Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, July 29, 2015

Khalid Al-Walid Tetap Taat Walaupun Dipecat!



Saidina Khalid al Walid r.a merupakan seorang tokoh hebat dalam medan peperangan dan telahpun dilantik sebagai Panglima Perang sebelum zaman pemerintahan Saidina Umar al Khattab. Sememangnya kepercayaan masyarakat Islam pada waktu tersebut amat tinggi terhadap kebolehan dan kehebatan Saidina Khalid al Walid r.a.

Namun apa yang memeranjatkan, setelah takhta khalifah diwariskan kepada Saidina Umar al Khattab r.a, beliau bertindak memecat Saidina Khalid al Walid dengan menggantikan Abu Ubaidah r.a untuk jawatan tersebut. Tindakan ini amat mengecewakan kebanyakan orang ramai dan menimbulkan perasaan tidak puas hati.

khalid-al-walid-pedang-Allah-sejarah-Islam

Beliau telah dilucut jawatan sebanyak dua kali oleh Umar r.a al-Khattab, iaitu pada tahun 13 Hijrah sejurus selepas Umar r.a dilantik sebagai khalifah dan sekali lagi pada 17 Hijrah.[12] Namun kedua-dua peristiwa ini bukan kerana Khalid tidak baik dan bermasalah, Namun ia adalah dari sebab berikut [13] :-

a) Menjaga keyakinan umat Islam terhadap Allah, ia jelas dari surat umum yang dihantar Umar r.a kepada umat Islam memberitahu agar mereka tidak terlalu ‘bergantung harap’ dengan Khalid sehingga tersilap sangka kemenangan Islam disebabkan oleh kehandalan Khalid dan bukan kerana bantuan Allah swt.

b) Pentadbiran ; iaitu dalam urusan dan keputusan pembahagian harta. Pentadbiran Umar r.a inginkan keteletian dan laporan berterusan dari setiap pegawainya, namun Khalid inginkan pentadbiran yang bebeas dari penelitian sentiasa oleh Khalifah.

Di waktu Khalid dipecat dari jawatannya sebagai gabenor di Syria, beliau berkata :-

“Amir al-Mukminin (Umar r.a) melantik aku sebagai gabenor dan setelah urusan menjadi licin dan lancar, beliau melucutkan jawatanku”

Lalu seorang lelaki berkata : “Sabarlah wahai ketua, ia waktu untuk bermulanya fitnah”

Khalid membalas :

“selagi anak Al-Khattab ini hidup, selagi itu TIADA RUANG FITNAH untuk berlaku” [14]

Demikian hormat dan keyakinan Khalid terhadap Umar r.a walau dalam keadaan beliau dilucutkan jawatan, amat difahaminya tindakan Umar r.a adalah untuk mengelak fitnah, bukan mencipta fitnah.

Di ketika Khalid r.a hampir wafat (beliau wafat pada 21 H), beliau berkata kepada Abu Darda r.a,

“Wahai Abu Darda, bila Umar r.a al-Khattab r.a wafat kelak, kamu akan dapati sesuatu yang kamu benci berlaku”

Dan berkata lagi sambil mengelap air matanya:

“Aku memang merasa sedikit kecewa dengan beliau dalam sesetengah isu, tetapi setelah aku fikrikan kembali berkenaannya di ketika aku sakit ini, aku menyedari bahawa Umar r.a Al-Khattab r.a melakukannya dengan ikhlas dan hanya mengharapkan rahmat Allah dari setiap tindakannya”[15]

Khalid juga melantik Umar r.a sebagai waasi (pengurus harta pusakanya), ketika Umar r.a al-Khattab menerima surat wasiat itu, beliau turut menangis.

Inilah sikap Khalid Al-Walid si Pedang Allah. Walaupun Saidina Khalid al Walid r.a dipecat dari jawatannya, beliau menerima keputusan tersebut dengan tenang dan berterusan taat terhadap kepimpinan Saidina Umar al Khattab r.a.

Apa Yang Tersirat.

Jika dibaca kisah di atas hanya dengan biji mata sahaja, maka sudah tentu perasaan kita turut menyebelahi pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan Saidina Umar r.a. Namun apa yang tersirat sebenarnya jauh lebih halus dari apa yang kita sangkakan.

Soal keyakinan dalam semua perkara yang dilakukan dan menyerah diri hanya kepada Allah s.w.t sahaja amat penting dalam aqidah setiap muslim. Aqidah pula merupakan jantung kepada agama yang kita cintai ini. Jika rosak dan bermasalah jantung tersebut, maka tumbanglah agama kita.

Hikmah Saidina Umar menurunkan pangkat Khalid dan digantikan dengan Abu Ubaidah antaranya ialah agar ia mampu menyedarkan ummat Islam bahawa penyerahan diri dalam setiap perkara walaupun dalam soal peperangan hanya kepada Allah s.w t. Kebimbangan Umar terhadap ummat Islam yang keterlaluan mengagung-agungkan Saidina Khalid al Walid r.a menyebabkan beliau melucutkan jawatan Saidina Khalid al Walid r.a.

Hikmah peristiwa di atas juga adalah menggambarkan bagaimana seorang yang ikhlas dalam mentaati Allah taala, Saidina Khalid al Walid r.a yang tidak kecewa dengan tindakan Saidina Umar r.a, kerana beliau meyakini bahawa beliau pergi berperang bukan untuk habuan dunia, tetapi untuk habuan akhirat, bukannya mengharapkan habuan pangkat di dunia.

Seterusnya, hikmah lain yang boleh diambil adalah ketaatan Saidina Khalid al Walid r.a terhadap seorang pemerintah, khalifah, Saidina Umar al Khattab r.a adalah wajib dalam Islam selagi mana ia berlandaskan syariat Islam. Langsung tiada kepentingan dalam kedua-dua individu mulia di atas, Saidina Umar al Khattab r.a dan Saidina Khalid al Walid r.a untuk mendapatkan sebahagian habuan dunia tetapi apa yang mereka harapkan adalah keredhaan dari Allah taala.

Wallahua’lam

Rujukan :

[12] Tarikh at-Tabari, 5/41

[13] Umar Ibn Khattab, His Life and Time, Dr Ali Md As-Sallabi, 2/111-114 ; Abatil yajib an tumha min at-Tarikh, Ibrahim Sha’oot, hlm 134

[14] Al-Kamil fi At-tarikh, Ibn Athir, 2/156

[15] Khalid ibn waled, Sadiq ‘Arjoun, hlm 349 ; Al-Khilafah wal Khulafa, hlm 198


Selepas Serang Kerajaan Kini DAP Mula Serang Kawasan Kelabu di Johor!!!



Rajin betul bakal PM bukan Melayu pertama Malaysia ini!!!

Bersungguh2 betul nampaknya DAP nak tawan Malaysia!!! Kedai makan pun jadi??? Pandai betul mereka mendekati pengundi2 Cina sebagaimana mereka masuk ke dalam masjid demi untuk memenangi hati pengundi2 Melayu.

Dalam pada UMNO sedang bercakaran sesama sendiri kerana gara2 ingatkan Malaysia sudah aman apabila DSAI dipenjarakan atas kesalahan meliwat bekas pembantunya, rupa2nya DAP pula semakin ghairah mengatur strategi.

Dengan congakkan mereka UMNO sedang perbecah-belah....

Isu2 yang mereka digembar-gemburkan kenaikan petrol, isu GST, isu 1MDB, rasuah MARA, Felda, isu kenaikan harga barang dll dan dengan bantuan asing telah berjaya mereka tonjolkan bahawa kerajaan telah gagal mentadbir negara dengan baik.

PAS yang sudah "di dinosorkan".

Undi Melayu/Bumiputera akan berpecah...

Undi Cina/India 20-30% akan jadi kuasa penentu....

Parti Harapan Baru yang lebih liberal akan dapat menggantikan PAS dan disenangi oleh bukan Melayu.

Kalau ikut congakkan ni......

Alamatnya, semua kawasan majoriti Melayu 50/60 % pun akan menjadi kawasan "kelabu" dan bakal menjadi "kubur" Melayu.

Adakah benar pengundi2 Melayu akan mengambil tindakan bak kata pepatah, "marahkan nyamuk, kelambu dibakar", hanya pemimpin2 UMNO dengan PAS dan sokongan Sabah dan Sarawak sahaja yang boleh berbuat sesuatu.

Apapun semoga, Projek Singapura 2 tidak akan berlaku!!!

Kepada pemimpin2 Melayu/Bumiputera ayuh bangkit!!! Buang yang keruh dan ambil yang jernih. Bersatulah!!! Cr

Berpecahlah Melayu Dengan 30% Undi Melayu DAP Bakal Terajui Putrajaya!!!



Dekat kedai kopi pun jadi...Utk mereka berkempen, memfitnah dan menabur tohmah...

Jika DAP dapat undi Melayu/Bumiputera solid 30% yg sokong mereka, Putrajaya dalam gemgaman.

Option terakhir...PAS jadi penyokong ataupun simpati dengan BN. Itu pun perancangannya...sebab itulah PAS kena singkir dari Pakatan Rakyaat.

Tapi dgn migration beramai2 pemimpin2 PAS yg pro Anwar ke Parti Gerakan Harapan Baru, dan majoriti pengundi2 Cina solid menyokong DAP, masih ada lagi kah harapan untuk kepimpinan Melayu diteruskan di Malaysia....

Wallah hualaam.......

DAP cuma perlukan 30% undi Melayu di kawasan majoriti Melayu...

Undi Melayu 60% pecah 3,

PR dikuatkan dengn Parti Gabungan Harapan Baru....

Cina 20-30% solid sokong DAP...

Kena ingat....sekarang pun DAP merupakan parti paling dominan dlm PR...mereka mempunyai bilangan MP paling ramai.....

Mereka (DAP) begitu bijak berpolitik....

Bayangkan jika hari ini mereka boleh singkirkan PAS, apakah ianya mustahil perkara yang sama tidak dilakukan kepada Parti Gerakan Harapan Baru?

Sekarang ni pun mereka semakin aggreaif. Giat merekrut budak2 Melayu...

Sampai ke Timur Tengah DAP jumpa pelajar kita....

Pastinya akan sampai masanya DAP X perlukan lagi proksi untul MB/PM Melayu daripada parti rakan2 komponen Pakatan Rakyaat.

Untuk itu sedarlah wahai pemimpin2 dan pengundi Melayu/Islam/Bumipitera!! Cr

Tidak pernah saya bayang akan jadi TPM - Zahid Hamidi




Tahniah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diumum sebagai timbalan perdana menteri baharu



PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang baru dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri hari ini berkata pelantikan beliau dalam memegang jawatan kedua tertinggi kerajaan adalah sebuah kitaran politik yang tidak pernah beliau bayangkan.

"Ini adalah kitaran politik yang tidak pernah saya harapkan. Saya terima sebagai satu takdir dan qada dan qadar", katanya selepas diumumkan sebagai pengganti kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mengulas lanjut, pelantikan beliau selaku TPM ujar Zahid ia adalah satu keputusan berat yang dibuat oleh Datuk Seri Najib Razak.

"Saya dapat memahami keputusan (Datuk Seri) Najib, adalah keputusan yang berat, namun, kebersamaan antara beliau dan saya seperti mengembalikan sejarah saya dilantik sebagai setiausaha politik beliau", katanya.

Pertama kali memberikan sidang media sebagai Timbalan Perdana Menteri, jelas Zahid situasi ini disifatkan sebagai satu tanggungjawab besar yang perlu digalas beliau.

"Pelantikan ini adalah satu pikulan tanggungjawab yang tidak dapat saya jelaskan", ujarnya.

Zahid dalam pada itu turut nerterima kasih kepada Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) dan Najib atas kepercayaan yang telah diberikan kepada beliau. cr

Tuesday, July 28, 2015

SENARAI KABINET BAHARU PM NAJIB 2015






SEMASA VIRAL

Senarai penuh Kabinet baharu

Perdana Menteri, Menteri Kewangan
Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Datuk Mah Siew Keong
Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Datuk Seri Idris Jala
Datuk Seri Joseph Kurup
Datuk Joseph Entulu Anak Belaun
Datuk Seri Dr Shahidan Kassim
Datuk Paul Low Seng Kuan
Nancy Shukri
Datuk Seri Abdul Wahid Omar
Datuk Ir Dr Wee Ka Siong
Datuk Seri Azalina Othman Said


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Datuk Razali Ibrahim
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki


Menteri Kewangan II
Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Timbalan Menteri Kewangan
Chua Tee Yong
Datuk Johari Abdul Ghani Menteri


Menteri Pengangkutan
Datuk Liow Tiong Lai

Timbalan Menteri Pengangkutan
Datuk Aziz Kaprawi


Menteri Kesihatan
Datuk Seri Dr S. Subramaniam

Timbalan Menteri Kesihatan
Datuk Seri Dr Hilmi Yahya Menteri


Menteri Pelancongan
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Timbalan Menteri Pelancongan
Datuk Mas Ermieyati Samsudin


Menteri Pertahanan
Datuk Seri Hishammuddin Hussein

Timbalan Menteri Pertahanan
Datuk Wira Johari Baharom


Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Datuk Seri Mustapa Mohamed

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II
Datuk Seri Ong Ka Chuan


Timbalan Menteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Datuk Ahmad Maslan
Datuk Lee Chee Leong


Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili


Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Datuk Seri Dr James Dawos Mamit


Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Datuk Amar Douglas Uggah Embas



Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Datuk Noriah Kasnon


Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek


Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman


Menteri Luar Bandar dan Wilayah
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Timbalan Menteri Luar Bandar dan Wilayah
Datuk Alexander Nanta Linggi
Datuk Ahmad Jazlan Yaakub


Menteri Luar Negeri
Datuk Seri Anifah Aman

Timbalan Menteri Luar Negeri
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican


Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
Datuk Wilfred Madius Tangau

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
Datuk Dr Abu Bakar Mohamd Diah


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Datuk Seri Rohani Abdul Karim

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Datuk Azizah Mohd Dun
Datin Paduka Chew Mei Fun



Menteri Kerja Raya
Datuk Seri Fadillah Yusof

Timbalan Menteri Kerja Raya
Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin


Menteri Sumber Manusia
Datuk Seri Richard Riot Anak Jaem

Timbalan Menteri Sumber Manusia
Datuk Seri Ismail Abd Muttalib


Menteri Wilayah Persekutuan
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan
Datuk Dr Loga Bala Mohan A/L Jaganathan



Menteri Pengajian Tinggi
Datuk Seri Idris Jusoh

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi
Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin


Menteri Belia dan Sukan
Khairy Jamaluddin Abu Bakar

Timbalan Menteri Belia dan Sukan
Datuk Saravanan A/L Murugan


Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Datuk Abdul Rahman Dahlan

Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Datuk Halimah Mohd Sadique


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Datuk Hamzah Zainudin

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah


Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
Datuk Ir Hamim Samuri


Menteri Pendidikan
Datuk Seri Mahdzir Khalid

Timbalan Menteri Pendidikan
P. Kamalanathan
Chong Sin Woon



Menteri Komunikasi dan Multimedia
Datuk Seri Dr Mohd Salleh Tun Said Keruak

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia 
Datuk Jailani Johari

Senarai yang digugurkan:
Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin
Datuk Seri G. Palanivel
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Datuk Seri Hasan Malek
Datuk Dr Ewon Ebin
Timbalan Menteri
Datuk Abd Rahim Bakri



PM Najib Umumkan Rombakan Kabinet : Muhyiddin Yassin digantikan dengan Zahid Hamidi sebagai TPM

Tuesday, July 28, 2015

PM Najib UMUM Rombakan Kabinet : Muhyiddin Yassin digantikan dengan Zahid sebagai TPM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan perlantikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalannya, menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengumuman dibuat di pejabatnya di Putrajaya tengahari ini.

Dalam ucapannya , Najib menegaskan beliau mengamalkan sikap terbuka dalam menerima kritikan. Namun sebagai anggota kabinet, perbedaan pendapat bukanlah cara terbaik dibuat di forum terbuka.

"Ia juga bertentangan dengan konsep tanggungjawab bersama," katanya, mengulas keputusan untuk menggugurkan Muhyiddin.

Berikut adalah muka-muka baru antara  yang diumumkan Najib:

Wan Junaidi – Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
Reezal Merican – Timbalan Menteri Luar
Shabery Cheek – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

LIPUTAN LANGSUNG

2:00 petang

Senarai menteri-menteri yang terlibat dalam rombakan kabinet yang diumumkan sebentar tadi yang berkuatkuasa 29 Julai 2015

Perdana Menteri - Dato' Sri Najib Razak

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri - Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi

Menteri Luar Bandar - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Menteri MITI - Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri MITI - Datuk Ahmad Maslan

Menteri Pertanian & Industi - Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Azalina Othman Said

Menteri Pendidikan - Datuk Seri Mahdzir Khalid

Menteri KPDNKK - Datuk Hamzah Zainuddin

Menteri Sumber Asli & Alam Sekitar - Datuk Dr Wan Junaidi Wan Othman

Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Fadillah Yusof

Menteri Pengajian Tinggi - Datuk Seri Idris Jusoh

Menteri Luar - Datuk Seri Anifah Aman

Timbalan Menteri Luar - Datuk Reezal Merican Naina Merican

Menteri Pengangkutan - Datuk Seri Liow Tiong Lai

Menteri Kesihatan - Datuk Seri S Subramaniam

Menteri Komunikasi & Multimedia - Dato' Seri Mohd Salleh Keruak

Monday, July 27, 2015

PADAH IBU MUDA BERANAK TIGA GILA.MAIN WECHAT, DIUGUT BUNUH LELAKI KALAU ENGGAN BERHUBUNGAN SEKS DI HOTEL!!!


Sunday, July 26, 2015

PENGGUNA media sosial khususnya wanita masa kini lebih gemar menghabiskan masa dengan memuat naik status dan pelbagai paparan aktiviti termasuk gambar ke akaun laman sosial masing-masing. 

Namun kebanyakan daripada kita tidak sedar bahaya yang datang menyusul sekiranya kita terlalu seronok mendedahkan aktiviti seharian serta butir peribadi ke alam maya. 

Pengakuan ibu muda kepada ​tiga ​orang anak yang masih kecil, Erma (bukan nama sebenar) benar-benar membuka mata tentang bahaya penggunaan media sosial yang tidak terkawal. 

Erma, 32, merupakan seorang pekerja sektor perkhidmatan yang menetap dan bekerja di ​Petaling Jaya. 

Walaupun sibuk dengan kerjaya dan keluarga, Erma mengakui gemar menghabiskan masa yang terluang di ruang media sosial, tidak kira di Facebook, atau Twitter.

Teruja dengan aplikasi media sosial WeChat yang pada masa itu menjadi kegilaan remaja dan golongan yang gemar bersosial, Erma tidak mahu ketinggalan untuk turut mencuba aplikasi tersebut. 

Pada mulanya ia hanya untuk suka-suka. Tekan sahaja butan Search Nearby (carian berdekatan), pasti berderet individu tersedia untuk ditambah sebagai kenalan. 
Menurut Erma, perkenalannya dengan ​Rosman (bukan nama sebenar) bermula sejak tiga bulan ibu kepada ​tiga anak ini menggunakan aplikasi tersebut.

“Saya berkenalan dengannya (​Rosman) ketika saya masih baru menggunakan aplikasi WeChat. ​Rosman meminta saya meluluskan permintaannya untuk menjadi salah seorang daripada kenalan saya,” katanya.

Tambah Erma lagi, segala-galanya tentang ​Rosman termasuk gambar yang digunakan di profilnya adalah palsu.

​Lelaki itu tidak pernah mendedahkan gambarnya yang sebenar sehinggalah pertemuan antara mereka dirancang.​

​Ujar Erma lagi, selama perkenalannya dengan jejaka WeChat itu, R​osman menggunakan gambar seorang lelaki yang agak tampan hanya untuk mengumpan wanita untuk dijerat kemudian harinya.

Kata Erma, walaupun Rosman tersenarai sebagai salah seorang kenalan dalam aplikasi tersebut, Erma tidak pernah memulakan perbualan dengan lelaki tersebut.

“Saya tidak pernah tegur dia, biasanya dia tegur saya. Itu pun jarang sekali saya balas kerana saya terlalu sibuk dengan kerja dan keluarga.

“Saya memang ada reply (balas) mesej dia beberapa kali, tetapi ia hanya perbualan biasa, yang lama kelamaan bertukar dan berbaur lucah,” luahnya kepada penulis.

Jelas Erma lagi, perbualan antara kedua mereka tidak lagi berlangsung apabila Rosman berubah. Kerap kali Rosman menghantar pesanan menerusi Wechat untuk mengajaknya mengadakan hubungan seks di hotel-hotel mewah dan hotel bajet.

“Saya tidak layan (berbalas mesej) dia sejak dia mula minta yang bukan-bukan dari saya. Sejak itu dia mula mengugut saya dan anak-anak saya. Katanya, jika saya tidak layan dia, dia akan cari anak-anak saya dan akan bunuh kami,” ujarnya lagi.

Mengakui situasi mula memuncak, Erma yang semakin buntu akhirnya berterus terang dengan suami.

“Dia kenal anak-anak saya menerusi gambar yang dimuat naik oleh saya sendiri ke akaun WeChat saya. Bila saya kerap diugut, suami cadangkan saya buat laporan polis.

“Saya ikut cakap suami dan terus buat laporan. Kebetulan saya ada sepupu yang bekerja sebagai polis di Bukit Aman, dia membantu kami untuk menangkap Rosman,” katanya lagi.

Rancangan memerangkap Eddy dimulakan sebaik sahaja sepupu Erma, ​Amir (bukan nama sebenar) menyamar sebagai Erma dan mula membalas teks yang dihantar Rosman.

“Amir yang menyamar sebagai saya,merancang pertemuan antara kami. Sebelum berjumpa, dia (Rosman) meminta saya masukkan sejumlah wang ke dalam akaunnya atas alasan untuk membayar pendaftaran masuk ke hotel tersebut.

“Mujur​ Amir bijak mencari alasan. Kata ​Amir ​bagi pihak saya​, kos tersebut akan dibayar sebaik sahaja kami berdua mendaftar masuk ke hotel tersebut. 

“​Rosman​ m​ahu saya ke salah sebuah hotel ternama di Kuala Lumpur di mana kami akan berjumpa di kafe hotel sebelum mendaftar masuk ke bilik hotel tersebut,” katanya. 

Erma dan suami bersama beberapa anggota polis ke hotel tersebut seperti yang dirancang. Dari jauh kelihatan seorang lelaki bersusuk tubuh gempal sedang duduk santai di kafe, seolah-olah menunggu seseorang lagaknya. 

Erma diarahkan Amir untuk berjumpa dengan lelaki tersebut untuk memastikan bahawa dia adalah suspek yang bakal ditahan Amir. 

“Walaupun rasa tidak selesa, saya tetap berjumpa dengan Rosman. Kami bertanyakan nama masing-masing sebelum saya diminta duduk oleh Rosman.

“Selepas beberapa minit berbual kosong, Rosman mengajak saya untuk check in (mendaftar masuk) ke hotel. Ketika kami bangun dari tempat duduk masing-masing, Rosman ditahan polis,” katanya lagi kepada penulis.

Rosman ditahan beberapa hari oleh polis bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut, bagaimanapun menurut Erma, dia dibebaskan atas jaminan polis.

Sejak itu, Erma tidak menerima gangguan dari ​Rosman lagi. Sumber

Anwar Tahu Mana Nak Cari Duit Jika Berlaku 'Siri pPiihanraya Kecil'

GHB diminta melihat dan mendengar apa perasaan rakyat setelah mereka ambil keputusan untuk mufarakah dari Pas. Dalam solat pun dibolehkan mufarakah. Apa sangat dalam politik. Sebab itu apabila timbul isu bai’ah dan sebagainya, pelopor GHB tidak kisah sangat.

Arahan terbaru yang diterima daripada Mursyidul Am Sebenar GHB (Sungai Buloh) adalah meletakkan jawatan sekiranya perlu. Semuanya bergantung kepada sentimen rakyat. Kalau ok, tak perlu. Tapi pressure kuat, siri pilihanraya kecil adalah jalan terbaik.

Apabila ditanya soal modal untuk siri pilihanraya kecil; Mursyidul Am Sebenar GHB (Sungai Buloh) yakinkan supaya mereka jangan risau. Kalau setakat 11 kawasan Parlimen; 17 DUN; rasanya modal yang ada sudah cukup.

Modal ini akan turut dibantu oleh satu arahan khas kepada Azmin dari Sungai Buloh. Bajet tertentu Kerajaan Negeri Selangor akan digunapakai. Secara kebetulan, banyak juga pilihanraya kecil akan berlaku di negeri ini. Untuk asingkan sedikit untuk beberapa kawasan di Kelantan, di Kedah, di Perak tidak akan timbul masalah.

Pilihanraya kecil ini peluang untuk bawa masuk ramai orang kecewa ke dalam sistem politik. Orang seperti Husam, Salahuddin Ayyub – tak boleh berada di tepian padang. Mesti masuk dalam padang. Itu boleh diusahakan.
Malahan Husam bersedia untuk bertanding di Shah Alam, apabila laporan dalaman mengatakan Khalid Samad akan tersungkur teruk jika bertanding semula di Shah Alam di atas tiket GHB.

Salahuddin Ayyub juga mengidam untuk bertanding.
GHB akan mempunyai modal yang cukup, apabila kemampuan kewangan DAP dan PKR membantu parti baru tersebut. Buat masa sekarang, invois bulanan Abang Mat Sabu sahaja sekitar RM20 ribu sebulan. Belum masuk buat open house dan turun ke negeri-negeri. Ini semua rezeki bulan Syawal

Saturday, July 25, 2015

TONG KOII ONG,Orang Yang Dituduh Cuba Menggulingkan Kerajaan Dengan Penurunan Nilai Ringgit dan 1MDB, Akhirnya Buat Pengakuan Mengejutkan

Nama Tong Koii Ong bukanlah asing. Bekas ahli perbankan pada zaman Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan yang turut menjadikan bank miliknya, Phillieo Allied sebagai tempat mendeposit wang-wang dari sumber yang diragui selain menjadi tempat berlabuhnya beberapa orang kroni rapat Anwar Ibrahim, termasuklah isteri Azmin Ali, Shamsidar Taharim, juga merupakan pemilik The Malaysian Insider dan The Edge yang telah sekian lama menggunakan media untuk mengukuhkan kedudukan dan pengaruh Anwar Ibrahim, selain bertindak menghuru-harakan negara dengan laporan-laporan yang bersifat subversif.

Pengakuan bertulis yang dibuat oleh Xavier Justo dalam surat mempunyai 22 halaman kepada polis Thailand bagaikan memerangkap Tong Koii Ong dan Ho Kay Tat, selain Clare Brown dan Tony Pua serta Rafizi Ramli.

Dengan Wall Street Journal pula mengubah pendirian mereka daripada 'MENUDUH NAJIB MENGGUNAKAN AKAUN PERIBADI' untuk mencuri RM700 juta kepada 'PERCAYA, AKAUN PERIBADI NAJIB' digunakan untuk kemasukan RM700 juta, perubahan besar sedang berlaku sebelum perjanjian TPPA dimuktamadkan menjelang lawatan kali kedua Barrack Obama ke Malaysia pada November nanti.

Tong Koii Ong dalam pengakuannya, telah membenarkan kata-kata Xavier Justo bahawa dia telah ditipu oleh seorang ahli perniagaan Malaysia. Tong Koii Ong mengakui yang ahli perniagaan Malaysia itu adalah dirinya. Sekaligus, pengakuan Tong Koii Ong itu juga telah membenarkan pengakuan bekas editor Sarawak Tribune, Lester Melanyi yang kredibilitinya cuba dihancurkan oleh Tony Pua dan Rafizi Ramli agar kenyataan serta pengakuannya tidak diterima awam.

Namun alasan yang diberikan oleh Tong Koii Ong yang data-data tersebut dicuri dan Xavier Justo diperdaya hanyalah untuk penyiaran bagi mendapatkan kebenaran, adalah sesuatu yang langsung tidak masuk akal. Ini adalah kerana Polis Thailand dan Polis Singapura telah pun mengesahkan data-data yang disiarkan oleh The Edge, The Malaysian Insider, Sarawak Report dan digunakan sebagai hujah oleh Tony Pua serta Rafizi Ramli merupakan data-data yang telah diubahsuai dan dipinda bagi mencapai maksud bagi tujuan menggulingkan Kerajaan Malaysia.

Hanya selepas terdesak dan hanya selepas pembetulan kembali dilakukan, barulah kesemua data curi tersebut diserahkan kepada polis dengan harapan, PDRM sendiri yang akan membuat 'cucian' The Edge dan Sarawak Report tidak meminda dokumen-dokumen berkenaan.

Buat masa sekarang, hanya Ho Kay Tat yang berada dalam soalsiasat polis. Giliran Tong Koii Ong, Tony Pua dan Rafizi Ramli belum muncul lagi walaupun mereka dilihat tergesa-gesa untuk melarikan diri ke luar negara kalau tidak kerana sekatan perjalanan oleh Jabatan Imigresen.

Mereka masih dikira beruntung kerana berbuat begitu di Malaysia. Kalaulah kesemua mereka melakukan kesalahan yang sama di China, sudah tentu sekarang ini ahli-ahli keluarga mereka terpaksa mengumpulkan wang untuk membeli peluru yang akan digunakan oleh pasukan penembak hukuman mati untuk membunuh kesemua mereka!

sengal berita 

Nak Ambil Pekerja Pun Mesti Tahu Bercakap Dialek Cina Selain Mandarin, Bukan RASIS Ke Namanya?

Masalah RASIS di Malaysia kerapkali dihamburkan kepada UMNO dan Barisan Nasional sekalipun pada masa yang sama, tiada sesiapa pun dapat menafikan bahawa Barisan Nasional adalah rangkuman daripada parti-parti politik pelbagai kaum yang berada dalam satu saf, menggembleng tenaga dan usaha bagi memajukan negara ini.

UMNO adalah ketua dalam Barisan Nasional manakala parti-parti pendokong pula mewakili setiap etnik dan kaum di negara ini yang turut menganuti pelbagai fahaman dan agama.

Dalam situasi rasional pun, setiap orang akan berasa lebih selamat dan selesa di kalangan kaumnya sendiri. Retorik kononnya menghimpunkan setiap individu dalam satu wadah yang menyajikan muhibah dan toleransi keterlaluan, hanyalah wujud dalam angan-angan kerana kejadian alamiah manusia itu sendiri tercipta di kalangan kaumnya, walaupun hakikatnya mereka terwujud kesan daripada percampuran atau hibrid.

Jadi, apabila DAP mendabik dada kononnya mereka lebih liberal, lebih demokratik, lebih tidak berpaksikan bangsa dan lebih telus, mereka sebenarnya adalah penipu besar. Kalau mereka seperti yang diperakui, mereka tidak akan mempersoalkan Bahasa Melayu, Dasar Pelajaran Kebangsaan, kedudukan agama Islam dan orang Melayu-Bumiputera dan sebagainya. Mereka tidak akan giat bercakap tentang sekolah-sekolah vernakular kerana Perlembagaan Malaysia sudah pun menyatakan bahawa teras negara ini adalah Melayu dan Islam. Bahkan mereka juga akan menyokong kuat, penghapusan sekolah-sekolah beraliran vernakular, dan mewujudkan satu sistem pelajaran kebangsaan sepertimana yang diamalkan oleh negara-negara lain di dunia ini termasuklah di China, Singapura dan Taiwan, tiga kiblat utama DAP.

Malahan kesemua pemimpin DAP juga seharusnya lebih fasih dalam berbahasa Kebangsaan, mampu menyanyikan lagu kebangsaan dan mengutuk sebarang usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang melebihkan lain bahasa berbanding Bahasa Kebangsaan, sesuai dengan pengakuan dan dasar perjuangan mereka, Malaysia Malaysian.

Negara ini sebelum kewujudan PAP yang kemudian menelurkan DAP, jauh lebih liberal dan terbuka. Slogan muhibbah tercipta pada zaman sebelum ketiadaan DAP. Orang Cina, India, Melayu dan pelbagai etnik hidup dalam muhibbah sebelum kewujudan DAP.

Apabila DAP buat kali pertama menyertai Pilihanraya Umum pada tahun 1969, apa yang mereka ciptakan adalah jurang permusuhan antara kaum. Mereka mewujudkan sikap saling tidak percaya antara kaum yang kemudian mereka persalahkan UMNO yang telah membenarkan penyertaan kaum lain dalam politik negara ini, bahkan menyokong pemberian kewarganegaraan kepada kaum pendatang yang belum tentu taat setia mereka kepada negara ini.

Lim Kit Siang kata Malaysia berada dalam keadaan yang amat bahaya. Ledakan RASIS akan berlaku pada bila-bila masa sahaja. Dan seperti biasa, Lim Kit Siang cuba menyalahkan Melayu, UMNO dan Islam. DAP langsung tidak bersalah. Sebarang isu yang dicetuskan oleh DAP termasuklah KALIMAH ALLAH, Bible Berbahasa Melayu, anti-Christ di Sarawak dan sebagainya, tidak dianggap sebagai faktor. Malah sokongan kuat DAP kepada puak pemisah S4S di Sarawak juga dianggap sebagai tidak apa-apa.

Cubaan untuk menggulingkan kerajaan negara ini menerusi tindakan Lim Guan Eng, Tony Pua, Anthony Loke, Teresa Kok dan Lim Kit Siang sendiri menerusi perancangan yang amat teliti dengan menjadikan entiti yang menjaga kepentingan Melayu-Bumiputera-Islam, tidak dianggap sebagai satu kesalahan. Bahkan sesiapa sahaja yang mendedahkan perbuatan itu pula yang dianggap sebagai RASIS.

Perhatikan pula bagaimana kalutnya DAP menentang segala akta yang boleh menghalang perbuatan menghasut dan menimbulkan kekacauan di negara ini.

RASIS adalah senjata utama yang digunakan oleh DAP dan RASIS juga adalah amalan DAP serta penyokong-penyokong parti tersebut.

Selidikilah puak-puak yang bercakap tentang RASIS dan anda pasti akan menemui sikap chauvinist yang sangat menebal di kalangan mereka sehinggakan mereka mencipta tembok pemisah dan jurang antara kaum tetapi kemudian mendabik dada kononnya mereka tidak RASIS.

sumber

Tuesday, July 21, 2015

GODAAN DAN ANCAMAN WANITA!!!




Ada seorang pemuda yang menjual kain dari
rumah ke rumah. Ia mempunyai susuk tubuh
yang tegap dan rupa yang tampan.

Suatu hari ia lewat di jalan-jalan dan seorang
wanita telah memanggilnya dan memintanya
untuk masuk ke dalam rumah, apabila pemuda
itu masuk ke dalam rumah maka wanita itu
terus mengunci pintu.

Terkejut dengan perbuatan wanita tersebut,
pemuda itu mengingatkanya dengan Allah dan
azab yang pedih..Tapi sia-sia.. Amarah wanita
itu semakin bertambah.

Wanita itu menyatakan betapa ia ingin melepas
kan perasaan rindu dendamnya yang terpendam
sejak sekian lama terhadap lelaki tersebut.

Wanita itu berkata pada pemuda penjual kain:


“Jika anda tidak melakukan apa yang aku
perintahkan pada kamu nescaya aku akan
menjerit minta tolong. Aku akan beritahu
kepada semua orang bahawa kamu menceroboh
masuk dan memaksa ku melakukan perkara
sumbang.  Sudah tentu orang akan mempercayai
kata-kataku ini.”

Melihat sikap wanita itu yang nekad. Pemuda itu
menyuruhnya pergi bersiap-siap dan ia minta
izin untuk masuk ke bilik air dengan alasankononnya ia juga ingin mempersiapkan diri.

Apabila masuk ke bilik air, tubuh pemuda itu
dengan sendiri rasa gementar daripada rasa
takut dan jatuh dalam lumpur dosa dan tiba-
tiba timbul dalam fikirannya satu jalan keluar.

Pemuda itu pun buang air besar dan ia
lumurkan seluruh badan dengan najisnya
sendiri. Sambil menangis ia berkata:

“Daripada aku terjerumus dalam najis dosa dan
kemurkaan Allah maka lebih baik aku lumurkan
diriku dengan najis dunia yang busuk ini.”

Apabila pemuda itu keluar dari bilik mandi,
ia dapati wanita itu sudah menunggunya. Ia
melihat sendiri betapa terperanjatnya wanita
itu dan wanita itu merasa sangat merasa jijik
dengan keadaannya. Lalu wanita itu menjerit
marah dan menyuruh pemuda itu keluar dari
rumahnya dengan segera.

Lepaslah si pemuda dari dugaan yang amat
berat. Dalam perjalanan pulang ia terdengar
azan berkumandang.Ia terus balik ke rumah
membersihkan diri. Dan dengan perasaan malu
dengan bauan yang tak enak pada tubuhnya ia
terus melangkahkan kakinya ke masjid.

Setelah selesai solat, pemuda itu menjadi panik
apabila semua mata para jemaah tertumpu ke
arahnya. Dalam keadaan tersipu-sipu ia mohon
maaf. Apabila ia ingin beredar, jemaah masjid
mengerumuninya dan bertanya kepadanya dari
mana ia mendapat bauan yang sangat wangi
itu.

Semua ahli jemaah dapat mencium bauan
kasturi yang semerbak harumannya..Dikatakan
bahawa bauan itu kekal dalam diri pemuda itu
sampai akhir hayatnya.

Ia di kenali dengan panggilan Abu Bakar
“Al Miski” bermaksud Pemuda Kasturi..
Ingatlah, apabila seseorang melakukan zina ia
terjerumus dalam najis dosa yang amat jijik di
sisi Allah.

Tapi sebelum itu,apabila hatimu tergerak untuk
melakukan zina,ia sudah terlebih dahulu terpalit
nodawalaupun kamu tidak melakukannya. Itulah
zina hati namanya.


Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki dan
Kegagahan Wanita?


Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa
fizikal tetapi pada murnirohani. Lelaki yang cantik
adalah:-

.
1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata
untuk ingatan.
.
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
.
3) Lelaki yang memberi madu, setelah
menerima racun.
.
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.
.
5) Lelaki yang baik sangka.
.
6) Lelaki yang tak pernah putus asa.
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.
.
Seluruh kecantikan Yang ada pada Nabi
Muhammad adalah kecantikan yang sempurna
seorang lelaki…

.
Dan dimana Kegagahan Wanita?

.
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal
otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan.
Perempuan yang gagah adalah:-)

.
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah
kehilangan.
.
2) Perempuan yang tidak takut pada
kemiskinan.
.
3) Perempuan yang tabah menanggung
kerinduan setelah ditinggalkan.
.
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar
di penuhi segala keinginan.
.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.
.
Seluruh kegagahan yang ada pada Saidatina
Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi
seorangperempuan.

.
Sabda Rasulullah SAW: “Sebarkanlah ajaranku
walaupun satu ayat ” Surah Al-Ahzab : Ayat 71

“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-
amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-
dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan
Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah

mendapat kemenangan yang besar !!! Cr

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.