Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, January 11, 2016

21 ADUN BN ditawar kurniaan pingat kebesaran 'Bonda Ratu'



.21 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Melaka ditawarkan kurniaan pingat pada Majlis Penganugerahan Pingat Kebesaran 'Bonda Ratu', yang sepatutnya diadakan pada Sabtu.

Menurut ADUN Sungai Rambai, Datuk Hassan Abd Rahman, beliau terkejut apabila menerima jemputan 'Pingat Anugerah Tertinggi Darjah Keramat Nang Sakti' di 'Istana Mahligai Ratu' milik 'Bonda Ratu' berkenaan.

Hassan turut berkata, beliau diminta untuk memakai pakaian istiadat lengkap berwarna kuning pada hari penganugerahan tersebut.

Katanya lagi,  beliau sendiri langsung tidak mengetahui susur galur wanita yang mendakwa dirinya 'Raja Kerinchi Tinggi Sumatera, Indonesia' itu dan tindakan pihak polis menahan reman untuk siasatan adalah amat wajar kerana boleh mengganggu gugat salasilah kesultanan yang ada.

"Saya dapati perlu ada siasatan berhubung dengan perkara ini supaya masyarakat tidak keliru dan saya berterima kasih kepada mereka yang memantau secara dekat.

"Saya juga selaku wakil rakyat di sini sudah pasti ingin menjaga keharmonian masyarakat supaya masyarakat berada dalam keadaan tenteram, tidak diganggu dengan majlis penganugerahan yang tidak mendapat pengiktirafan kerajaan negeri itu," tambah Hassan.

Beliau berkata, isu 'Bonda Ratu' pernah hangat di sekitar kawasan Sungai Rambai empat tahun lalu dan wanita ini sememangnya berada dalam pemerhatian pelbagai pihak.

Sumber

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.