Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Saturday, June 25, 2016

Besar Sangat Ke Berita Muhyiddin dan Mukhriz Dipecat Dari UMNO

Pemain-pemain media sosial sedang sibuk menyalurkan berita-berita tentang pemecatan Mukhriz Mahathir dan Muhyiddin Yassin dari UMNO. Para penyokong kedua-dua bekas pemimpin UMNO itu juga, turut menggunakan media-media sosial untuk melepaskan geram.

Keluar masuk pemimpin ke dalam UMNO bukannya perkara baru. Dari zaman Allahyarham Datuk Onn sehinggalah ke zaman Najib, ramai pemimpin UMNO, sama ada yang kecil tidak bernama, sehinggalah yang besar dan dikatakan mempunyai pengaruh, keluar masuk UMNO.

Namun, UMNO tetap begitu juga. Ahli-ahli UMNO tetap waras dan rasional kerana walau apa pun tohmahan dan fitnah yang dilemparkan, pendirian akhirnya ialah, parti lebih diutamakan berbanding pemimpin yang keluar masuk. 

Kita tidak membicarakan tentang Muhyiddin yang kita lihat, pemecatannya adalah untuk mengurangkan kesan kerosakan pada imej parti memandangkan kes aib yang sedang dihadapinya di mahkamah. Apatah lagi, Muhyiddin sendiri pun sudah mulai kendur dan tidak lagi menunjukkan minat untuk terus memperjuangkan kedudukannya dalam UMNO setelah cuba menentang arus dalam konspirasi yang ternyata telah mengalahkannya.

Tiada yang lebih menarik berbanding Mukhriz Mahathir, bekas Menteri Besar Kedah yang telah diberikan tepak bersulam, keris panjang, dastar dan persalinan busana tanpa dia perlu bersusah payah seperti para pemimpin UMNO yang lain hanya kerana dia adalah anak lelaki Dr. Mahathir Mohamad.

Mukhriz pernah dicanangkan sebagai barisan pelapis kepimpinan UMNO yang sangat berpotensi. Kenyataan yang sebenarnya sangat jauh daripada realiti terutama apabila sebagai Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir tidak mempunyai keupayaan untuk menggalas tanggungjawab tersebut.

Mukhriz sendiri hanya mampu mengumpulkan sejumlah kecil pengikut setia yang tidak memberikan sebarang pengaruh besar kepada UMNO walaupun mereka kelihatan cukup lantang di dalam media sosial, khususnya Facebook.

The Saviour dalam ulasannya berkata, keputusan yang dibuat oleh MT UMNO hari ini, sebenarnya merupakan tindakan yang tepat. UMNO mempunyai terlalu ramai pengkhianat yang bekerjasama dengan pihak lawan dalam usaha mereka mengejar kuasa dan mempertahankan kartel-kartel yang menjadi sumber kewangan utama mereka.

Sebahagian besar pengikut Mukhriz dan pengkagum Tun Dr. Mahathir yang masih berada di dalam UMNO, seharusnya mengikut jejak Mukhriz yang dipecat oleh parti. Dalam mana-mana parti sekalipun, tiada guna menyimpan ahli-ahli yang bersikap khianat dan menikam dari belakang.

Apatah lagi, sudah menjadi lumrah, keluar masuk ahli-ahli yang disingkir ke dalam parti bukanlah perkara besar yang bersifat terhad. Dr. Mahathir sendiri pun tiga kali keluar masuk UMNO. Kali pertama dia dipecat oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman yang disokong kuat oleh Allahyarham Tun Dr. Ismail. Kali kedua dia sendiri keluar dari UMNO Baru yang ditubuhkannya sebagai pencetus kepada penolakan kepimpinan Abdullah Badawi dan kali ketiga, beberapa bulan lalu dalam usahanya untuk menggulingkan Najib Abdul Razak, sekaligus memberikan tekanan kepada Najib agar taukeh-taukeh kapitalis terus dihidupkan dengan projek-projek kerajaan.

Kalau Tengku Razaleigh dan hardcore-hardcore UMNO pada tahun 1987 dan Anwar Ibrahim berjaya mewujudkan gelombang besar selepas mereka dikeluarkan dari UMNO, sama ada kerana UMNO diharamkan atau kerana masalah disiplin, UMNO kekal berdiri tegak dengan sokongan dan dokongan ahli-ahli serta penyokong-penyokongnya.

Ini kan Mukhriz dan Muhyiddin yang tidak ada faktor 'wow' untuk dijadikan faktor utama gelombang besar!

Friday, June 24, 2016

Datuk R. Sri Sanjeevan Ditahan Reman Minta Wang Perlindungan Pengendali Judi

Pengerusi NGO anti-jenayah, MyWatch, Datuk R. Sri Sanjeevan ditahan polis ketika sedang menerima wang daripada pengusaha judi ekor haram malam tadi.

Terdahulu, sebelum ditahan, Sanjeevan dilaporkan sedang bertemu dengan pengadu yang juga dipercayai bertanggungjawab menjalankan aktiviti judi ekor haram.

Bagaimanapun, kerana tidak tahan akibat sering diperas ugut oleh Sanjeevan sebanyak RM25,000 sebulan, mangsa membuat keputusan untuk melaporkan kes berkenaan kepada pihak polis.

Malah, mangsa juga dipercayai mempunyai bukti rakaman suara Sanjeevan melakukan ugutan ke atasnya sekiranya tidak mahu kegiatan mangsa didedahkan oleh pihak media atau dilaporkan kepada polis.

Polis hari ini mendapatkan perintah daripada Mahkamah Majistret di Seremban untuk menahan reman Sanjeevan bagi membantu siasatan kes meminta wang perlindungan.

Perintah reman dua hari itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Seremban Nor Anida Norhamdan.

AIDCNews pada 23/6 melapurkan bahawa Sanjeevan merupakan orang perantaraan Anwar Ibrahim yang cuba mempengaruhi pegawai penyiasat kes Liwat, Supritendan Judy Blacious Pereira (Jude Pereira) supaya memalsukan keterangan berhubung kes tersebut.

Dengan tajuk “Jude: I was asked to subvert the trial“, Malaysia Today mendedahkan atas permintaan Pengerusi Mywatch itu, Jude telah berjumpa dengan Sanjeevan di hotel PJ Hilton seminggu sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU 13).

Dalam perjumpaan tersebut Sanjeevan telah meminta agar membuat kenyataan akhbar bahawa semua tuduhan terhadap Anwar Ibrahim hanyalah satu komplot kerajaan dan Barisan Nasional.

Sanjeevan berjanji bahawa Pakatan Rakyat hampir pasti menang dalam pilihan raya umum lalu dan mereka akan menjaga kebajikan Jude sekiranya beliau membuat kenyataan sedemikian.

Sanjeevan turut menghubungi Anwar Ibrahim dan menyuruh Jude bercakap dengan Ketua Umum PKR itu.

Bagaimanapun Jude memberitahu bahawa beliau tidak akan membuat apa-apa kenyataan yang menggambarkan terdapat sebarang komplot oleh kerajaan kerana siasatan beliau tidak menemui sebarang unsur sedemikian.

Sanjeevan juga adalah bekas calon Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR dalam pemilihan PKR 2014, namun tewas.

TANGKAPAN DATO’ SRI SANJEEVAN.

1. Report pertama : Serdang/rpt/ 4193/16
Pengadu : Goh Toh Hon, KP : 780325055035. L/38 thn.
Fakta Rpt :
Pgadu membuat laporan mengatakan pd 20.6.2016 jam l/krg 1430 hrs semasa pgadu berada di Lebuhraya Sg Besi telah menerima panggilan h/phone dari Dato Sri Sanjeevan melalui h/p 019-9000018 mengugut akan mensiarkan fitnah ke atas pengadu dalam facebooknya sekiranya pengadu tidak memberi wang pelindungan. Pengadu berasa takut dan tertekan atas ugutan ini. Pengadu buat repot untuk menjaga keselamatan diri dan keluarganya.
Klasifikasi kes : Sek. 506 / 385 KK.
I.O : ASP G/12558 KEE HANG KEE (D5 B.Aman)

2. Repot Kedua : Nilai/rpt/5659/16
Fakta Repot :
Ekoran dari ugutan yang diterima oleh pengadu dari Dato Sri Sanjeevan, pada 22.6.2016 jam l/krg 2245 hrs pengadu telah berjumpa dengan Dato Sri Sanjeevan di Tol Nilai dan menyerahkan duit pelindungan sebanyak RM 25,000. Sejurus pengadu menyerahkan duit dengan meletakkan di atas tempat duduk penumpang belakang sebelah kiri seperti diarahkan oleh Dato Sri Sanjeevan, pihak polis telah menangkap Dato Sri Sanjeevan dan merampas duit berkenaan.
Klasifikasi kes : Sek. 384 KK. I.O ASP G/12558 Kee Hang Kee (D5 B.Aman )

3. Rpt Tangkapan :
Nilai/Rpt 5660-5661/16.
Bertindak atas maklumat, sepasukan polis diketuai DSP Syed Azam, D7 B.Aman telah menangkap saspek (B1) dan (B2) dan merampas wang tunai RM 25,000 di Tol Nilai pd 22.6.2016 jam 2250 hrs.
Butir-butir Tangkapan :

(B1) Dato Sri Sanjeevan A/L Ramakrishnan,
KP : 841009-05-5689.
Almt : GVG 6, Jalan Cinta Tennis Country Villa, Country Heights, 43000 Kajang, Selangor.
Rampasan :
i) RM 25,000 wang tunai dirampas di tempat kejadian manakala RM 16, 080 dirampas semasa pemeriksaan dalam kereta Vellfire QMW 4 di Balai Mantin.
ii) sebuah Toyota Vellfire QMW 4
iii) 5 buah H/phone
(B2) : Muthukumar Manivannan, L/26 thn. Passport India : K0035986. Kerja : Pemandu. Permit kerja tamat pd 3.2.2016.

Kedua-dua tangkapan akan direman di Mahkamah Seremban pagi ini.

Sekian, Terima Kasih.

Tuesday, June 21, 2016

Masjid Lim Guan Eng

Menerima satu info (berbau Khawarij) dalam group whatsapp tentang penubuhan masjid baru di Pulau Pinang yang kononya dibina oleh kerajaan Lim Guan Eng dan dalam masa yang sama memperlekehkan Perdana Menteri. Berikut adalah respon ringkas saya:

1. Beratus masjid telah dibina oleh kerajaan malah telah terbina banyak masjid sebelum wujud kerajaan DAP pun. Jika bina satu masjid dipuja dan dipuji sebegitu rupa, maka adalah lebih layak kerajaan Islam sedia ada dipuja dan dipuji dari kerajaan Lim Guan Eng.

2. Pembinaan masjid oleh parti kafir bukanlah satu alasan untuk memuliakannya lebih dari orang Islam. Orang Islam tetap lebih mulia dengan tauhidnya kepada Allah. Sepatutnya kita sudah khatam bab Al wala' wal bara'.

3. Berlumba-lumba bina masjid sangat dituntut. Tapi adakah dituntut bermegah-megah dengan siapa yang bina masjid itu? Setahu saya ia dilarang dan semoga tidak menjadi debu di 'timbangan' nanti.

4. Ini bukanlah masjid pertama dibina oleh orang kafir. Zaman Nabi juga pernah berlaku. Rujuk peristiwa pembinaan Masjid Dhirar. Bukanlah nak kata masjid tu masjid dhirar tapi jika buat masjid untuk orang Islam lebih berpecah, dah ada satu ciri-ciri tersebut bukan?

"Dan (di antara orang-orang munafik itu) ada orang yang mendirikan masjid untuk menimbulkan kemudaratan (pada orang-orang Mukmin), untuk kekafiran dan memecah belah antara orang-orang Mukmin serta menunggu kedatangan orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu. Mereka sesungguhnya bersumpah, "kami tidak menghendaki selain kebaikan." Dan Allah menjadi saksi bahawa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta (dalam sumpahnya)." [at-Taubah/9:107]

5. Tahniah di atas penubuhan masjid baru. Namun cabaran yang baru bermula adalah dengan mengimarahkannya. Semoga menjadi masjid sunnah yang tiada syirik dan bidaah di dalamnya. InsyaAllah.

6. Bulan Ramadhan kita hentikanlah sindir-menyindir, menyebabkan kemarahan atau membangkitkan permusuhan. Berpuasalah.. jika tidak mahu berpuasa pun, janganlah merosakkan puasa orang lain dengan sindiran-sindiran dan provokasi anda.

"Seorang muslim adalah seseorang yang orang muslim lainnya selamat dari ganguan lisan dan tangannya" [HR Bukhari no. 10]

Taqabbal allahu minna wa minkum. Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu.

https://www.facebook.com/abuaqifstudio/posts/891179304324266

Sent from iphone 6plus.

Harga Rumah Tinggi : Rakyat Pulau Pinang Bawah 30 Tahun Risau Tak Dapat Beli Rumah

GEORGE TOWN, Isnin – Meskipun terdapatnya program Perumahan Mampu Milik yang dijalankan kerajaan Pulau Pinang, rakyat khususnya mereka yang berusia 30 tahun ke bawah bimbang, tidak mampu untuk membeli rumah pada masa depan.

Ini berikutan harga rumah di Pulau Pinang telah meningkat kira-kira 50 peratus dalam tempoh lima tahun lepas, termasuk rumah yang dibina di bawah projek perumahan mampu milik.

Tinjauan Bernama menunjukkan beberapa projek perumahan mampu milik yang disiapkan kurang 10 tahun lalu di Bandar Baru Air Itam, pada asalnya berharga kira-kira RM175,000 tetapi kini dijual semula dengan harga RM300,000 dan ke atas.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Perancangan Bandar dan Desa Negeri Jagdeep Singh Deo berkata, kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa untuk mengawal harga rumah yang dijual oleh pemilik.

Kini, kerajaan Pulau Pinang mengenakan moratorium lima tahun bagi rumah mampu milik dan 10 tahun bagi rumah kos rendah sebelum ia boleh dijual di pasaran terbuka.

“Tiada apa yang boleh kerajaan negeri untuk mengawal harga tetapi, apa yang boleh kami lakukan ialah menyediakan lebih banyak rumah mampu agar orang ramai dapat membeli dengan harga yang lebih rendah,” katanya.

Senario sekarang ialah, bukan sahaja rumah yang pernah didiami mahal, rumah mampu milik yang akan dibina tidak mampu dimiliki oleh majoriti malah rumah kos rendah yang dibina adalah terhad berbanding rumah mewah.

Muhamad Amir Amin, 26, yang bekerja sebagai pereka grafik berkata pendapatan beliau sebanyak RM2,300 sebulan, tidak mampu untuk memiliki rumah kos rendah.
     
“Sebuah rumah kos rendah berharga RM42,000, saya tidak mampu untuk membelinya dan daripada pemerhatian saya, tidak ada lagi perumahan kos rendah di Pulau Pinang.

“Semua projek ialah sama ada rumah Kos Rendah Sederhana (LMC) atau perumahan Mampu milik yang berharga RM75,000 dan ke atas,” katanya.

Ahli Akademik Kanan Sains Sosial Universiti Sains Malaysia (USM) Zainab Wahidin berkata beliau bimbang sekiranya kerajaan negeri terus membina rumah, dibimbangi akan terdapat banyak rumah kosong berbanding rumah yang diadiami.

“Tanah di Pulau Pinang ini terhad, khususnya di bahagian Pulau dan dengan membina lebih banyak rumah untuk menangani kenaikan harga hartanah, ia bukan jalan penyelesaian.

“Perlu ada satu peraturan untuk mengawal harga rumah kerana rumah adalah keperluan asas. Semua orang perlu rumah untuk tinggal,” katanya. – Bernama

Sunday, June 19, 2016

Azmin Bakal Bermasalah Besar Selepas PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar!

Tempoh untuk PKR hancur lebur semakin hampir. Detik bermulanya adalah selepas PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Puncanya ialah, Azmin Ali dan Wan Azizah.

Umum mengetahui, PKR terbahagi kepada dua kem besar iaitu kem Azmin Ali dan kem Wan Azizah. Kem Azmin Ali dikatakan lebih kaya dan lebih berkuasa, memandangkan mereka berada dalam Kerajaan Negeri Selangor manakala kem Wan Azizah pula, ditunjangi oleh Wan Azizah, Rafizi Ramli, Tian Chua dan Nurul Izzah.

Bukan rahsia lagi bilamana Rafizi Ramli bertindak sebagai pembuka mulut untuk kumpulan pro-Wan Azizah dalam usaha mengurangkan kuasa atau lebih tepat lagi menggulingkan Azmin Ali. Memetik laporan Buletin 247,  pendedahan oleh Rafizi Ramli tentang amalan rasuah melibatkan wang dan wanita dalam pentadbiran Azmin Ali, yang cuba dinafikan oleh Menteri Besar Selangor itu adalah tukul besar yang cuba menghapuskan anak angkat Tun Dr. Mahathir itu.

Walaupun pendedahan yang dilakukan oleh Rafizi Ramli itu tidaklah sepertimana dia memfitnah Rosmah Mansor dan Kerajaan Malaysia, namun ianya sudah cukup untuk menggegarkan kerusi Menteri Besar Selangor, terutama sekali selepas penangkapan S.Manikavasagam, bekas Ahli Parlimen Kapar yang merupakan antara sekutu kuat Azmin Ali kerana mengambil rasuah RM30,000 bagi meluluskan kontrak bernilai RM1 juta kepada sebuah syarikat. Malah Manikavasagam juga dilaporkan berhadapan dengan beberapa tuduhan jenayah lain, termasuklah memperdayakan golongan OKU mengeluarkan caruman KWSP mereka untuk diserahkan kepadanya.

PRK Sungai Besar dan PRK Kuala Kangsar merupakan detik terbaik untuk melindungi gejolak yang berlaku dalam PKR. Bagaimanapun, kalau diperhatikan menerusi Twitter mahupun kenyataan-kenyataan peribadi melibatkan Rafizi Ramli dan Latheefa Koya - seorang lagi sekutu kuat Azmin Ali - menunjukkan PKR sedang berhadapan dengan masalah yang akan meletup pada bila-bila masa.

Tanda-tandanya sudah jelas. Di mana ada Azmin Ali, Wan Azizah tidak akan sampai walaupun dalam majlis yang diuwar-uwarkan Wan Azizah akan ada sekali seperti yang berlaku hari ini di Kuala Kangsar.

Hari ini di Kuala Kangsar, sepatutnya Azmin Ali bersama-sama Wan Azizah dalam sebuah majlis ceramah membantu calon PAN. Bagaimanapun, Azmin Ali yang menyatakan sokongan kepada PAN walaupun sedar implikasi kedudukannya di Selangor kerana PAS sudah pasti akan menilai semula kedudukan serta peranan parti tersebut dalam Kerajaan Negeri Selangor.

Tanpa PAS, secara automatik, Azmin Ali akan kehilangan jawatan.

Selepas S.Manikavasagam, dikatakan seorang lagi sekutu kuat Azmin Ali akan ditahan oleh SPRM.

Gelagat yang ditunjukkan oleh Wan Azizah yang memulau mana-mana majlis yang disertai oleh Azmin Ali, sudah cukup untuk menjadi petunjuk bahawa PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar merupakan tarikh terakhir sebelum Azmin Ali berhadapan dengan masalah sebenar atau melompat masuk ke dalam DAP sepertimana yang dikatakan banyak pihak.

Muhyiddin Perlu Saman Nika Gee Kerana Dakwaan Ada Hubungan Asmara Dengannya

Kenyataan penafian daripada Muhyiddin Yassin nampaknya tidak menutup isu skandal aib yang didedahkan oleh Raja Petra Kamaruddin. Malahan hari ini, Raja Petra Kamaruddin telah menyiarkan satu Akuan Bersumpah (SD) dua muka surat di portalnya, Malaysia Today.

Memetik laporan Buletin 247, Akuan Bersumpah tersebut telah dibuat oleh suami kepada wanita yang dikaitkan dengan Muhyiddin. Akuan Bersumpah itu adalah membabitkan pengakuan wanita itu sendiri. Wanita itu turut mengakui mempunyai hubungan asmara dengan Muhyiddin untuk tempoh yang agak lama.

Justeru, tuduhan bahawa Muhyiddin mempunyai hubungan asmara dengan wanita yang dikenali oleh Nika Gee itu datangnya daripada wanita itu sendiri. Kalau Muhyiddin ingin menafikannya atau menyaman sesiapa sahaja yang membuat tuduhan yang dia mempunyai hubungan asmara dengan mana-mana isteri orang, dia perlu menyaman Nika Gee.

Satu-satunya cara untuk Muhyiddin membersihkan namanya adalah dengan menyaman. Tiada cara lain. Itu jugalah yang dicakapkan kepada Najib yang dikatakan perlu menyaman blogger United Kingdom dan Amerika Syarikat untuk membersihkan namanya. Bagaimanapun, Najib tidak boleh berbuat begitu kerana undang-undang di United Kingdom tidak membenarkan warga asing yang tidak mempunyai sebarang kepentingan dengan UK menyaman warganya. Berbeza pula dengan Muhyiddin kerana kesenya berlaku di Malaysia.

Tuesday, June 14, 2016

Rafizi Bergurau Lagi...Terkini Bom Pula

Terkantoi, takut, gementar atau terkencing terberak bila tengok sel lokap gelap istimewa yang sedang menanti, berbanding sel lokap biasa, membuatkan Rafizi Ramli menggunakan alasan 'BERGURAU' lagi bagi mengelakkan tindakan undang-undang dikenakan ke atasnya.

Dalam ceramahnya di Kuala Kangsar, yang dilaporkan The Saviour Rafizi Ramli berkata, calon PAN yang merupakan saintis bom atom akan mencampakkan bom atom ke atas Najib Abdul Razak sekiranya menang, membuatkan dia secara automatik berhadapan dengan masalah perundangan.

Dia yang dikatakan sangat genius, kemudiannya segera menggambarkan bahawa laporan-laporan polis yang dibuat oleh penduduk Kuala Kangsar sendiri, adalah sesuatu yang tidak seharusnya berlaku kerana dia hanyalah 'BERGURAU'.

Tak pula dapat dipastikan sama ada GURAUANnya kali ini sama seperti GURAUAN yang diperakuinya di mahkamah berhubung CINCIN RM24 JUTA yang sehingga sekarang dipercayai benar oleh para penyokong dan pentaksub berotak kering.

Kalau betullah dia boleh bergurau, harap-harap Rafizi Ramli tidaklah menyaman sesiapa sahaja, kerana kalau dia boleh bergurau, orang lain juga boleh bergurau dengannya.

Sebagai Ahli Parlimen yang hebat, yang terlibat dalam penggubalan akta, kanun dan undang-undang, sudah tentulah Rafizi Ramli tahu batas dan sempadan politiknya. Apatah lagi sebagai seorang wakil rakyat yang seharusnya memberikan sumbangan kepada pembangunan masyarakat, seharusnya Rafizi Ramli mengelak daripada mengeluarkan kenyataan-kenyataan sensasi yang boleh menyebabkan timbul ketidaktenteraman di kalangan masyarakat.

Malangnya, Rafizi Ramli kekal sebagai Rafizi Ramli... selagi seluruh tubuhnya tidak dibaluti kain kafan dan tempat terakhir dia tinggal adalah liang lahad yang ditutup papan dan ditimbun tanah setinggi 6 kaki, selagi itulah, dia akan terus menipu, menfitnah dan kemudian memberikan alasan, DIA BERGURAU!!!

Tak lucu pun, gurauan awak, Rafizi Ramli!!!

Begitu juga dengan para pengkomen... jangan buat komen yang menyusahkan anda sendiri kerana admin tidak akan keberatan untuk menyerahkan IP Address selain bukti-bukti sepatutnya kepada pihak berkuasa apabila diminta berbuat demikian...

Nik Abduh Selar Mahathir Kerana Lebelkan Pihak Lawan Sebagai Pemakan Dedak Sedangkan Budaya DEDAK Dimulakan Oleh Mahathir

Dr. Mahathir mungkin tidak mahu mengaku yang dia sebenarnya banyak terhutang budi dengan PAS walaupun menjadikan PAS sebagai musuh abadinya, malah lebih dimusuhi berbanding Lim Kit Siang yang dia sendiri kutuk dan kecam kerana peranan Penasihat Agung DAP itu dalam tragedi 13 Mei 1969.

Kalau bukan kerana PAS, Mahathir tidak akan bermimpi untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Di atas pentas PAS di Kapar lah, setelah dua tahun Mahathir kalah di tangan Yusuf Rawa, beliau berucap untuk menarik perhatian atau lebih tepat lagi mengugut Tun Abdul Razak.

Akhirnya dia dibawa masuk semula ke dalam UMNO oleh Tun Abdul Razak meskipun ditentang keras oleh Tunku Abdul Rahman.

Permainan sebenar Mahathir dengan PAS bermula selepas dia menjadi Perdana Menteri Malaysia. Mahathir dikatakan antara salah satu faktor PAS ditendang keluar dari Barisan Nasional meskipun PAS adalah pendiri bersama Barisan Nasional. Sepanjang pentadbiran Mahathir, PAS menjadi sangat agresif dan melakukan pelbagai serangan yang tidak pernah dilakukan dalam pentadbiran Tunku, Tun Razak mahupun Hussein Onn.

Bagi mengekang pengaruh PAS yang mula menjalar di kalangan anak-anak muda, Mahathir telah mengadakan banyak operasi membanteras PAS atas nama jenayah. Para pemimpin muda PAS ditangkap dan dikenakan tuduhan sebagai militan dan pengganas. Beberapa orang pemimpin utama pula, bekerjasama dengan Mahathir dan makan DEDAK MAHATHIR secara diam-diam. Salah seorang daripada mereka adalah Mat Sabu.

Ini bukan rahsia lagi di dalam PAS. Hampir kesemua kepimpinan tahu tentang hal itu. Mat Sabu hilang pengaruh dan taring setelah Mahathir tidak lagi menjadi Perdana Menteri.

Apabila Mahathir menuduh PAS dan Presidennya telah termakan dedak Najib Abdul Razak bagi membolehkan PAS membantu UMNO, kenyataan dan tuduhan liarnya itu bukan sahaja ditempelak tetapi sekaligus mendedahkan perbuatannya pada masa lalu yang akan menggunakan pihak-pihak tertentu untuk mendedakkan para penentangnya sebelum dia menghadiahkan mereka dengan projek-projek kerajaan.

Apa yang Mahathir takutkan sangat kalau PAS berbaik-baik dengan UMNO? Bukankah itu yang sering diserunya dahulu sewaktu dia menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun?

Adakah kerana dia melabelkan UMNO sekarang sebagai UMNO Najib dan bukan UMNO sebenarnya, padahal sejarah telah tercatat, Mahathir sengaja membunuh UMNO Lama untuk menghidupkan UMNO Baru yang dikawal sepenuhnya oleh beliau sendiri dan hanya untuk dirinya sahaja?

Seperti yang dinyatakan oleh Nik Abduh yang dilaporkan Buletin 247, Mahathir sepatutnya berasa malu kerana BUDAYA DEDAK bermula pada zamannya. DEDAK merupakan ramuan mujarab Mahathir untuk menutup mulut malah membuatkan individu-individu tertentu menjadi penyokong mahupun pentaksubnya. KERANA DEDAKLAH, taukeh-taukeh kapitalis seperti Vincent Tan, Francis Yeoh, Ananda Krishnan, Arumugam dan sebagainya bukan sahaja sanggup memberi pinjam jet peribadi mereka untuk digunakan oleh Mahathir, hatta untuk membeli beberapa biji popia di pasar ramadhan, tetapi juga selepas itu bertindak sebagai penyumbang kewangan untuk gerakan yang dicetuskan oleh Mahathir.

Dedak labur dedak demi mendapatkan lebih banyak dedak... itulah yang dibuat oleh mereka. Dek kerana itulah, kalau kita perhatikan pelbagai projek penswastaan mega di negara ini yang diwujudkan oleh Mahathir, nama-nama mereka pasti akan terselit, bahkan adakalanya sebagai pemain utama.

Tidak salahlah Nik Abduh memperlekehkan Tun Dr. Mahathir!

Saturday, June 11, 2016

DAP "Import" Penyokong Dari Singapura 15 Jun Ini?

Mungkin kerana kekurangan jentera dan penyokong bagi memenangi perang psikologi di PRK Sungai Besar, dipercayai telah mendesak DAP ‘mengimport’ penyokong mereka dari Singapura.

Satu sumber memberitahu, dipercayai penduduk Singapura akan dikerah masuk ke kawasan Parlimen Sungai Besar oleh DAP pada 15 Jun depan, mungkin untuk membantu kempen calon Parti Amanah Negara (PAN).

Menurut sumber TV14, sebuah infografik yang tersebar di media sosial sejak sehari dua ini, para penyokong parti itu diminta masuk ke Malaysia bersempena Hari Bapa dengan menggunakan bas.

Adakah DAP dalang disebalik tindakan terkutuk ini? Jika ia berita yang benar, apa motif sebenar DAP melakukan perkara sedemikian?

Juga mengapa DAP amat bersungguh-sungguh mahu calon PAN menang di kerusi tradisi Barisan Nasional (BN) berkenaan?

Friday, June 10, 2016

Penipuan Cekai Tahap Whatsapp dan Wechat Pun Nak Buat PC, Rafizi Ramli?

YB Rafizi Ramli mahu menutup malu setelah membuat kesilapan mengira 'flying hours' rombongan Isteri Perdana Menteri ke Istanbul iaitu dengan mengira 1440 jam dan bukannya 26 jam. Oleh kerana itu beliau sekarang bercakap mengenai jumlah beg untuk rombongan Isteri Perdana Menteri ke Istanbul.

Mungkin di kawasan Parlimen Pandan sudah tiada isu rakyat yang hendak perjuangkan maka dengan itu beliau mengambil tahu hal yang tiada kaitan dengan beliau.

Saya beranggapan YB Rafizi Ramli tidak pernah menaiki pesawat komersil mahupun pesawat eksekutif. Oleh yang demikian, saya akan menjelaskan SEIKHLASNYA dan MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU MUDAH agar dapat difahami dan diselami oleh YB Rafizi Ramli.

YB boleh menyemak terma 'ACT - additional centre tank' dengan 'rakan-rakan' dalam industri penerbangan. Pesawat ini telah mebuat pengubahsuaian kepada ruang kargonya untuk membesarkan tangki minyak bagi membolehkan pesawat terbang lebih jauh (more range). Untuk makluman YB juga, ruang kargo pesawat eksekutif juga tidak sama seperti pesawat komersil. Dalam kes penerbangan ini, ruang kargo digunakan untuk membawa kostum dan alatan Permata Seni yang diundang membuat persembahan di sana. (boleh rujuk gambar).

Penumpang pesawat berkenaan bukanlah hanya Isteri Perdana Menteri seorang. Sebaliknya pesawat ini turun membawa bersama 13 penumpang dan 7 anak kapal. Adakah kesemua penumpang lain tidak membawa bagasi masing-masing?

Ini penerbangan jarak jauh. Sudah tentu perlu menukar pakaian. Sebab itu dibawa 'hand-carry' beg. Begitu juga makanan daripada sendiri dibawa atas pesawat.

Jelas tuduhan YB Rafizi Ramli berniat jahat dan bertujuan menimbulkan kebencian terhadap pimpinan Negara dan keluarga.

YB Rafizi Ramli belum jawab soalan saya siapa PENTERNAK IKAN yang dimaksudkan Latifa Koya

ps: berapa kali pc lagi dia nak buat? takat nak tanya soalan camtu boleh wassap gua je bro ataupun tag gua kat fb

RIZAL MANSOR

Sewa Jet Sama Sewa Kereta Pandu Sendiri, Auta Rafizi

Sewa Jet Sama Sewa Kereta Pandu Sendiri, Auta Rafizi

Bagi sesiapa tidak belajar ilmu bisnes, tentu ‘terlopong’ percaya tohmahan jahat Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli konon kerajaan Malaysia membayar RM86.4 juta untuk menyewa sebuah jet mewah.

Bertambah sensasi angka tersebut dirumus sendiri oleh Ahli Parlimen Pandan, Selangor itu berdasarkan congakan mudah sukatan matematik sekolah rendah yang menyerlahkan lagi tahap kebodohan Rafizi dalam ilmu ekonomi.

Sebenarnya bagi petugas media yang membuat liputan sidang akhbar beliau di Pejabat PAN Kawasan Kuala Selangor sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) di sini Khamis, ada ‘geleng kepala’ tidak percaya itu kos sewa pesawat mewah.

Apa yang diharapkan wartawan ialah salinan invois daripada syarikat pembekal jet kontroversi itu menunjukkan butiran amaun perlu dibayar dan bukan kiraan congak sendiri Rafizi macam budak baharu belajar kira ilmu hisab!

Hakikatnya, pemimpin PKR itu yang sering mencipta sensasi bodoh tersebut mahu menghasut rakyat Malaysia khasnya pengundi di Kuala Kangsar konon berlaku pembaziran ‘duit rakyat’ oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Sasarannya ialah isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Datin Seri Rosmah Mansor yang menaiki pesawat bernombor pendaftaran ACJ319 A6-CJE untuk menghadiri program di Istanbul, Turki pada 26 Mei lalu.

Kelakarnya, Rafizi memperoleh angka RM86.4 juta itu hanya berdasarkan sumber daripada sebuah firma penyewaan jet mewah, Paramount Business Jets LLC yang mengenakan kadar mengikut jam iaitu AS$15,000 setiap jam.

Maka beliau congak AS$15,000 X 24 jam X 2 bulan yang disewa kerajaan Malaysia daripada syarikat penerbangan Emiriah Arab Bersatu (UAE) iaitu Emirates Airlines di Dubai dan kemudian ditukar ikut kadar mata wang ringgit.

Begitulah mudahnya Rafizi kira macam budak sekolah sebelum melemparkan persepsi jahat nilai RM86.4 juta ‘dibazirkan’ Rosmah itu sepatutnya boleh digunakan rakyat miskin khasnya menanggung biasiswa pelajar susah.

Jika beginilah gaya pemikiran singkat Rafizi, amatlah malang penyokong pembangkang sekiranya Pakatan Harapan memerintah Malaysia kerana mendapat pemimpin cukup ‘kurang cerdik’ dalam bidang makro ekonomi moden.

Realitinya untuk menyewa pesawat tidak seperti sewa kereta murah atau sewa bilik hotel bajet yang mengikut jam, sebaliknya kadar AS$15,000 dinyatakan Rafizi itu ialah kadar sewa harian biasa, bukannya kadar pajakan kering.

Dalam istilah bahasa Inggeris, amaun disebut Rafizi merujuk charter rate, bukannya dry lease rate iaitu formula pengiraan lazim digunakan mana-mana kerajaan atau syarikat udara di dunia untuk pajak tempoh jangka pendek.

Kadar sewa meliputi semua krew, bahan bakar dan segala caj berkaitan manakala terma kadar pajakan kering pula bermaksud pembekal cuma hantar pesawat tetapi penyewa mengurus semua hal termasuk juruterbang dan minyak.

Justeru tiada orang bodoh dalam dunia (selain Rafizi) tergamak sewa pesawat mengikut jam dan sewa lebih sebulan lamanya waima jika sewa teksi selama sebulan pun si pemandu akan mengira kadar penuh bukan lagi mengikut jam.

Untuk rekod, berdasarkan semakan kiraan mudah untuk pajakan sebuah pesawat model Airbus A319, ia ditetapkan standard mengikut kadar semasa pajakan kering iaitu daripada serendah AS$120,000 hingga AS$320,000 sebulan.

Usia jet A319 bernombor A6-CJE yang dipajak kerajaan Malaysia daripada firma pengeluar dan dihantar kepada pihak Emirates pada 29 September 2011 iaitu sudah pun lima tahun dengan kadar pajakan AS$200,000 sebulan.

Kebiasaannya bagi sebuah jet paling mahal dan terbaharu di pasaran, kadar pajakan kering selama dua bulan akan dikenakan caj kira-kira AS$640,000 atau RM2.56 juta. Anehnya, daripada mana Rafizi dapat congak RM86.4 juta?

Walhal dari segi fakta, jika anda ‘kaya’ mampu sewa pajakan kering pesawat gergasi terkini Airbus 380 sebanyak AS$2 juta (kira-kira RM8 juta) sebulan, angka RM86.4 juta itu setara lima buah Airbus A380 selama dua bulan.

Tohmahan Rafizi lagi konon Rosmah hanya menaiki jet itu selama 26 jam untuk pergi dan balik dari Turki baru-baru ini, sedangkan pesawat tersebut disewa dua bulan juga menimbulkan persoalan yang disorokkan oleh Rafizi.

Sebetulnya ia disewa dua bulan bukan semata-mata untuk kegunaan Rosmah tetapi sebagai ganti kerana pesawat yang sedia ada milik kerajaan Malaysia iaitu model A320 kebetulan sedang menjalani penyelenggaraan skala besar.

Ini bermakna pesawat gantian itu merupakan sebahagian daripada jet rasmi kerajaan Malaysia yang dinaiki individu berkelayakan antaranya kerabat diraja, menteri Kabinet dan juga isteri Perdana Menteri mengikut protokol rasmi.

Jelaslah Rafizi ada cenderung memutar belit fakta bagi menyemai perasaan benci terhadap BN tetapi lucunya, beliau tergamak mencongak ikut jam bukan kadar pajakan kering yang dipraktikkan seluruh dunia.






Tuesday, June 7, 2016

Penumpang MH01 Sangka Akan Mati Ketika Pesawat Hadapi Gegaran Udara


Tuesday, 7June 2016

PUTRAJAYA: Seorang penumpang pesawat Malaysia Airlines Berhad (MAB) MH01, yang mengalami gegaran udara semasa dalam perjalanan dari London ke Kuala Lumpur pada Ahad, menyangka beliau akan menemui ajal semasa gegaran menakutkan itu berlaku.

Wanita warga Singapura berusia dalam lingkungan 50-an itu, yang hanya mahu dikenali sebagai Mary, berkata gegaran udara itu berlaku kira-kira lima minit dalam masa tiga jam sebelum pesawat itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.

"Saya duduk di bahagian dek atas. Pesawat itu seakan-akan terhentak ke bawah sebelum melambung semula ke atas. Ketika itu, anak kapal hendak mengedarkan makanan kepada penumpang...saya lihat bungkusan makanan bertaburan daripada troli makanan.

"Saya juga nampak seorang pramugari terhantuk kepalanya sebelum terjatuh dan luka di lutut," katanya sambil memberitahu juruterbang turut membuat pengumuman meminta semua penumpang memakai tali pinggang keselamatan semasa insiden itu.

Mary, yang tidak cedara dalam kejadian itu, ditemui semasa menemani temannya seorang warga Malaysia mendapatkan rawatan kerana kecederaan di tulang pinggul di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Putrajaya.

Beliau yang merancang bercuti beberapa hari di Kuala Lumpur sebelum pulang ke Singapura, tidak menyangka akan menghabiskan masanya di Hospital Putrajaya selepas tiba dari London.

Setakat 10.30 malam Ahad, lima penumpang MH01 yang cedara telah dibawa ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan.

MAB dalam kenyataannya pada Ahad berkata beberapa penumpang dan anak kapalnya cedera ringan apabila pesawat MH01 itu, yang dalam penerbangan dari London menuju ke Kuala Lumpur, mengalami gegaran udara teruk ketika berada di ruang udara Teluk Bengal.

Pesawat jenis Airbus A380 itu bagaimanapun, selamat mendarat bersama 378 penumpang dan anak kapal di KLIA pada 6 petang Ahad.

Sejumlah kecil penumpang dan anak kapal yang cedera diberi rawatan oleh pegawai perubatan sejurus pesawat itu mendarat di KLIA.

Kenyataan itu menyebut MAB telah membantu kesemua penumpang dan anak kapal serta memohon maaf di atas sebarang kesulitan berikutan keadaan cuaca yang di luar kawalan.

- BERNAMA

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.