Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, April 26, 2016

PRN Sarawak Medan Pertembungan Parti Tempatan Sarawak Me

Bermulalah sudah 'perang' di Sarawak membabitkan parti-parti politik Malaysia. Namun berbeza di negeri-negeri lain, di Sarawak, pertembungan sebenar adalah antara parti-parti politik tempatan, sama ada yang bergabung dalam Barisan Nasional atau bersendirian dengan parti-parti dari Semenanjung yang diketuai oleh DAP.

Parti-parti komponen dalam Barisan Nasional yang aktif di Semenanjung dan Sabah, tidak terlibat di Sarawak. Sebaliknya obor dan panji-panji Barisan Nasional digalas utama oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang diketuai oleh Adenan Satem, yang juga merupakan Ketua Menteri Sarawak.

UMNO tidak wujud di Sarawak. Dan UMNO juga tidak memainkan peranan utama di Sarawak, sekalipun sepanjang kempen, ramai pemimpin UMNO yang turun membantu kempen Barisan Nasional di Sarawak.

Momokan oleh DAP dan PKR tentang UMNO di Sarawak, secara tidak langsung berbalik ke batang hidung mereka sendiri kerana DAP dan PKR merupakan parti-parti Semenanjung @ Malaya yang sedang mencari kuasa di Sarawak.

Walaupun Chong Chien Jen, Pengerusi DAP Sarawak menyatakan bahawa DAP Sarawak adalah berbeza daripada DAP di Semenanjung, hakikatnya ia adalah pembohongan semata-mata kerana berbanding Chong Chien Jen, kuasa sebenar DAP Sarawak, masih di tangan Lim Guan Eng yang merupakan orang yang terpalit dengan skandal tanah dan penyelewengan kuasa di Pulau Pinang.  

Dengan dua kemenangan tanpa bertanding yang dimiliki oleh BN Sarawak setakat artikel ini ditulis, peluang BN Sarawak untuk menambah koleksi kemenangan dalam PRN-11. Apatah lagi PKR dan DAP pula bergasak sesama sendiri pada sekurang-kurangnya 8 DUN.

Pertandingan sesama sendiri membabitkan DAP-PKR di DUN-DUN tersebut, pastinya akan memberikan ruang yang lebih besar kepada Barisan Nasional. Dendam antara PKR dengan DAP, membuatkan mereka saling tuding-menuding dan salah menyalah serta menuduh pihak lain sebagai 'perampas' dan 'pemungkir janji', pastinya akan memberi ruang dan peluang kepada calon-calon Barisan Nasional yang sudah lama bekerja untuk rakyat di kawasan tersebut berbanding calon-calon PKR dan DAP yang hanya muncul pada musim pilihanraya.

Barisan Nasional muncul dalam kempen-kempen pilihanraya dengan modal kesejahteraan, keselesaan dan kesenangan rakyat, manakala DAP dan PKR pula akan menggunakan isu-isu di Semenanjung dengan memburuk-burukkan keperibadian Perdana Menteri dan isteri serta UMNO sebagai modal mereka. DAP juga akan cuba untuk membangga-banggakan 'pencapaian' Lim Guan Eng di Pulau Pinang tanpa mereka berani bercakap tentang skandal dan penyelewengan Lim Guan Eng yang didedahkan secara besar-besaran.... TERUSKAN BACAAN DI BULETIN 247

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.