Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, May 6, 2016

Jenazah Noriah jangka dikebumi malam ini



Tanjung Karang: Jenazah Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dijangka dikebumi jam 10.30 malam ini di Tanah Perkuburan Parit 2, Sungai Burung, di sini.

Ahli Parlimen Tanjung Karang Datuk Seri Noh Omar bagaimanapun berkata, jika jenazah tiba ke Pangkalan Tentera Udara Subang selepas 12 tengah malam ini, pengebumian akan dilakukan 9 pagi esok

"Saya sedang berkomunikasi dengan pihak di Kuching mengenai penghantaran pulang jenazah ke sini.

Semuanya sudah diatur dan kita hanya menunggu masa yang tepat jenazah tiba ke sini, sama ada akan dikebumikan malam ini atau pagi esok," katanya ketika ditemui di rumah keluarga Allahyarham di sini.

Jenazah Ahli Parlimen Sungai Besar itu akan disembahyangkan di Masjid Batu 12, Sungai Burung sebelum dikebumikan.

Noh berkata, sejak mengenali Allahyarham pada zaman sekolah rendah, beliau menyifatkan Noriah sebagai insan yang tidak malu bertanya mengenai perkara tidak diketahuinya.

Noriah disahkan meninggal dunia selepas helikopter dinaiki bersama suami dan lima lagi, terhempas ketika dalam perjalanan dari Betong ke Kuching, Sarawak semalam. Helikopter jenis AS350 itu hilang daripada radar pada jam 4.32 petang.



No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.