawat dan setiap krew perlu mengetahui cara pengendaliannya.

Untuk makluman pembaca, ELT bukan lah suar, bukan lah api isyarat kecemasan seperti yang diperkatakannya...kerana ia adlah alatan elektronik yang bermaksud EMERGENCY LOCATOR TRANSMITTER yang menghantar isyarat pada frekuensi 406 Mhz kepada gugusan satelit COSPAS SARSAT bagi menarik perhatian pasukan Rescue Coordination Center (RCC) yang mana pesawat mengalami keadaan kecemasan dan memerlukan bantuan. Isyarat terdiri dari radio callsign pesawat, kedudukan latitud dan longitud isyarat dipancarkan, masa dan jenis kecemasan yang dihadapi.

Jadi agak pelik jika penjelasan semudah ini tidak boleh diberikan, malah siap salah fakta lagi. And ramai pulak yang percaya si sharifah adalah kapten pesawat penumpang sedangkan penjelasan ELT pun kelaut.

Sah anda semua ramai yang sudah kena kencing kaw kaw.....

KESIMPULAN

kebanyakan fakta yang dikemukan page berkenaan adalah  recycle dan reused facts dengan banyak percanggahan dan pengunaan bukti palsu dan cropped image bagi mensahihkan kenyataan mereka.

Agak terkilan ada statement yang dinyatakan, memberitahu penumpang dibuang-buang ketika pesawat ke Ukraine, jelas cuba mewujudkan sentimen dikalangan keluarga mangsa MH370 yang sehingga kini masih hilang dan usaha mencari terus dijalankan. Ramai dikalangan orang awam tidak faham proses penyiasatan insiden penerbangan mahupun insiden maritim yang mana pengumpulan bukti sahih dan bukan bukti tangkap muat memerlukan masa yang lama. Ini dapat dilihat dalam pelbagai kes kemalangan industri penerbangan dimana semua faktor perlu diambil kira, semua bukti perlu diteliti pihak penyiasatan yang dah tentu professional dan mempunyai pengalaman.

Orang kita (dan masyarakat luar surprisingly) terlalu taksub pada teori konspirasi. Kononnya ada tangan ghaib, kononnya permainan kuasa besar, kononnya agenda yahudi. Selit sikit dajjal, selit siki yahudi terus semua percaya tanpa ada inisiatif pun untuk menyiasat apakah benar kenyataan yang dibuat para konspirator-konspirator ini. Kita tidak terfikir yang mungkin maklumat yang disebarkan ini juga merupakan sebahagian fitnah dajjal.

Fakta yang dikemukan diatas telah secara tidak langsung menyanggah alledge evidence mereka yang kebanyakannya tak ada rupa bukti pun. Dengan mudah ia dipatahkan, malah setakat guna google map dan kemudian melabel ia bukti dari russia, bukti dari sana sini sebenarnya tidak membawa apa-apa signifikan pun melainkan page berkenaan secara tidak langsung berjaya menarik ribuan pembaca yang percaya tanpa usul periksa.

Sebab itu ilmu pengetahuan am penting, agar kita tidak mudah tertipu dengan scammers dan konspirator yang ada agenda tersendiri.

Anda mungkin akan kata tulisan saya ini didorong agenda Yahudi. Well terpulang kepada akal fikiran anda kerana saya berpegang kepada kebenaran yang tulen dan bukan kebenaran yang direka-reka dari penipuan. 



Kemalangan maut: JPJ nafi tetapi Polis siasat berdasarkan aduan awam


Kemalangan maut Melaka: Polis siasat laporan JPJ terlibat
Keadaan kereta Kancil yang dirempuh kereta Perdana - Foto sumber Astro AWANI

MELAKA: Polis Melaka akan menyiasat dakwaan bahawa Jabatan Pengangkutan Awam (JPJ) terlibat dalam kemalangan yang meragut empat nyawa di Jalan Serkam Pantai-Pulai pada Jumaat.

Menurut pegawai penyiasat, Inspektor Cornelius Loipin, pihaknya ada menerima satu laporan polis daripada saksi yang mengatakan ada cubaan daripada JPJ untuk mengejar sebuah Proton Perdana sehingga mengakibatkan kemalangan tersebut.

"Kita mendapat aduan orang awam ada JPJ cuba kejar pemandu Perdana. Namun begitu, kita masih menjalankan siasatan sama ada dakwaan itu benar atau tidak. Tetapi setakat hari ini, terdapat satu laporan saksi daripada orang awam yang mengatakan JPJ cuba untuk mengejar.

"(Tentang) Kejadian melibatkan JPJ, polis akan menyiasat lebih lanjut... kita tak boleh kata JPJ salah, kita akan siasat lebih lanjut lagi," kata Cornelius.

Difahamkan kemalangan tersebut berpunca daripada sebuah kereta Proton Perdana yang dikatakan memasuki arah bertentangan dan merempuh kereta jenis Perodua Kancil sehingga menyebabkan dua mangsa tercampak keluar dan dua lagi tersepit di dalam kenderaan.

Polis Melaka dalam pada itu meminta lebih ramai saksi tampil untuk membuat laporan bagi membantu siasatan.

Cornelius berkata, keterangan saksi amat perlu berikutan dakwaan terbabit di mana pemandu Proton Perdana itu turut mengalami kecederaan akibat kejadian tersebut. Kemalangan membabitkan tiga kenderaan itu mengorbankan empat sekeluarga iaitu Saimah Wahab, 77; Ida Dollah, 46, dan dua anaknya, Siti Rohana Abd Ghaffar, 23, dan Siti Rohani, 18.

Sementara itu, suami mangsa, Abd Ghaffar Said bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang kerana mahukan keadilan akibat kelalaian pengguna jalan raya sehingga menyebabkan ahli keluarganya terkorban.

Beliau amat berharap lebih ramai saksi tampil membuat aduan bagi melancarkan siasatan. "Saya minta orang ramai tampil menjadi saksi dalam kemalangan semalam yang melibatkan anak isteri saya," kata Abd Ghaffar.

Terdahulu,JPJ menafikan laporan yang mendakwa mereka terlibat secara langsung dalam insiden kemalangan tersebut.

Kesemua mangsa yang dibedah siasat dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Panjang Sari, Pagoh selepas Zohor. 



Sunday, January 25, 2015

PANDAI SANGAT KE LIM GUAN ENG URUS KEWANGAN NEGERI PULAU PINANG BERBANDING NAJIB YANG SERINGKALI DICOP BODOH URUS KEWANGAN DAN EKONOMI NEGARA?



Itulah yang selalunya dilaung-laungkan oleh para pengikut, macai dan pemercaya DAP. Mereka sentiasa akan membandingkan Najib Abdul Razak dengan Lim Guan Eng. Apa-apa sahaja yang dilakukan oleh Najib Abdul Razak sentiasa gagal, tidak seperti Lim Guan Eng yang telah berjaya menukarkan sebuah pulau tidak berpenghuni, tidak mempunyai bekalan air bersih, tidak berdaya maju dan tidak mempunyai sebarang prasarana sebagai sebuah negeri Pulau Pinang yang kita dapat lihat pada hari ini.

Tidak cukup dengan itu, mereka akan juga membandingkan pentadbiran Lim Guan Eng yang kononnya sangat telus, tidak rasuah, tidak tiris dan tidak pernah membazir.

Tetapi jangan sesekali meminta mereka menghadirkan bukti kerana sesungguhnya DAP dan para macai mereka sekadar pandai bercakap, pandai mengaku dan mendabik dada tetapi bukti-bukti fizikal langsung tidak ada. Sepanjang 7 tahun pentadbiran Lim Guan Eng, Pulau Pinang jauh lebih mundur, jauh lebih miskin dan jauh lebih papa kedana berbanding berada di bawah pentadbiran Barisan Nasional.

Menariknya, puak-puak macai, zombies dan pembongok-pembongok DAP serta Pakatan Rakyat akan segera berdalih, kononnya Pulau Pinang memang sudah sedia 'mundur' kerana UMNO tidak pernah berkuasa di negeri yang merupakan sebahagian daripada wilayah sah Kedah Darulaman itu sebaliknya GERAKAN. Yang mereka tidak sebutkan ialah, berbanding DAP yang dari Ketua Menteri sehingga ke Exco kecuali Exco Agama Islam dan portfolio yang tidak penting, termasuklah YDP PBT sedangkan Ahli Majlis adalah bukan Melayu, khususnya Cina-DAP, Kerajaan Negeri Barisan Nasional sebelum digulingkan oleh DAP jauh lebih bertoleransi ke atas orang Melayu-Islam walaupun Ketua Menterinya adalah Cina.

Sebabnya, di belakang Ketua Menteri tersebut adalah UMNO, bukannya di belakang Exco Melayu seperti dalam Kerajaan Negeri DAP, hanya ada Lim Guan Eng!

Jadi, mari kita tengok, siapa sebenarnya YANG BODOH, BONGOK DAN BENGONG antara Najib Abdul Razak dengan Lim Guan Eng yang dikatakan sangat jujur, sangat marhein, sangat lurus dan tidak rasuah.

Antara tahun 2008 sehingga 2013, Kerajaan Persekutuan telah meningkatkan perbelanjaan tahunan mereka sehingga 42%.

Bagaimanapun, perbelanjaan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang pula telah meningkat hampir 200%.

Di bawah perolehan cukai Pulau Pinang adalah kekal dari tahun 2008 sehingga 2013. Satu-satunya pertumbuhan pendapatan negeri itu datangnya daripada PENJUALAN ASET-ASET TANAH!

Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan sebanyak RM163 bilion pada tahun 2008 dan meningkat kepada RM234 bilion pada tahun 2013.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah membelanjakan sebanyak RM283 juta pada tahun 2008 dan meningkat kepada RM832 juta pada tahun 2013.


Dengan negeri sekangkang kera, dengan segala macam prasarana yang telah disediakan oleh Kerajaan Barisan Nasional, bahkan dengan segala peruntukan dan bantuan daripada Kerajaan Persekutuan termasuklah untuk pendidikan dan sosial terutama sekali kepada PBT dan pengurusan-pengurusan aset, timbul persoalan, untuk apa perbelanjaan besar di bawah pentadbiran Lim Guan Eng?

Adakah gaya hidup mewah yang ditunjukkan oleh Betty Chew dan Lim Guan Eng sekeluarga mempunyai kaitan dengan perbelanjaan besar untuk negeri sekangkang kera berbanding perbelanjaan Kerajaan Persekutuan untuk menguruskan 14 buah negeri di seluruh Malaysia?

Atau sebenarnya kerana pembabitan terlalu banyak kroni DAP yang menuntut janji setelah banyak membantu dan menyalurkan kewangan kepada DAP untuk memperolehi kerusi-kerusi Parlimen dan DUN pada tahun 2008 sehingga tahun 2013?


Bagaimana sekiranya Najib menjual Petronas dan wangnya dibelanjakan dan dihamburkan sesuka hati seperti yang dilakukan oleh Lim Guan Eng selain mempertingkatkan perbelanjaan Perskeutuan dari RM165 bilion setahun pada tahun 2008 kepada RM485 bilion pada tahun 2013?

Siapa yang lebih pandai menguruskan kewangan rakyat? Atau siapa yang pandai menipu konon-kononnya dia pandai tetapi hakikatnya dia bukan sahaja menipu, tetapi juga merompak dan menjahanamkan rakyat?

Patutlah beria-ia sangat membela kaum peniaga yang enggan menurunkan harga barang dengan menjadikan GST dan harga minyak sebagai alasan. Dapat upah rupa-rupanya!!! Cr



DATUM JELATIK, Dosa Azmin Ali Didalangi Teresa Kok Untuk Hapuskan Melayu Di Kawasan Majoriti Melayu Untuk Kesenangan DAP Pada Masa Hadapan

Sunday, 25 January 2015

Detum Jelatek... projek yang membuktikan bahawa PKR bersekongkol dengan DAP untuk menjahanamkankan kawasan bermajoriti Melayu, bukan sahaja kerana nilai tanah dan komisyen yang diterima, tetapi juga untuk strategi politik pada masa yang hadapan yang memberikan jaminan kemenangan berpanjangan.

Menariknya, walaupun dilaksanakan pada zaman Khalid Ibrahim, tetapi projek ini sebenarnya telah dibayangkan pada zaman Khir Toyo lagi. Bezanya, pada zaman Khir Toyo, ia sekadar satu bayangan dengan setiap pemilik unit rumah pangsa empat tingkat di Taman Keramat akan menerima pampasan sekurang-kurangnya RM400,000 (pada waktu itu) setiap seorang selain rumah mampu milik yang disediakan kepada mereka di tapak dan lokasi yang sama.

Apabila Kerajaan Khir Toyo jatuh pada tahun 2008, Kerajaan Khalid Ibrahim menerusi PKNS yang berada di bawah genggaman Azmin Ali dan Teresa Kok melaksanakan projek dalam bayangan tersebut. Bagaimanapun, berbeza daripada bayangan Khir Toyo, projek berkenaan bukan untuk Melayu, bukan juga untuk orang marhein, sebaliknya pemilik unit dipaksa terima pampasan sekitar RM150,000 untuk unit kediaman mereka di Rumah Pangsa Taman Keramat yang dimusnahkan bagi tujuan pembinaan projek Detum Jelatek.

Secara tidak langsung, Detum Jelatek sebenarnya adalah buah tangan Azmin Ali yang dikhabarkan menerima komisyen berpuluh-puluh juta untuk projek berkenaan, memandangkan dia adalah ADUN Bukit Antarabangsa. Sempadan DUN Bukit Antarabangsa adalah sehingga ke Jalan Enggang, Keramat.

Taman Keramat dan AU Keramat merupakan projek PKNS dari zaman Barisan Nasional bagi tujuan menyediakan kawasan penempatan dan kediaman Melayu-Bumiputera. Namun selepas Pakatan Rakyat mengambilalih Selangor dan PKNS sendiri, tanggungjawab sosial tersebut telah dihapuskan dan digantikan dengan keuntungan segera kepada ahli-ahli politik yang menjadi ahli lembaga pengarah PKNS dan ADUN serta Ahli Parlimen di kawasan terbabit.

Hari ini, hampir 100 orang penduduk membuat tindakan protes ke atas pemaju kondominium mewah Detum Jelatek di Taman Keramat dan bertukar agresif. Mereka telah memecah masuk ke kawasan pembinaan tersebut untuk menghalang projek tersebut yang mereka rasakan akan bertukar menjadi kawasan jajahan Cina.

Demonstrasi pada mulanya berlangsung aman dengan perarakan ke tapak projek tersebut tetapi bertukar ganas apabila sebahagian daripada mereka mengoyakkan zink yang memagari kawasan projek berkenaan dengan beberapa orang daripada mereka memecah masuk ke tapak berkenaan.

Polis bagaimanapu, berjaya mengawal keadaan dan orang ramai kemudiannya beredar. Dua buah trak polis dilihat berada di tapak tersebut. 

Walaupun tindakan para penunjuk perasaan tersebut dilihat bertentangan dengan undang-undang negara tetapi ada beberapa perkara yang perlu sebenarnya diperhatikan secara teliti.

Projek kondominium mewah Detum Jelatek berada di atas tapak empat blok Rumah Pangsa PKNS yang dihuni oleh 100% Melayu. Rumah Pangsa PKNS Taman Keramat telah dimusnahkan sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor menerusi PKNS pada penghujung 2010.

Berdasarkan kepada nilai pasaran tanah semasa, setiap unit rumah pangsa tersebut dinilai pada kadar sekurang-kurangnya RM1 juta setiap satu tetapi pemilik hanya diberikan pampasan sebanyak RM150 ribu sahaja.

Walaupun penduduk sebenarnya tidak menentang pembangunan semula di tapak tersebut, tetapi bekas penghuni Rumah Pangsa Taman Keramat mahukan perumahan mampu milik di atas tapak tersebut dan keutamaan diberikan kepada mereka yang pernah menghuni di rumah pangsa di situ. Mereka tidak mahu kondominium mewah yang tidak mampu buat mereka.

Kerajaan Negeri Selangor merancang studio apartment (apartment tanpa bilik) berukuran 538 kaki persegi yang berharga RM700,000 setiap satu dan tidak mungkin mampu dibeli oleh komuniti Melayu Taman Keramat.

Sudah lama, masyarakat dan penduduk memberi amaran, keganasan mungkin akan tercetus sekiranya projek tersebut diteruskan.

Persoalannya:

1) Mengapa Kerajaan Negeri Selangor memusnahkan rumah pangsa kos rendah milik mereka dan menggantikannya dengan projek kondo mewah?

2) Adakah pampasan RM150 ribu, membolehkan penduduk asal mencari rumah-rumah ganti di sekitar tempat tersebut?

3) Adakah sebarang rumah pangsa kos rendah alternatif yang ditawarkan kepada penduduk-penduduk asal empat blok rumah pangsa yang telah dimusnahkan dan merupakan pemilik?

4) Semenjak pemusnahan pada tahun 2010, empat tahun sepatutnya menjadi tempoh yang matang bagi Kerajaan Negeri Selangor menyelesaikan sebarang masalah dengan penduduk serta pemilik sebelum tercetus insiden ganas hari ini. Ada atau tidak, Kerajaan Negeri Selangor yang ditunjangi oleh PKR dan didalangi oleh DAP mencari jalan penyelesaian atau sebaliknya mereka sekadar menyalahkan UMNO untuk menutup skandal penyelewengan kuasa serta kewangan yang mereka terlibat sepenuhnya.

SUMBER : Selangor Chronikel

Friday, January 23, 2015

Hadiah Tahun Baru… Kerajaan Dap P.Pinang Perah Poket Rakyat Sekali Lagi


Kenaikan cukai pintu dan caj tambahan 90 sen sekiranya tidak membayar bil air di kaunter Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBA) merupakan hadiah tahun baru yang ‘istimewa’ diberikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dibawah pimpinan Dap kepada rakyat negeri itu.

Inilah antara bukti bahawa Dap amat ‘menitikberatkan’ masalah rakyat demikian ujar sinis Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim.

Jelas beliau lagi, dahulu Dap sering memainkan emosi rakyat bahawa Barisan Nasional (BN) adalah lambang kepada ‘barang naik’ tetapi kini Dap lah sebenarnya yang menaikkan kadar perkhidmatan tanpa mengambil kira bebanan yang terpaksa ditanggung rakyat.

“Di dalam usaha kerajaan pusat ingin mengurangkan beban rakyat dengan memberi pelbagai bentuk bantuan seperti BR1M, kerajaan negeri Pulau Pinang pula mengambil kesempatan memerah poket rakyat negeri ini.

“Sudahlah sebelum ini surcaj air dinaikkan 100% dari RM0.24 sen ke RM 0.48 sen, kini ditambah pula dengan caj tambahan sebanyak 90 sen sekiranya tidak membayar bil di kaunter PBA.

“Tidak cukup dengan itu, cukai pintu pula dinaikkan sebanyak 0.5 peratus. Kini satu lagi yang bakal naik pada bila-bila masa adalah tariff air yang hanya menunggu tempoh kelulusan untuk dinaikkan,” katanya kepada UMNO-Online.

Tambahnya lagi, kerajaan Dap di bawah pimpinan Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri sedikitpun tidak prihatin dengan nasib rakyat. Baru sahaja rakyat mahu menarik nafas lega dengan penurunan harga minyak dan bantuan BR1M, kini dibelengu pula dengan pelbagai kenaikan yang dikenakan oleh kerajaan negeri.

“Pembangkang termasuklah Dap sering melaung-laungkan ‘tukar’ kerana kononnya kerajaan pusat sedia ada tidak prihatin dengan kesusahan rakyat. Tetapi adakah apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang ini menunjukkan mereka prihatin dengan kesusahan rakyat?

“Cuba senaraikan apa yang kerajaan DAP Pulau Pinang lakukan untuk kebajikan dan kesejahteraan rakyat, pembangunan negeri…? Jawapan saya tidak ada kerana mereka sebenarnya hanya meneruskan apa yang telah dilaksanakan oleh BN sebelum ini.

“Yang adapun mereka buat adalah memberikan bantuan RM100 untuk warga emas dan kepada bayi yang baru lahir, itupun diberikan kepada mereka yang menjadi pengundi di negeri tersebut,” jelasnya lagi.

Inilah kata beliau perbezaan ketara antara pembangkang dan BN yang perlu dilihat oleh rakyat kerana BN telah membuat lebih banyak kebajikan tanpa mengira warna kulit, latar belakang mahupun sama ada ia pengundi atau tidak.

"Apa pun saya mengucapkan tahniah kepada Dap kerana telah berjaya menambah beban dan menyusahkan lagi rakyat,” kata Rafizal lagi. - sumber



Thursday, January 22, 2015

Bersih 2.0 Khianat Negara Dengan Dedah Kepincangan Persepadanan Semula Sarawak Kepada 20 Diplomat Asing

Tindakan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) memberi taklimat kepada 20 diplomat asing dua hari lepas berhubung cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan persempadanan semula di Sarawak, kononnya untuk mendedahkan kepincangan dan kurang ketelusan pelaksanaannya, merupakan satu pengkhianatan besar kepada negara.

Kenapa Bersih 2.0 harus membuat sessi penerangan dengan diplomat dari negara seperti Amerika Syarikat, Perancis, Jerman, Rusia, Britain, Australia dan Singapura selama dua jam hanya untuk mendedahkan kepincangan proses persempadanan yang masih di peringkat cadangan? Di manakah maruah mereka sebagai Rakyat Malaysia apabila menjemput diplomat asing untuk memburukkan negara? Apakah mereka masih dibelengu mentaliti penjajahan?

SPR menjalankan persempadanan semula berdasarkan peruntukan undang-undang di bawah Perlembagaan Persukutuan. Ia juga dilaksanakan selaras dengan keputusan DUN Sarawak yang meluluskan pindaan undang-undang ke atas Fasal 2 Perkara 14 Perlembagaan Negeri. Kesemuanya tertakluk kepada undang-undang negeri dan Perlembagaan Negara. Kenapa mesti Bersih 2.0 mengadai kedaulatan negara dengan menjaja kepada negara luar waima sekiranya terdapat kekurangan sekalipun?

SPR juga telah mempamerkan syor atau cadangan kajian semula persempadanan semula berkenaan selama sebulan bermula 05 Januari 2015 sehinggalah 04 Februari 2015. Kalau ada sesuatu bantahan, buat sahajalah bantahan secara bertulis kepada Pengarah Pilihanraya Negeri Sarawak? Kenapa mesti memburukkan negara di hadapan diplomat negara asing? Apa tujuan pengkhianatan ini dilakukan oleh Pengerusinya, Marina Chin Abdullah? Apakah disebabkan mereka mendapat dana dari negara asing atau mereka tiada semangat patriotik kepada negara?


Awal bulan ini, SPR mempamerkan syor atau cadangan jumlah Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Negeri bagi Sarawak yang ditambah 11 bahagian menjadikan kepada 82 bahagian keseluruhan. 11 bahagian pilihan raya negeri yang baru disyorkan itu ialah N13 Batu Kitang, N17 Stakan, N18 Serembu, N23 Triboh, N26 Gedong, N40 Kabong, N57 Telian, N63 Selirik, N66 Murum, N70 Samalaju dan N78 Long Lama. Selain kerusi baru, SPR turut mencadangkan perubahan nama 1 kerusi Parlimen dan 4 kerusi DUN.

Wong Chin Huat Sedang Memberi Taklimat Kepada Diplomat Asing -
Pengkhianat Negara?



Cr : CTS


DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.