Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, March 3, 2016

Bila Katak Membela Sotong, Sah Ibrahim Ali Bodoh!

Dato Ibrahim Ali membuat kenyataan sedia pertahan Rafizi jika ianya betul Tabung Haji sudah berikan jaminan untuk Tabung Haji Heavy Engineering Berhad (THHE). Bacahttp://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/perkasa-sedia-sokong-rafizi-kalau-maklumat-betul

Ini kenyataan selamat yang bertujuan untuk bersihkan nama Rafizi dan petanda Perkasa kini mahu ikut Tun M untuk kerjasama dengan PKR.

Dulu marah dengan Rafizi.

Ahli politik banyak kuat munafiknya. Jika Berahim Ali ada otak maka dia pasti tahu bahawa Rafizi hanya menuduh tetapi tidak ada bukti. Tabung Haji sudah menafikan. Baca http://wwwmegatpanjialam.blogspot.my/2016/03/th-nafi-beri-jaminan-pada-th-heavy.html?m=0

Malahan surat syarat MOF yang disiarkan oleh Rafizi yang mana ianya surat rahsia bawah OSA pun bukan satu pengesahan.

Jika Ibrahim Ali ada akal diluar ilmu politik, dia akan sedar kandungan surat MOF juga menunjukkan syarat utk TH beri surat jaminan adalah terlalu ketat!

Rafizi sudah dicabar supaya buktikan dengan menyatakan Bank mana yang beri gurantee tersebut?

Tabung Haji juga turut membuat laporan polis pada hari minggu:

http://www.malaysia-today.net/th-buat-laporan-polis-dan-minta-bukti-pinjaman-bank/

Laporan ini sudah membuat Rafizi meroyan tetapi menurut Raja Petra http://www.malaysia-today.net/muhyiddin-has-to-prove-his-innocence/, jika kamu telah fitnah, terpulang kepada pihak yang difitnah untuk ambil tindakan sivil atau jenayah.

Yang hairannya, Ibrahim Ali tak faham. Begitu juga dia tidak faham isu 1MDB. Main ikut buta apa yang dikatakan Tun Mahathir.

Jika satu apa pun tidak boleh faham dan fikir senditi, elok berhenti dari berseloroh dalam ceramah untuk jadi PM.

1 comment :

Anonymous said...

Tuan, tlg ubah font dan warna tulisan..payah nak baca.tq

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.