Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, January 31, 2017

IDEAS Lubuk-Biak LGBT Seperti Azrul Khalib?

Umum sudah mengetahui bahawa tokoh LGBT yang juga pendukung ngo LGBT ‘Seksualiti Merdeka’, Azrul Khalib merupakan seorang Pengurus, Hubungan Luar di IDEAS, sebuah badan pemikir tempatan yang mempunyai rangkaian antarabangsa berpusat di Washington, Amerika Syarikat. Beliau juga baru-baru ini mendapat perhatian media massa kerana mengepalai gerakan himpunan balas membantah Himpun Raksasa Sokong RUU 355 yang dianjurkan PAS pada 18hb Februari ini di Dataran Merdeka. Himpunan balas membantah RUU 355 akan diadakan di Padang Merbuk, Kuala Lumpur.

IDEAS pula merupakan sebuah badan pemikir tempatan yang sering mengetengahkah ‘keterbukaan’ dalam segala sisi khasnya politik dan ekonomi. Badan pemikir tersebut pada tahun lepas telah berjaya mengadakan satu forum ‘liberty’ bertaraf antarabangsa ‘Asia Liberty Forum 2016’ yang dihadiri oleh banyak ngo-ngo luar negara yang sewaktu atau sama ‘network’ dengannya. Simposium selama 3 hari tersebut diadakan di sebuah hotel lima bintang di ibukota dengan dengan kehadiran ratusan peserta daripada beberapa benua dengan makan dan minum peserta ditanggung sepenuhnya.

Kemuncak kepada majlis tersebut satu sesi makan malam khas yang dihadiri oleh penaja-penaja badan pemikir tersebut, khasnya syarikat-syarikat gergasi bumiputra yang banyak menyumbang kepada kejayaan gerak kerja badan pemikir tersebut mengetengahkan ide-ide liberal berkiblatkan Barat. Daripada kumpulan yang memperjuangkan penswastaan pendidikan, sel-sel kumpulan media kiri sehinggalah kepada yang mengusulkan supaya sebuah sistem kerajaan yang bersifat pasif berkenaan dengan kehidupan harian warganegaranya.


IDEAS Malaysia-Wan Saiful Wan Jan (kiri) & Azrul Khalib

Undang-undang dibiarkan secara minimum. Dosa adalah masalah peribadi, sama seperti yang pernah

cuba dipopularkan oleh kumpulan ‘prominent’ G25 dan jurucakapnya, Noor Farida Ariffin.

Persoalannya kenapakah segelintir syarikat-syarikat tempatan menjadi begitu kurang peka sekali? Syarikat-syarikat penyumbang dana kepada IDEAS bukan calang-calang sebenarnya. Mereka adalah konglomerat yang amat berpengaruh di Malaysia. Antara lain penyumbang kepada IDEAS terdiri daripada sebuah yayasan syarikat telekomunikasi terulung negara. Sebuah bank ASEAN yang berpengkalan di Malaysia juga didapati menyumbangkan ratusan ribu ringgit!

Adakah sumbangan yang disalurkan tidak diteliti perbelanjaannya? Atau adakah kerana Malaysia, kini, dengan keberadaan ngo-ngo liberal yang semakin vokal dan berpoket tebal syarikat-syarikat gergasi tempatan yang mendukung mereka membuktikan bahawa sebagai sebuah negara kita sudah menuju resam negara maju Barat dan kelak bakal menghalalkan perkahwinan sejenis? 




No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.