Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, March 4, 2016

MATI DENGAN AMAN : Karma Mahathir Dah Sempurna?




Suatu ketika dahulu gerakan menukar kepimpinan UMNO tidak membabitkan pakatan dengan pembangkang kerana ia dibantah oleh penyokong- ponyokong Tun Mahathir sendiri. Sungguhpun Tun M keluar parti dan ada pemimpin pembangkang datang program yang dianjurkan, tidak pernah wujud pakatan dengan pihak lawan.

Hari ini generasi baharu penyokong Tun Mahathir sudah tidak peduli semua itu. Roh dan jiwa parti sudah dijual demi kuasa dan ego!

Namun melihat dari sudut positif, ia merupakan titik penting bangsa Melayu dan agama Islam.

Setelah hampir 18 tahun negara dipisahkan oleh politik kebencian antara kabilah Mahathir Mohamad dan kabilah Anwar Ibrahim, hari ini Mahathir dan Azmin menutup satu sejarah panjang pertelingkahan bangsa Melayu di Tanah Melayu ini.

Hari ini, Mahathir dan proksi Anwar Ibrahim, Azmin Ali, bersama-sama menandatangani persefahaman untuk menjatuhkan Perdana Menteri Mohd Najib Razak.

Tidak pernah sesiapa sangka Mahathir akhirnya terpaksa melutut kepada seteru politik nombor satunya untuk mencapai satu cita-cita politik terakhirnya.

Ini satu sejarah besar bahawa di sebalik pelbagai serangan dan hentaman Mahathir ke atas Anwar, Anwar tetap berdiri gagah dalam politik negara. Dan biar pun berada di sebalik tirai besi, akhirnya Anwar masih mampu menundukkan Mahathir.

Mungkin ini ini satu hikmah terbesar kepada perpaduan Melayu dan Islam. Akhirnya, orang Melayu yang saling membenci kerana Mahathir menyingkirkan Anwar Ibrahim boleh “disatukan” kembali.

Mohd Najib mungkin faktor negatif dalam perpaduan ini, namun ia masih merupakan alat penyatuan Melayu kerana tanpa persamaan untuk menjatuhkan Mohd Najib hampir mustahil Mahathir akan tunduk kepada Anwar Ibrahim.

Persefahaman ini yang menandakan berakhirnya perseteruan politik yang penuh kebencian antara Kabilah Mahathir dan Kabilah Anwar Ibrahim.

Justeru Mohd Najib bukan sahaja agen perdamaian Bangsa Moro dan Wilayah Pattani tetapi juga berjaya menyatukan dua kabilah Melayu, Mahathir – Anwar, dari terus bergaduh dan membenci kerana kuasa.

Kita juga bersyukur, di akhir usia 90-an, Mahathir akhirnya sudah boleh pergi dengan aman suatu ketika nanti tanpa meninggalkan lagi legasi politik kebencian melampau antara kedua-dua Kabilah ini.

Hilang Hormat
Majoriti rakyat Malaysia yang hidup kini pernah merasai kepimpinan Tun. Kita kagum, kita hormat dan kita menjadikan idola kebanggaan kita.

Namun hari ini, segala-galanya lebur dan hilang.
Tun langgar prinsipnya sendiri,

Hari Ini Mahathir Buktikan Diri Sebagai Manusia Yang Paling Hina dalam Sejarah Malaysia!
Sanggup Duduk Semeja Dengan :

  • Ambiga Yang persoal Perlembagaan Negara
  • Lim Kit Siang Yang Persoal Hak Melayu & Raja2 Melayu
  • PKR Yang Terima Dana Dari Soros Untuk Huruharakan Negara
  • DAP Parti Yang Benci & Tolak Hak Bumiputera



Maaf Tun, Tiada Lagi Hormatku Buatmu....

{Baca artikel asal di sini}

3 comments :

Anonymous said...

Saya juga telah hilang segala hormat pada idola saya pada satu ketika dulu.

Saya malu dan sedih, pada usia 90 tahun, setelah Allah swt kurniaan begitu banyak kelebihan dari orang ramai macam kita: Usia panjang, kekayaan, sihat walafiat, keluarga bahagia, anak-anak semua Berjaya dua adalah billionaire..terkenal satu dunia dan banyak lagi Tun M masih tidak bersyukur!

Tun M terlalu saying pada dunia, luar biasa! Hingga sanggup jika DAP memerintah Negara aku ini, satu-satu tanahair. Aku tiada 'mother land', sini aku lahir dan Insya Allah besar kemungkinan sini jugalah aku akan dikuburkan.

Maaf Tun M, Tun M telah mengguris hati kami dengan bersekongkol musuh kami Lim Kit Siang - DAP. 13th May 1969 Tun M jadikan segalanya sia-sia, pengorbanan Dato Idris dan ramai lagi yang sanggup berkorban demi bangsa Melayu.

Insaflah Tun M, terimalah hakikat, masa Tun M berkuasa telah berlalu. Tun M benarkan diri diperalat oleh pembangkang. Tidakkah Tun M Malu? Oh Ya, Malu itu separuh dari Iman..................

Anonymous said...

BilaTun bersekongkol dengan pluralist dan syiah auotumatically hilang sudah respek dan hormat pada tun...

Anonymous said...

Lain kali jangan lantik orang dari utara jadi perdana menteri...3 PM dari utara banyak sejarah hitam Malaysia...brgitu juga tàlibarut penjajah yahudi Pluralist aljuboori dan talibarut syiah mat sabu oun dari utara.... 2 PM dari srlatan tun razak dan tun hussain kesemuà negeri bersatu padu bawah kjaan Islam...... nk selamatkan Malaysia PM harus dilantik dari Selatan tanah air....renung2 kan sejarah hitam 3 PM dari utara dlm nrgeri yg sama p pinang dan kedah suatu masa dulu ....mudahnya lupa melayu utara nih...

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.