Sunday, April 30, 2017

Kos Dan Bayaran Haji


Portal Tabung Haji


KOS DAN BAYARAN HAJI

Kos Haji merujuk kepada kos-kos langsung berkaitan pengendalian aktiviti-aktiviti asas jemaah haji yang perlu dikendali dan dibayar oleh TH bagi sesuatu tahun.

Kos Haji langsung jemaah Muassasah terdiri daripada kos penerbangan, kos pengangkutan, kos penginapan di Makkah, Madinah dan Jeddah,kos makan minum dan bayaran kepada pihak berwajib di Arab Saudi, manakala Kos Haji langsung jemaah PJH/THTS adalah tidak termasuk kos penginapan dan kos makan minum yang dikendali sendiri oleh PJH/THTS.

Bayaran Haji merujuk kepada sejumlah wang yang ditetapkan sebagai bayaran jemaah kepada TH untuk membolehkannya menunaikan haji bagi sesuatu tahun. Sebagai panduan, anggaran bayaran Haji bagi musim haji 1438H adalah seperti berikut:

JENIS JEMAAH                 KOS HAJI (RM)      TANGGUNGAN KOS HAJI (RM)      BAYARAN HAJI (RM)

                                             

MUASSASAH

warganegara belum
tunai haji                                RM19,550                      RM9,570                                           RM9,980



warganegara telah tunai 
haji                                         RM19,550                          Tiada                                              RM19,550


*Tidak tertakluk kepada sebarang perubahan semasa. Harap maklum.

Kos Haji langsung bagi musim 1438H adalah berjumlah RM19,550.00 seorang. Bagi musim 1438H, Bayaran Haji bagi bakal haji (BH) yang menunaikan haji buat pertama kali bagi dirinya dan pergi secara Muassasah adalah sebanyak RM9,980 seorang, iaitu TH masih meneruskan tanggungan sebanyak RM9,570 seorang. 

Walau bagaimanapun, tanggungan ini hanya diberikan kepada jemaah yang pertama kali menunaikan haji dan secara Muassasah sahaja. TH masih terus menanggung kos haji tidak langsung bagi jemaah-jemaah Malaysia secara keseluruhannya seperti:

Kos penerbitan buku dan risalah panduan haji,
Kos berkaitan kursus haji,
Kos petugas haji kebajikan dan perubatan,
Kos operasi berkaitan haji di tanah air; dan
Kos perkhidmatan tambah nilai yang disediakan untuk seluruh jemaah haji Malaysia.

Bakal Haji yang telah “Terpilih” pada tahun semasa adalah layak untuk membuat pengeluaran wang di KWSP. Jumlah pengeluaran adalah berdasarkan baki simpanan dalam Akaun TH bagi tujuan mencukupkan Bayaran Haji (Muassasah). Had maksima pengeluaran yang dibenarkan oleh KWSP adalah sebanyak RM3,000.00 sahaja dan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-

Menjadi ahli KWSP
Mengemukakan surat tawaran Terpilih ke pejabat KWSP; dan
Mengemukakan Buku Akaun Simpanan TH ke pejabat KWSP

Berumur kurang 55 tahun


Ceramah 'MEGA' PKR Ada Sarkas Yang Dihadiri Lebih 100 Ribu Orang




Walaupun diumpan dengan acara sarkas sebelum ceramah mega hari ini, kehadiran penonton ke Ceramah Mega PKR, sempena Konvensyen PKR kelihatan hambar.

Keadaan terkini kehadiran penonton lebih kurang 1,000 orang sahaja, walaupun acara telah bermula jam 9.00 malam tadi.

Biarpun Ceramah Mega PKR diadakan di Seberang Jaya Pulau Pinang, namun tiada kelibat tuan rumah dan Tuan Besar pemimpin-pemimpin DAP kelihatan di dalam majlis tersebut.

Adakah para pemimpin PKR sengaja tidak mengundang para pemimpin tertinggi DAP dalam usaha memujuk PAS agar tidak memutusan hubungan ‘tahalus siyasi’ yang bakal diputuskan oleh Majlis syura’ PAS.




Benarkah LGE Terlibat Dengan "MoneyGame" JJPTR ?




Demikian posting dalam laman web:

http://newsonlinepkk.blogspot.my/2017/04/benarkah-lge-terlibat-dengan-moneygame.html

Di dalam berita ini diberi pautan kepada satu link ke laman sesawang cina.



http://www.cocomy.net/post/426108?r=xianxian118


Terjemahan  google translate mendedahkan hubungan niaga LGE dengan kegiatan ....



Dalam pada itu penulis juga menerima satu pautan bagi laman sesawang ini yang memaparkan berita bertajuk “Sultan Tegur Najib Pendapatan Rakyat Tak Seimbang Dengan Kos Sara Hidup Kini”. 

Namun cara penulisan di laman tersebut dalam Bahasa Malaysia sangatlah memalukan.

Ia boleh diakses melalui pautan-pautan berikut ;



Pendedahan laman web ini menimbulkan keperluan LGE disiasat untuk salahlaku money laundering dari kaitannya dengan MBI.

MBI adalah suatu syarikat yag mulanya terlibat dengan digital currency dan tuan punyanya ada Teddy Teow:
http://www.mbiv2u.com/index.php/team/mr-tedy-teow/



Pada mulanya ia digembar gemburkan sebagai suatu fenomena baru dari innovasi yg bakal menggegarkan dunia perniagaan:

Riding the MCoin wave
http://m.thesundaily.my/node/395455

Rupanya ia adalah:

MBI international scammers arrested in Taiwan
http://behindmlm.com/mlm/regulation/mbi-international-scammers-arrested-in-taiwan/

Malah ianya satu ponxi scheme:

http://combatingillegalpyramidscheme.blogspot.my/2015/04/mbi-mface.html

Dalam skima ini, ia melibatkan pelaburan hartanah di Pulau Pinang yang disyaki ada urusniaga dengan kerajaan negeri.

Malah MBI dipercayai dibiayai Tan Sri yang ditaham NRRET kerana tipu beli tanah Melayu keliling projek lapangan terbang baru Kulim.



http://anotherbrickinwall.blogspot.my/2017/03/royal-linked-tan-sri-among-raided-for.html

Adakah ponzi skim dan money game jadi MO untuk LGE lakukan money laundering untuk pesungkan wang rasuah dan kickback dari projek2 ke luar negara?
Ini bukan satu tuduhan tetapi hanya mengesyaki  


Source link

Pembangkang Gagal Jadikan 1MDB Sebagai ‘Peluru’

Image result for isu   1mdb ipic selesai



Pembangkang oh pembangkang! Macam-macam kerenah anda.
Image result for isu   1mdb ipic selesai
Mengapa sampai tidak boleh terima kenyataan bahawa International Petroleum Investment Company (IPIC) dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjaya menyelesaikan perti­kaian secara baik?


Antara tuduhan cukup hangat dibangkitkan pembangkang dua tahun lalu berkisar pertikaian pembayaran sebanyak dua kali oleh 1MDB kepada IPIC. Baca sini

Pembayaran ini sebenarnya agak pelik kerana dilakukan oleh 1MDB tanpa ada sebarang bukti pembayaran. Atas alasan inilah pembangkang mendakwa 1MDB telah menyelewengkan wang SRC yang didakwa disalurkan terus ke akaun Perdana Menteri.

Hakikat sebenarnya, menerusi fakta terkini yang dikeluarkan oleh IPIC kelmarin dalam satu kenyataan Bursa Saham London, IPIC menyatakan 1MDB tidak pernah membayar dua kali ganda seperti yang didakwa kepada IPIC.

1MDB hanya pernah membayar AS$3.5 bilion kepada IPIC dalam pelbagai bayaran kepada IPIC. Namun, kemelut ini bermula apabila IPIC menafikan pembayaran berkenaan dibuat.

Namun, tanpa ada sebarang desakan mahupun arahan, IPIC dengan jelas telah mengakui dalam satu kenyataan mereka bahawa bayaran itu ada dilakukan.

Dalam kenyataan itu, IPIC menyatakan, pihaknya juga bersetuju untuk memasuki perbincangan dengan niat baik berhubung pembayaran yang dibuat oleh 1MDB Group kepada entiti tertentu. Ini bermakna bon AS$3.5 bilion itu akan diselesaikan berdasarkan kepada wang dari bayaran-bayaran tersebut.

1MDB juga tidak melepaskan hak untuk menyaman IPIC jika tiada persetujuan dicapai berkenaan pembayaran itu menjelang tahun 2020. Dalam kenyataan sama, pihak IPIC juga menyatakan 1MDB tidak pernah membayar tambahan AS$2.5 bilion kepada IPIC dan tidak akan membayar AS$2.5 bilion kepada IPIC.

1MDB akan menggunakan wang yang akan dijana daripada unit dana AS$2.5 bilion sedia ada yang telah dijamin oleh Aabar.

Berikut merupakan cara bagaimana AS$2.5 bilion itu akan digunakan:

1. Membayar balik IPIC AS$ 1.2 bilion yang merangkumi AS$1 bilion yang mereka bayar kepada 1MDB pada Jun 2015 dan AS$200 juta yang telah IPIC bayar untuk faedah ke atas bon AS$3.5 bilion pada tahun lalu.

2. 1MDB akan menyimpan AS$1.3 bilion yang selebihnya untuk membayar faedah ke atas bon AS$3.5 bilion sehingga tarikh matang.

Melihat kepada cara ini, terdapat sedikit perbezaan dari penyelesaian yang diumumkan kelmarin dengan persetujuan pertukaran aset pada Jun 2015. Mengikut perjanjian asal, tiada wang yang datang dari Kementerian Kewangan sama sekali. Namun, walau apa jua cara penyelesaiannya, ia lebih kepada memperakui 1MDB telah me­lakukan urusniaga yang betul d­an ia sama sekali jauh daripada apa yang didakwa IPIC sebelum ini.

Sebelum ini, Jabatan Peguam Negara dalam saman sivil pada Julai 2016 menyatakan, kehila­ngan ini disebabkan oleh hakikat bahawa 1MDB pernah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka telah membayar wang itu kepada IPIC. Tetapi IPIC ketika itu menyatakan sebelum ini pada 2016 bahawa mereka tidak me­nerima wang itu.

Oleh itu dalam saman berke­naan menyifatkan terdapat kehilangan wang telah berlaku dalam urusniaga berkenaan. Bertitik tolak dari sinilah dakwaan pengubahan wang haram timbul sehingga dipolitikkan oleh pihak pembangkang de­ngan mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Reza Aziz dan Jho Low sebagai penerima wang berkenaan.

Kesimpulannya sekarang, IPIC telah mengakui bahawa bayaran itu wujud dan mereka ada menerimanya.

Oleh yang demikian, sepatutnya tidak ada dakwaan ‘wang yang hilang’.

Dan lebih tepat lagi tiada lagi tohmahan liar yang mendakwa terdapat pengubahan wang haram yang dibayar terus kepada Perdana Menteri, Reza Aziz mahupun Jho Low.


Oleh Zulkifli Jalil


Saturday, April 29, 2017

Kenapa Tak Haramkan Cukai Lama Yang Lebih Tinggi?


Image result for nurul izzah u turn


Mengharamkan sesuatu itu memang mudah. Lebih-lebih lagi bila ianya popular di kalangan orang ramai.

 

GST atau VAT dilaksanakan di 160 buah negara termasuk banyak negara Islam yang lain. Negara teluk (Gulf Cooperation Council GCC) yang terdiri daripada Saudi, UAE, Qatar, Kuwait, Oman, Bahrain akan melaksanakan GST dalam tempoh dua tahun yang akan datang. Kalau negara dua buah masjid suci pun bakal laksana GST, kenapa pula GST ini haram?

Saya tahu justifikasi mengharamkan GST oleh mereka ini adalah GST dikenakan kepada semua orang termasuk orang miskin. Betul GST dikenakan kepada semua pengguna yang membeli barangan dan perkhidmatan. Tetapi mereka ini terlupa kerajaan mengenakan GST berkadar sifar ke atas lebih 200 barangan asas seperti makanan ruji, perkhidmatan awam asas yang kebanyakannya digunakan oleh golongan berpendapatan rendah.

Ini tidak termasuk BR1M dan macam macam lagi bantuan kerajaan secara terus kepada golongan tersebut. RM1,200 sudah cukup untuk menampung perbezaan kenaikan harga selepas GST dilaksanakan. Untuk seseorang itu membayar GST sebanyak RM1,200 setahun, dia kena belanja RM20,000 setahun atau RM1,666 sebulan. Golongan berpendapatan rendah tidak belanja barangan sampai RM20,000 setahun.


Juga yang anehnya sebelum GST dilaksanakan, kerajaan mengenakan cukai jualan dan cukai perkhidmatan pada kadar 10% dan 6% masing masing. Tidak pernah mereka yang mengharamkan GST ini mengharamkan SST sebelum ini walaupun kadar sales tax/cukai jualan lebih tinggi.

Dulu beli kereta & motor kena sales tax 10%, sekarang beli kereta & motor kena GST 6%, kenapa yang dulu tak haramkan?

Mungkin Dewan Ulamak & Tok Mufti nak jawab. Saya tak banyak ilmu agama macam mereka. Tapi saya tetap dengan pandangan saya GST tidak haram.

Nota: Pada April 2015, Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata GST yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan adalah satu bentuk keadilan sosial. Beliau berkata masyarakat membuat kesilapan apabila mengatakan cukai baru itu tidak dibenarkan di dalam Islam dan hanya zakat yang boleh dikenakan. Mufti Kelantan itu berkata lagi, kedua-dua zakat dan cukai menyumbang kepada sistem kewangan negara dan mampu mempertahankan keadilan sosial dalam pengagihan kekayaan kepada masyarakat. Oleh kerana itu pada Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali ke-106 merumuskan undang-undang pelaksanaan cukai itu adalah harus.



Oleh Syahir

Perbandingan Data Bantuan Sekolah Islam & Bukan Islam Di Pulau Pinang Didedah






AIDCnews: Perbandingan data bantuan untuk sekolah Islam dan bukan Islam di Pulau Pinang menjadi tular di media sosial hari ini.

Menurut pendedahan itu, sekolah bukan Islam (Cina) dan mubaligh mendapat bantuan yang paling besar iaitu sekitar RM328,000 untuk satu buah, berbanding dengan bantuan kepada sekolah aliran Islam yang berjumlah RM40,500.

Malah, bantuan untuk sekolah bukan Islam (Tamil) yang berjumlah RM289,000 untuk satu buah jauh lebih besar dengan bantuan kepada sekolah aliran Islam.

“Hangpa nampak tak betapa DAP amat benci pada Islam sehinggakan bantuan Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Tahfiz teramat sedikit jika nak dibandingkan dengan sekolah agama lain.

“Tak cukup dengan kezaliman di atas. ADUN yang beragama Islam ini juga telah meminta pili bomba untuk 4 Sekolah Agama Rakyat. TAPI DITOLAK. Adakah nyawa umat Islam tiada harga di Pulau Pinang?,” dedah aalam.aabidullah dalam Facebooknya hari ini. 


PAP Singapura Arah Kit Siang Kembali Untuk Tawan Malaysia



Kemunculan Lim Kit Siang dalam politik DAP menjadi misteri kerana dia bukan salah seorang pengasas DAP, tidak bertanding atas tiket PAP pada PRU 1964, tetapi tiba-tiba mengambil alih DAP pada tahun 1969 dan menjadi Setiausaha Agung parti itu hingga tahun 1999 iaitu kira-kira selama 30 tahun. PAP yang telah mengarahkan Lim Kit Siang supaya balik ke Malaysia untuk mengambil alih parti daripada Devan Nair.

“Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1964, Devan Nair telah dipilih sebagai wakil rakyat bagi Bangsar. Dengan kemenangan tersebut maka Devan Nair dilantik sebagai Setiausaha Agung DAP.

“Walaupun Devan Nair merupakan wakil rakyat bagi kawasan undi Bangsar tetapi beliau sering membantu PAP di Singapura. Semasa memegang jawatan wakil rakyat Bangsar, Devan Nair telah meninggalkan kawasan undinya, (Bangsar) dan lari ke Singapura bagi membantu PAP dalam usaha parti itu (PAP) melicinkan pergerakan kesatuan buruh di sana. Kawasan undi Bangsar ditinggalkan dengan tidak ada pengawasan dari DAP.

“Melihat dan menimbang DAP di Malaysia tidak ada yang menangani dan mentadbirkannya maka pucuk kepimpinan PAP di Singapura telah mengarahkan salah seorang pemberita di New Straits Times Singapura (pulang) ke Malaysia bagi mengetuai dan menguruskan DAP. Beliau adalah Lim Kit Siang,” dedahnya.

Ooi Kee Beng yang mewawancara Kit Siang menulis dalam bukunya menyebut Setiausaha Agung PAP, Kuan Yew merupakan individu yang memujuk Devan Nair agar meninggalkan parti politik di Malaysia dan kembali semula ke Singapura.

“Parti (DAP) hanya didaftarkan pada 18 Mac 1966. Kit Siang menjadi pengasas editor organ parti, The Rocket pada bulan Ogos tahun itu dan juga menjadi Setiausaha Organisasi Kebangsaan yang bermaksud tugasnya untuk membentuk cawangan-cawangan DAP di seluruh negeri.

“Devan Nair mengikuti nasihat Lee Kuan Yew, kemudian telah meninggalkan politik di Malaysia dan kembali ke Singapura, meninggalkan manusia seperti Kit Siang dan pengasas serta Pengerusi parti Dr. Man Hin untuk meneruskan perjuangan,” ulasnya. Pada penghujung tahun 1968, Devan Nair telah meletak jawatan sebagai Setiausaha Agung DAP dan kembali semula ke Singapura.

Janji Dimungkiri

Namun, kepulangannya ke Singapura tidak menjamin beliau dilantik sebagai Presiden Singapura sepertimana yang dijanjikan Kuan Yew sebelum ini. Presiden Singapura ketika itu adalah Yusof Ishak yang merupakan Presiden Melayu yang pertama dan terakhir di republik itu.

Apabila Yusof meninggal dunia pada 23 November 1970 ketika masih memegang jawatan Presiden Singapura, jawatannya itu telah dipangku oleh Speaker Parlimen Singapura, Yeoh Ghim Seng selama 40 hari untuk mencari pengganti yang sesuai.

2 Januari 1971, nama baharu Presiden Singapura telah diumumkan, namun bukan nama Devan Nair yang dlantik.

Presiden kedua Singapura bagi menggantikan Yusof ialah Benjamin Henry Sheares. Sheares telah menjadi Presiden Singapura selama tiga penggal bermula pada 2 Januari 1971 sehingga 12 Mei 1981.

Pada asalnya Sheares mahu bersara selepas tamat penggal kedua, namun Perdana Menteri Kuan Yew telah memujuknya68 yang ketika itu berusia 70 untuk meneruskan tugas Presiden bagi penggal ketiga sehingga ke tarikh kematiannya pada 12 Mei 1981.

Selepas Sheares meninggal dunia, Devan Nair tidak dilantik terus sebagai Presiden Singapura ketiga. Devan Nair hanya dilantik ke jawatan itu pada 23 Oktober 1981 selepas Ketua Hakim Wee Chong Jin dan Speaker Parlimen Yeoh Ghim Seng memangku jawatan itu selama 158 hari.

Namun, Devan Nair hanya sempat memegang jawatan Presiden Singapura hanya untuk sepenggal sahaja (1981-1985) selepas karier politiknya dibunuh oleh Kuan Yew dengan tuduhan-tuduhan yang mengaibkan termasuk seorang pemabuk dan kaki betina.

Pada 28 Mac 1985, Devan Nair meletak jawatan sebagai Presiden Singapura. Perdana Menteri Kuan Yew memberitahu kepada Parlimen bahawa Devan Nair meletak jawatan untuk mendapatkan rawatan bagi ketagihan araknya, namun tuduhan itu dinafikan oleh Devan Nair sendiri. Sebagai jawapan balas, Devan Nair berkata dia meletak jawatan kerana ditekan oleh Kuan Yew kerana mereka tidak sehaluan dari sudut pemikiran politik.

Devan Nair ketika bertemu dengan kolumnis The Star M. Veera Pandiyan pada 29 Julai 1987 menafikan tuduhan-tuduhan Kuan Yew dan menyifatkan pertuduhan ketagihan arak dan salah laku seksual ketika lawatan rasmi ke Sarawak adalah suatu pembunuhan watak.

“Pendek kata, beliau (Devan Nair) berkata apa yang dilakukan kepadanya adalah suatu ketidakadilan dan pembunuhan watak secara kasar di mana beliau dan keluarganya terpaksa bertahan.

“Dalam perjalanan pulang, saya masih ingat lagi satu jenaka yang terkenal mengenai LKY: Kuan Yin ialah Dewi Rahmat tetapi Kuan Yew adalah Tuhan tanpa belas kasihan,” ulas kolumnis itu.

Selepas meletakkan jawatan, Devan Nair dan isterinya berhijrah ke Amerika Syarikat dan menetap di Gaithersburg, Maryland. Kemudian mereka berpindah ke Bloomington, Indiana. Pasangan itu kemudian berpindah ke Hamilton, Ontario, Kanada, sehingga kedua pasangan itu meninggal dunia di sana.

Isterinya, Avadai Dhanam, meninggal dunia pada 18 April 2005 diikuti dengan Devan Nair, meninggal dunia iaitu pada 7 Disember tahun yang sama.

Permintaan terakhir Devan Nair disampaikan kepada kerajaan Singapura bahawa mayat beliau mahu dikebumikan di republik itu, namun permintaan itu tidak dipenuhi dan kini badan Devan Nair bersemadi di tanah perkuburan Hamilton, Kanada.

Kemunculan Kit Siang

Wartawan Raggie Jessy mendakwa Kuan Yew telah melakukan pengkhianatan kepada Devan Nair, dengan mengeluarkan dia daripada arena politik Malaysia yang bertujuan untuk melonjakkan Kit Siang menguasai DAP.

“Tetapi Kuan Yew mungkin telah melakukan pengkhianatan kepada Devan Nair ketika itu. Ramai yang percaya bahawa matlamat utama bertujuan untuk Kit Siang mengambil alih tampuk parti itu (DAP) daripada Devan Nair.

“DAP secara rasminya didaftarkan pada 18 Mac 1966. Kit Siang berkhidmat sebagai Setiausaha Organisasi Kebangsaan dari tahun 1966- 1969, sebelum mengambil alih tampuk parti sebagai Setiausaha Agung pada tahun 1969, selepas tempoh yang bergelora (13 Mei) dalam sejarah Malaysia.

“Semenjak itu, DAP memperjuangkan pasaran bebas dan layanan sama rata untuk semua rakyat Malaysia. Ironinya, Kit Siang sendiri terlibat dalam kontroversi melalui kenyataan-kenyataannya yang lebih menjauhkan orang Melayu dengan orang Cina. Dia mengetuai kumpulan Melayu moderat dan golongan kiri bersama-samanya berkali-kali memainkan isu hak istimewa Melayu dan status bahasa Melayu.

“Arah aliran berbau perkauman, parti-parti berasaskan Melayu sentiasa menjadi sasaran serangannya tanpa henti-henti. Seperti yang tercatat dalam fakta, dia memusuhi setiap Perdana Menteri Malaysia sejak Allahyarham Tun Abdul Razak mengambil alih jawatan.

“DAP menjadi terkenal selepas Pilihan Raya Umum ke-12, apabila orang Cina memperjudikan undi dan menyokong padu parti itu. DAP mengutip kredit daripada kerja keras bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, pemimpin yang mempunyai daya tarikan,” ulasnya.

Kit Siang merupakan ahli politik yang naik mendadak dalam hieraki politik DAP, ketika berusia 28 tahun, selepas tragedi berdarah 13 Mei 1969, dia berjaya mengawal parti sebagai Setiausaha Agung.

Dia memegang jawatan Setiausaha Agung DAP selama 30 tahun, bermula dari tahun 1969 hingga tahun 1999. Selepas itu dia memegang jawatan sebagai Pengerusi DAP dan jawatan terkini sebagai Penasihat DAP.

Lanjut dapatkan buku kontroversi di “Bahaya DAP kepada Melayu-Islam Di Malaysia” di pasaran.


sumber AIDC

Media Barat Guna Speech Act Untuk Menghalalkan Fitnah

Image result for mahathir tiada bukti guna wsj

Propaganda yang dibuat oleh dunia barat adalah untuk menguasai dunia. Ia selaras dengan kehendak Freemason dalam agenda New World Order.

Sebelum muncul NWO ia lebih dikenali sebagai One World Government.  NWO digunapakai dan dipopularkan oleh Presiden George Bush dalam tahun 1990.

NWO dilaungkan oleh Bush untuk membentuk dunia yang aman daripada pengganas.

Mereka jugalah yang mewujudkan jihad mujahidin dan Daesh dan akhirnya dengan alasan keamanan dan kesejahteraan dunia Iraq diserang hingga ranap sebuah kerajaan yang bertamadun sejak era Babylon. 

Propaganda barat telah sebati dalam negara kita. Ramai ahli politik kita cenderung ke arah polisi mereka terutama Anwar Ibrahim dan Mahathir. 

Mahathir mungkin tak nampak sangat agendanya tetapi Anwar dan NWO ketara sangat selepas menubuhkan parti Keadilan.

Mungkin kita tak pernah mengenali Gene Sharp. Siapa kah individu ini?

Sharp adalah bapa segala syaitan yang telah mengajar manusia tentang revolusi rusuhan yang menyebabkan beberapa negara Arab runtuh.

Malaysia tak terkecuali kerana ada talibarut mereka yang berjaya menjadi wakil rakyat yang disanjung oleh Melayu pkr dan Melayu pas. Mereka ialah Tian Chua dan Elizabeth Wong. Kedua dua ini berada dalam pertubuhan NED ( New Endowment for Democracy).

Demonstrasi Reformasi tahun 1998 dan Bersih sehingga siri ke 5 adalah agenda NED dan NWO.

Termasuk isu tuduhan kematian rakyat Mongolia dan pembelian kapal selam.

Isu kapal selam terus sepi kerana pembohongan mereka terdedah sebab tiada kes yang disebut di mahkamah Perancis.  Dua peguam upahan yang di usung ke Malaysia pun kini hilang tanpa berita.

Sejak 2013 1mdb pula menjadi topik utama pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan yang ada.

Sarawak Report dan Wall Street Journal menjadi perkakas baru untuk menjatuhkan kerajaan terutama Najib.

Di sini terserlah tembelang Mahathir yang dahulunya konon tidak mempercayai media barat tetapi sengaja atau tidak telah mengikut telunjuk barat.

Jika dahulu kita tidak sedar atau tidak tahu bahawa Mahathir juga terpengaruh dengan NWO.  Tetapi kini telah didedahkan bahawa binaan KLCC dan beberapa binaan di Putrajaya mempunyai ciri ciri Freemason. 

Portal AIDC NEWS banyak membongkar kegiatan songsang dan songlap Anwar Ibrahim. 

Kadang kadang mengajar lembu lebih sukar dari mengajar manusia.
Begitu jugalah apabila melibatkan cai munga

Politik Sabotaj Melalui Pemalsuan Fakta Arah Aliran Wang Dari Entiti Berkaitan 1MDB.

Entiti Pertama: Tanore Finance Corporation

Tanore Finance Corporation merupakan syarikat yang menyalurkan wang derma, sumbangan anak arwah Raja Abdullah Raja Arab Saudi kepada DS Najib menerusi Falcon Bank di Singapura ke akaun peribadi DS Najib di AmPrivate Bank Kuala Lumpur. Sejumlah AS$681 juta wang dimasukkan ke  akaun DS Najib pada awal Mac 2013.

Portal Sarawak Report yang memetik laporan akhbar WSJ sekali lagi mendakwa AS$650 juta (RM2 bilion) dipindahkan dari akaun peribadi DS Najib di AmPrivate Bank Kuala Lumpur ke akaun Tanore Finance Corporation di Falcon Bank Singapura pada hari akaun di AmPrivate Bank ditutup 30 Ogos 2013.

Provokasi terhadap DS Najib tercetus apabila siaran akhbar WSJ pada 2hb Julai 2015 mendakwa dana hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) milik 1MDB disalurkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Ekoran dari laporan WSJ itu, pada 5hb Julai 2015 DS Najib mengumumkan akan memfailkan saman FITNAH terhadap Wall Street Journal (WSJ) berhubung laporan WSJ yang mengaitkan beliau dalam dakwaan penyelewengan wang berjumlah RM2.6 bilion.

DS Najib menafikan dakwaan tersebut dan mendakwa mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bekerjasama dengan pihak asing untuk menjatuhkan beliau.

Peguam DS Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun telah menulis kepada Peguam Kanan WSJ iaitu Philip Jeyaretnam, untuk bertanya sama ada akhbar yang berpejabat di Amerika Syarikat (AS) itu akan menggunakan SPEECH ACT jika pihak DS Najib mengeluarkan saman terhadap WSJ.

Kerana Akta SPEECH akan melindungi syarikat Amerika, khususnya syarikat media, daripada berdepan penghakiman fitnah dari pihak luar negara itu.
http://m.malaysiakini.com/news/314064

Telahan dan sangkaan pihak peguam DS Najib adalah tepat, di mana pihak peguam WSJ akan tetap menggunakan AKTA SPEECH jika DS Najib menyaman akhbar mereka.

AKTA SPEECH telah diluluskan oleh, bekas Presiden AS Barrack Obama pada kongres 2010 bagi melindungi penulis, ahli akademik, dan wartawan negara AS dari dikenakan tindakan undang2 daripada negara lain.

Akta SPEECH (Ikatan Perlindungan terhadap Warisan Perlembagaan Kukuh dan Berpanjangan) di Amerika menyatakan sabitan memfitnah yang dikeluarkan dari negara lain
tidak boleh dikuatkuasakan di Amerika Syarikat, kecuali jika ia konsisten dengan undang2 Amerika Syarikat.

Speech Act was signed into law by Ex-President Barack Obama on August 10, 2010 at the 111th United States Congress

Speech Act ( Securing the Protection of our Enduring and Established Constitutional Heritage Act)

The Act amends Part VI of title 28, United States Code, by adding a new section 181 titled "Foreign Judgments". The legislation as signed contains findings that overseas libel claims have a chilling effect on free speech, matters of "serious public interest", and investigative journalism, and that internationally, little has been done about this. The laws implemented are that:
Article no. 1 - no. 6 (Please Read)
https://en.m.wikipedia.org/wiki/SPEECH_Act

Rentetan daripada tuduhan dan dakwaan siaran berita akhbar WSJ berkenaan wang RM2.6 bilion yang dijadikan isu oleh pihak parti pembangkang terutama dari YB  Rafizi Ramli, YB Tony Pua dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, telah memaksa satu siri siasatan secara menyeluruh dijalankan bagi melihat kebenaran fakta kes wang RM2.6 bilion ini.

Beberapa siri serbuan telah dilakukan oleh pasukan petugas khas yang dibentuk dari gabungan pihak SPRM, PDRM dan BNM. Kes ini juga melibatkan pembekuan akaun2 pihak yang disyaki terlibat dengan aktiviti pemindahan dana yang disyaki dari 1MDB.

Pada 3hb Ogos 2015 SPRM telah mengumumkan kepada media, bahawa hasil siasatan SPRM mendapati dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun milik YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah derma yang disumbangkan oleh pihak tertentu.

SPRM juga mendapat tahu tentang butiran penderma adalah berasal dari Timur Tengah melalui dokumen yang diambil dari bank dan didapati bahawa terdapat 4 surat yang diserahkan kepada pihak bank apabila jumlah wang yang besar dimasukkan ke dalam akaun YAB Perdana Menteri.

Dalam dokumen itu ada dijelaskan SUMBANGAN RM2.6 bilion adalah sebagai DERMA. Sumbangan derma RM2.6 billion itu TIADA KAITAN
langsung dengan 1MDB.
http://www.sprm.gov.my/index.php/arkib-kenyataan-media/449-penjelasan-mengenai-isu-dana-rm2-6-bilion-dan-siasatan-src-international

Sidang media yang diadakan pada 26hb Januari 2016 di Putrajaya, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali menegaskan tiada apa2 kesalahan jenayah dilakukan DS Najib berkaitan siasatan kes dana RM2.6 bilion yang didakwa didepositkan ke dalam akaun bank Perdana Menteri.

Dalam siri siasatan pihak SPRM, mereka telah bertemu dan merakam percakapan saksi2 termasuk pemberi sumbangan dana tersebut yang mengesahkan sumbangan tersebut diberikan kepada PM secara peribadi.

Amaun yang didepositkan adalah sebanyak RM2.08 bilion, dan ia adalah sumbangan peribadi daripada kerabat DiRaja Arab Saudi pada 2013. Daripada jumlah itu sebanyak RM2.03 bilion telah dikembalikan semula kepada penyumbang pada tahun yang sama. Tiada syarat dikenakan oleh penderma kepada DS Najib, ia dibuat atas dasar kepercayaan dan kepimpinan DS Najib berhubung isu2 utama.

Ketiga2 kertas siasatan berhubung 2 kes berkenaan dikembalikan kepada pihak SPRM dengan arahan supaya ia ditutup.

Pada 13hb Mac 2016, Setiausaha Akhbar kepada YAB Perdana Menteri Malaysia DS Tengku Sariffudin melaporkan, buat pertama kalinya, Wall Street Journal (WSJ) terpaksa mengakui bahawa dana yang disalurkan kepada DS Najib adalah dari Arab Saudi.

Hampir setahun WSJ menafikan bahawa dana tersebut adalah daripada Arab Saudi. Permainan persepsi dan prejudis dari akhbar WSJ menyebabkan DS Najib, Peguam Negara dan kerajaan Malaysia menjadi mangsa keadaan.

Namun, hasil kerja keras semua pihak termasuklah peguam negara TS Apandi Ali yang terpaksa melakukan penyiasatan menyeluruh ke atas bukti2 termasuklah bukti pemindahan atas talian serta menjalankan temubual khusus bersama keluarga DiRaja Arab Saudi akhirnya memihak kepada Y.A.B Perdana Menteri, bahawa dana tersebut adalah bersumberkan dari keluarga DiRaja Arab Saudi.

Terdapat juga akhbar2 dari beberapa negara melaporkan yang wang RM2.6 bilion tersebut adalah sumbangan penderma dari Timur Tengah bukannya wang dari 1MDB. Di antara akhbar2 tersebut adalah;

1. 21hb Januari 2016 British Broadcasting Corporation telah mengesahkan duit itu adalah derma dari Keluarga DiRaja Arab Saudi.

"The secretive donation to Mr Najib was allegedly paid over in several wire transfers between late March 2013 and early April 2013, just ahead of the election on 5 May.The well-placed Saudi source, who has asked not to be named, told the BBC the payment was authorised from the very top - from Saudi Arabia's late King Abdullah - with funds coming from both his personal finances and state funds".
http://www.bbc.com/news/world-asia-35409424

2. 29hb Mac 2016 ABC Four Corners telah pun sahkan duit RM2.6b adalah derma dari Keluarga DiRaja Arab Sudi
http://www.bloomberg.com/news/articles/2016-03-29/malaysia-s-najib-got-funds-from-saudi-finance-ministry-abc-says

3. State media - Channel NewsAsia.
"Saudi minister says donation to Malaysia's Najib was genuine".
http://www.channelnewsasia.com/mobile/asiapacific/saudi-minister-says/2698288.html?cx_tag=undefined&cid=tg:recos:undefined:standard..
https://www.facebook.com/groups/1037411156279467/permalink/1429150833772162/