Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Saturday, April 2, 2016

Memalukan, Tidak Sampai 1,500 Sertai Himpunan Bantah GST

20160402011344

Himpunan Bantah GST yang berlangsung ini, boleh dikatakan menemui kegagalan secara total apabila kira-kira hanya 1,000 orang peserta sahaja yang hadir bagi menyertai perhimpunan kali ini. Ini jauh daripada sasaran asal yang ditetapkan oleh penganjur yang menjangkakan kehadiran 10,000 orang peserta.

Kegagalan demo ini sebenarnya sudah dijangka dari awal apabila peserta yang hadir sejak dari awal lagi menampakkan kegagalannya. Kata sumber, Ini kerana, beberapa lokasi yang dikatakan menjadi check point bagi perhimpunan kali ini seperti di Masjid Negara, Sogo, Masjid Kampung Baru, Central Market dan Masjid India menampakkan kekurangan peserta sejak dari jam 1 petang.


a8c7da03-e937-4520-92aa-cf8885b1f338

Ini berbeza dengan banyak perhimpunan sebelum ini yang menyaksikan kebanjiran para peserta sejak jam 11 pagi. Malah, kehadiran para pemimpin Pakatan Harapan seperti Nurul Izzah, Rafizi, Tian Chua, Mat Sabu dan lain-lain lagi nyata gagal membantu untuk menambah jumlah peserta yang hadir. Promosi perhimpunan kali ini juga turut dilakukan secara besar-besaran oleh akhbar rasmi pakatan Malaysiakini.


Lebih menyedihkan, usaha saat terakhir penganjur menjual nama Tun Dr Mahathir yang diberitakan akan hadir di perhimpunan ini juga gagal membantu untuk menambah jumlah peserta. Biarpun kehadiran Tun Mahathir disaat akhir namun ia tidak membantu kehadiran peserta.

Paling memalukan, Mat Sabu yang begitu giat mempromosikan demo ini sejak sebulan yang lalu juga beredar awal dari perhimpunan ini sebelum ianya tamat secara rasmi kira-kira jam 4.30 petang tadi. Tambahan pula, cuaca panas melampau yang melanda negara ini juga merencatkan kehadiran peserta yang hadir.

382410fc-02b0-4204-b2ac-0a8bd79807a9

Nyata sekali, rakyat Malaysia kini semakin bijak untuk menolak perhimpunan yang jelas tidak berfaedah seperti ini. Rakyat sudah tahu menilai antara baik dan buruk dan tindakan menyertai perhimpunan yang jelas membuang masa dan tenaga.

Tindakan penganjur yang menjual nama Tun M dan lain-lain lagi juga gagal membantu memeriahkan perhimpunan ini. Adakah penganjur ingin lagi menganjurkan perhimpunan gagal seperti ini dimasa akan datang?

Kegagalan ini adalah kali kedua dicatatkan oleh penganjur perhimpunan tidak berfaedah ini setelah kegagalan perhimpunan Pentas Muafakat Selamatkan Malaysia di Padang MPAJ yang berlangsung Isnin lalu. Perhimpunan berkenaan hanya mencatatkan kehadiran kira-kira 800 orang peserta sahaja walaupun penganjur menjangkakan kehadiran kra-kira 5,000 orang peserta.


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.