Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Saturday, March 5, 2016

Berapa Lama UMNO Mahu Menyimpan “Barua-Barua” Seperti Ini?

Presentation1


Pengkhianatan yang sudah jelas dilakukan oleh bekas Ahli Vateran UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamed hari ini cukup mengguris perasaan ramai pemimpin dan ahli UMNO. Bukan setakat itu sahaja, pengkhianatannya turut disertai oleh bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yasin, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz dan sebilangan ahli UMNO yang bertopengkan UMNO.

Sebelum ini, Tun M nyata mengambil langkah bijak dengan keluar terlebih dahulu dari UMNO dan boleh dikatakan bebas untuk beliau bergerak dalam pergerakannya yang mahu membunuh karier Datuk Seri Mohd Najib dan misi menghancurkan UMNO dari dalam.



12805671_1272966122732241_4426880025721212267_n

Namun, paling disesali, bagaimana dua orang individu besar didalam UMNO turut sama menjadi pengkhianat dan paling menyedihkan, menjual maruah yang mereka ada hanya demi memastikan hasrat masing-masing tercapai sebaik sahaja Datuk Seri Mohd Najib dijatuhkan. Inikah contoh dan maruah yang ada pada pemimpin yang diperjuangkan oleh ramai pengikutnya?

Timbul satu persoalan, sehingga bila UMNO mahu menyimpan mereka yang tiada hala tuju dan maruah seperti ini? Adakah masih belum cukup untuk UMNO mengambil tindakan keras diatas pengkhianatan yang dilakukan oleh mereka? Sehingga bila ahli UMNO mahu melihat, pemimpin yang tidak mempunyai hala tuju dan maruah ini kekal ada didalam UMNO dan terus mengkhianati parti?

Sangat jelas dalam perundangan UMNO yang mengatakan, sebarang persekongkolan dengan mana-mana pihak terutamanya dari pembangkang, dengan niat mahu menjatuhkan pemimpin dan mendatangkan kerosakan pada UMNO akan dihukum dengan perlucutan ahli secara terus tanpa boleh membuat rayuan.

12803215_160770820975081_2469875520316537492_n

Sudah jelas dalam hal ini kedua-dua individu ini bertindak mengkhianati parti tanpa sedikit pun memperdulikan impak hasil tindakan mereka.

Kini terserah kepada Badan Disiplin UMNO, samada mereka masih mahu kekal berlembut dan membiarkan pengkhianatan ini terus dilakukan oleh mereka atau mengambil tindakan tegas dengan mengusir “barua-barua” seumpama ini keluar dari UMNO dan membersihkan UMNO dari sebarang pengkhianatan tertinggi.

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.