Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, January 12, 2016

Wedding of the year?, perkahwinan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin dapat tajaan RM25 juta




 Perkahwinan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin pada 8 Februari depan boleh disifatkan sebagai 'Wedding of the Year' apabila ia mendapat tajaan berjumlah RM25 juta. 

Perkara itu diumumkan sendiri penaja yang terbabit dalam majlis perkahwinan pasangan pelakon ini. 


Selain jenama barang kemas antarabangsa, Ceres, bernilai RM20 juta, majlis pasangan selebriti terbabit turut mendapat tajaan daripada Jakel, KL Wedding Ministry, Zaha Wedding Planner, Azasna Design, Atelia Amani, Lord's Tailor, Saiful Baharim dan Arma Couture. 

Tidak ketinggalan menghulurkan sokongan ialah Qudyn KL, Laura Daddys, Casaclo, Kaio Studio, Amir Naufal Phootobooth, Moments Photobooth dan Hotel Sunway Putra. 

"Kami sendiri agak terkejut dengan jumlah tajaan ini. Apapun terima kasih kepada pihak yang sudi menaja dan menjadi sebahagian daripada hari bahagia kami. Majlis ini bagai meraikan mereka yang dianggap seperti keluarga kami," kata Sam. 

Tidak asing dari segi kerjasama bersama golongan selebriti, namun perkahwinan Sam dan Syatilla menjadi tajaan terbesar Ceres setakat ini. Sam dan Syatilla sudah saling mengenali sejak 2010, bagaimanapun hubungan mereka menjadi semakin intim kira-kira lima bulan lalu. 

Pasangan ini akan dinikahkan di rumah keluarga Syatilla di Nibong Tebal, Pulau Pinang, pada 8 Februari depan. Ia diikuti majlis resepsi di Bukit Jawi Golf Club pada 9 Februari dan di Hotel Mandarin Oriental, di sini, pada 14 Februari.

Menurut myMetro, majlis nikah Shaheizy dan Syatilla, 25, akan berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Nibong Tebal, Pulau Pinang, disusuli majlis resepsi pihaknya pada 9 Februari di Bukit Jawi Golf Club, Pulau Pinang.
Syatilla akan menggayakan pakaian berkonsepkan “Puteri Perak” rekaan Altelia Amani pada majlis resepsi itu.
Majlis resepsi sebelah pihak pengantin lelaki pula akan diadakan pada 14 Februari, atau Valentine’s Day, di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur,
Pasangan tersebut juga akan menganjurkan majlis khas untuk meraikan peminat pada 20 Februari.
Shaheizy dan Syatilla sudah diwar-warkan akan mengikat tali perkahwinan sejak hujung tahun lepas, tetapi keluarga mereka pada mulanya telah menafikannya sebagai khabar angin.
Dalam sidang media tersebut, Shaheizy menjelaskan beliau telah merisik Syatilla pada 13 Disember lepas selepas enam tahun berkenalan.

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.