Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, July 27, 2016

Tutup Kerja Rasuah Lim Guan Eng! DAP Mahu Gunakan Pilihanraya Negeri Sebagai Mahkamah Rakyat`



Lim Guan Eng bersungguh sungguh mendesak agar satu PRN diadakan kerana beliau sedar kerja rasuah dan penyelewengan beliau sudah tidak dapat ditutup lagi. Apatah lagi pihak SPRM dan pihak pendakwaraya sudah mendapat bukti bukti kukuh untuk mendakwa beliau.
Menurut Pisau.net, betapa Lim Guan Eng dan DAP amat licik malah mereka boleh berbohong tanpa berasa malu sedangkan orang ramai tahu mereka sedang berbohong.
Ini membuktikan kulit babi DAP memang cukup tebal disebabkan itulah mereka tidak mahu Lim Guan Eng dilihat sebagai seorang pesalah rasuah maka PRN digunakan sebagai mahkamah rakyat untuk menjustifikasi kononnya pendakwaan keatas rasuah Lim Guan Eng adalah satu pendakwaan politik.
Adakah Lim Guan Eng dan DAP mahu rakyat menerima kaedah mendapatkan banglo murah dan juga penyelewengan tanah Taman Manggis dibenarkan dan tidak menyalahi undang undang?DAP berasa amat yakin jika mengadakan kempen semasa PRN nanti Lim Guan Eng akan menjadikan pentas ceramah untuk berbohong dan menutup kesalahan rasuah beliau.
Buat DAP,PRN adalah mahkamah rakyat untuk mendapatkan referundum kononnya sebarang keputusan dari mahkamah majistret atau mahkamah tinggi adalah tidak sah!Penahanan Lim Guan Eng akan disebut sebagai tahanan politik bukan tahanan atas kesalahan rasuah !!
Daripada pemerhatian mendapati rakan-rakan pembangkang tahu Lim Guan Eng dan DAP didalam keadaan terdesak,diluar sana mana ada kita dengar Lim Guan Eng dipertahankan oleh pemimpin PKR dan PAN secara bermati- matian..Ini menjadi bukti kes rasuah Lim Guan Eng adalah legit dan bukan direka reka.
Baca kenyataan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang;-

Merujuk Kepada Kenyataan Media oleh YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Presiden PKR pada 26 Julai 2016
Seperti di duga PKR sekali lagi menyatakan mereka belum yakin dengan cadangan Lim Guan Eng dan DAP untuk mengadakan Pilihanraya Negeri Pulau Pinang lebih awal dan PAN  pula mengambil sikap ‘tunggu dan lihat’.
Ini merupakan satu tamparan hebat kepada ego Lim Guan Eng dan DAP yang masih gagal mendapatkan sokongan rakan kongsi  utama mereka bagi mengadakan pilihanraya negeri lebih awal.
Kegagalan Lim Guan Eng meyakinkan sekutu politiknya untuk menyokong cadangan beliau telah mencalar maruah dan kredibiliti beliau sebagai Setiausaha Agong DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang serta menghakis keyakinan dan hormat rakyat terhadap beliau sebagai seorang pemimpin utama pakatan parti pembangkang.
Cadangan mengadakan Pilihanraya Negeri adalah satu langkah tergesa-gesa dan terburu-buru yang dibuat oleh Lim Guan Eng dan DAP dalam keadaan panik setelah beliau dihadapkan ke Mahkamah kerana dua pertuduhan jenayah rasuah.
Bersandarkan keputusan Majlis Pimpinan Pusat PKR semalam, bermakna 10 ADUN PKR di DUN Pulau Pinang belum bersetuju dengan pembubaran segera DUN,PAS yang mempunyai seorang ADUN juga tidak bersetuju manakala 10 ADUN Barisan Nasional  tidak menyokong cadangan tersebut.
Oleh itu kita boleh menganggap hanya 18 orang ADUN DAP sahaja yang menyokong cadangan tersebut setakat ini.
Berdasarkan kiraan 21/40 orang ADUN tidak bersetuju dan hanya 19 orang lagi menyokong cadangan membubarkan DUN dan mengadakan Pilihanraya Negeri ; maka  boleh dirumuskan bahawa Lim Guan Eng sudah hilang kepercayaan majoriti Ahli-Ahli DUN Pulau Pinang dan sedang menghadapi krisis keyakinan dan kepercayaan terhadap dirinya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.
Percubaan Lim Guan Eng untuk mengheret rakyat ke dalam masalah peribadi beliau, dengan cadangan membubarkan DUN bagi mengadakan Pilihanraya Negeri jelas telah ditolak. Berdasarkan perkembangan terkini ini beliau seharusnya mengambil tindakan bermaruah dan berintegriti melepaskan jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dengan segera.
Terima kasih.


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.