Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, November 29, 2016

Setiausaha Agung DAP Baharu : Zairil Khir Johari Ganti Guan eng ?

AIDCNews:  Zairil Khir Johari bin Abdullah merupakan calon yang sesuai untuk memegang jawatan Setiausaha Agung DAP baharu bagi menggantikan Lim Guan Eng yang telah tamat tempoh bagi memegang jawatan tersebut.

Zairil atau nama asalnya Christopher Ross Lim yang menyertai DAP pada 2010 merupakan anak emas Guan Eng kerana selepas menyertai parti selama enam bulan dia telah dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP.

Pada Dis 2011, Zairil dilantik pula Ahli Lembaga Pengarah badan pemikir Kerajaan Pulau Pinang, Penang Institute dan beberapa bulan selepas itu dinaik pangkat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Penang Institute.

Dengan naungan Guan Eng, Zairil dicalonkan untuk merebut kedudukan salah seorang daripada 20 orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP pada Kongres Kebangsaan ke-16 pada 15 Dis 2012.

Namun, Zairil salah seorang daripada lapan DAP Melayu yang ditolak oleh perwakilan dalam pemilihan tersebut.

Tujuh DAP Melayu yang turut disingkir adalah Zulkifli Mohd Noor, Senator Ariffin S.M Omar, Ahmad Ton, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, Solaiman Op Syed Ibrahim, Roseli Abdul Ghani dan Harun Ahmad.

Kira-kira 19 hari selepas pemilihan CEC itu, DAP membuat pengumuman mengejut mendakwa berlaku kesilapan teknikal dalam pemilihan parti dengan memasukkan semula nama Zairil sebagai ‘pemenang’ menggantikan pemenang asal Wu Him Ven (Vincent).

Melalui manipulasi komputer, nama Vincent yang sepatutnya menang telah dikalahkan dan Zairil yang sepatutnya kalah telah dimenangkan.

Akibat berlaku manipulasi keputusan CEC itu menyebabkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengarahkan DAP mengadakan semula pemilihan tersebut.

Dalam pemilihan semula yang diadakan pada 29 September 2013, keputusannya hampir sama seperti pemilihan 15 Disember 2012, kecuali nama Zairil yang dimenangkan secara sah.

Walaupun Guan Eng menampakkan sikap pilih kasihnya kepada Zairil sehingga ke tahap memanipulasikan keputusan pemilihan CEC DAP, namun media Cina tidak melihat Zairil sebagai calon yang paling berkelayakan untuk jawatan Setiausaha Agung DAP.

Ini bermakna Zairil sengaja diangkat dengan pelbagai cara untuk menunjukkan CEC parti itu ‘berbilang bangsa’, kerana Zairil mewakili kaum Melayu yang menang dalam pemilihan parti, berbanding dengan 19 yang lain daripada bukan Melayu, majoriti dari kaum Cina.

Tiga calon paling berpotensi yang dispekulasi akhbar-akhbar Cina menggantikan Guan Eng adalah Anthony Loke Siew Fook (Setiausaha Organisasi Kebangsaan); Tony Pua (Setiausaha Publisiti Kebangsaan) dan Liew Chin Tong (Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan).

Oriental Daily melaporkan seorang seorang pemimpin DAP yang tidak ingin namanya disiarkan menjelaskan bahawa Anthony paling berpeluang menggantikan Guan Eng disebabka dia kurang dilanda kontroversi.

Berlainan dengan Chin Tong yang boleh menjadi strategis yang baik, Anthony pula mempunyai kekuatan sokongan akar-umbi.

“Jika ahli tidak menyokong (calon pilihan) Guan Eng secara membuta-tuli, maka Anthony merupakan calon yang lebih senang diterima sebagai setiausaha agung,” katanya.

Walaubagaimanapun, perjalanan Anthony agak sukar ekoran beliau bukannya calon pilihan Setiausaha Agung parti kini.

Katanya, Chin Tong lebih digemari Guan Eng melebihi Tony dan Anthony.

Pada 12 Julai 2016, Anthony mengumumkan Guan Eng tidak boleh lagi memegang jawatan Setiausaha Agung DAP kerana tempoh dia memegang jawatan itu adalah selama tiga tahun.

Namun, katanya, Guan Eng masih boleh bertanding dalam CEC dan memegang jawatan lain, kecuali Setiausaha Agung DAP.

“Ia bukan satu persoalan meletak jawatan. Dia masih boleh bertanding dalam CEC. Di bawah perlembagaan parti, Setiausaha Agung hanya boleh berkhidmat selama tiga penggal. [Guan Eng] boleh berkhidmat di mana-mana jawatan lain [selepas itu], “katanya.

Tujuh hari selepas itu, Anthony memberitahu DAP telah menangguhkan pemilihan pucuk pimpinan parti itu bagi memberi tumpuan kepada PRU 14.

Menurutnya perkara itu sebulat suara diputuskan oleh CEC pada mesyuaratnya malam, 18 Jul 2016.

CEC perlu melakukan pemilihan semula pada 29 Sept 2016, tetapi kata Anthony perlembagaan parti membolehkan pemilihan dalaman itu ditangguhkan sehingga 18 bulan iaitu kira-kira dalam masa satu tahun enam bulan.

Ini bermakna CEC yang dipilih pada 2012/2013 yang sepatutnya berakhir pada Sept 2016 telah dilanjutkan tempoh kuasa mereka sehingga paling lewat pada pertengahan tahun 2018.

Pemilihan CEC yang baharu dijangka akan diadakan antara Mac hingga Ogos 2018.

Anthony berkata DAP akan meneruskan konvensyen tahunan pada tahun ini seperti biasa iaitu pada 4 Disember tanpa pemilihan CEC.

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.