Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, May 31, 2017

Sultan Selangor Teramat Murka Sivarasa Menggunakan Masjid Untuk Politik


Sivarasa menyampaikan ucapan di dalam Masjid An Nur, Kampung Melayu Subang.
-Foto/Media sosial (Utusan Melayu (M) Bhd )

Ahli Parlimen Subang dari PKR, R. Sivarasa telah melanggar titah tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan gagal menghormati agama Islam yang merupakan agama negeri Selangor dan agama negara ini.

Jika benar R. Sivarasa mewakili Menteri Besar, maka Menteri Besar juga telah melanggar titah tuanku Sultan Selangor kerana menyebabkan perkara ini terjadi.

Utusan Online - KLANG 30 Mei - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa teramat murka dan dukacita dengan tindakan Ahli Parlimen Subang dari PKR, R. Sivarasa yang memasuki Masjid An Nur, Kampung Melayu Subang pada minggu lalu dan menggunakan ruangan solat sebagai tempat berpolitik.

 Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim berkata, baginda telah bertitah kepada Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani supaya mengarahkan JAIS mengmbil tindakan terhadap nazir dan jawatankuasa masjid tersebut.
Menurut beliau, rasa teramat murka Tuanku itu juga dizahirkan sebanyak dua kali secara peribadi kepadanya.

"Kita telah memanggil nazir berkenaan pada Jumaat lalu untuk menjelaskan berhubung kejadian tersebut dan telah menyembahkan laporan tersebut kepada baginda pada Isnin(semalam). Bagaimanapun, setelah membaca laporan ini, baginda menzahirkan rasa teramat murka dan pada Tuanku, Sivarasa tidak menghormati titahnya bahawa ahli politik tidak dibenarkan menyampaikan atau mengambil kesempatan dalam ruangan solat.
"Oleh itu, kita akan memanggil lagi sekali nazir berkenaan selewat-lewatnya minggu ini untuk diberikan surat tunjuk sebab mengapa membiarkan Sivarasa berucap dalam institusi masjid.

"Mereka harus ingat bahawa nazir yang tidak menghormati titah Tuanku boleh diambil tindakan sama ada diberi amaran, digantung atau dipecat mengikut Peraturan Kawal Selia Masjid Selangor," katanya kepada pemberita pada majlis Berbuka Puasa dan Perasmian Masjid Kampung Sementa, Kapar Klang di sini malam ini.

Semalam, Pengarah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohd. Adzib Mohd. Isa ketika berucap semasa majlis berbuka puasa bersama rakyat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini malam semalam menegaskan pihaknya memandang serius isu pengunaan masjid dijadikan sebagai pentas untuk meraih sokongan politik.

Beliau membacakan ucapan tersebut di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pada masa sama, Mohamad Adzib turut merujuk kepada tindakan Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa yang memasuki Masjid An Nur, Kampung Melayu Subang pada minggu lalu untuk menyampaikan sumbangan yang mana ia dianggapnya bukan satu tindakan yang sesuai kerana larangan penggunan masjid dan surau sebagai tempat berpolitik telah dikuatkuasakan di Selangor.

Malah, beliau turut meminta JAIS mengambil langkah yang sewajarnya mengenai perkara itu.


Masjid 

Dalam pada itu, menjelaskan berhubung laporan tersebut, Haris menjelaskan bahawa penganjur tidak mengetahui langsung berhubung kehadiran Sivarasa dalam aturcara program sumbangan moreh anjuran penyelaras Dewan Undangan Negeri itu.

"Nazir berkenaan sebenarnya berhak menghalang Sivarasa untuk berucap tetapi sebaliknya memberi peluang kepada beliau berucap. Tindakan itu menjadi satu kesalahan.


"Setakat ini, kita telah menghantar surat kepada semua ahli politik supaya menghormati titah Tuanku supaya tidak dibenarkan berpolitik dalam masjid," jelasnya. 



1 comment :

pak alresky said...

ASS..WR.WB.SAYA pak alresky TKI BRUNAY DARUSALAM INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA EYANG WORO MANGGOLO,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN AKI SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN SAWAH YANG DULUNYA SEMPAT DI GADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN EYANG WORO MANGGOLO MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA KEPADA KAMI DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI KAMI SILAHKAN HUBUNGI NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-3744-3355) JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL EYANG WORO MANGGOLO SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN NYA TERIMAH KASIH
NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-3744-3355)
BUTUH ANGKA GHOIB HASIL RTUAL EYANG WORO MANGGOLO


>>>>>TOTO TOGEL MALAYIA KLIK DISINI <<<<<


>>>> PESUGIHAN DAN PELET KLIK DISINI <<<<

DIJAMIN TIDAK MENGECEWAKAN ANDA APAPUN ANDA MINTA INSYA ALLAH PASTI DIKABULKAN BERGAUNLAH SECEPATNYA BERSAMA KAMI JANGAN SAMPAI ANDA MENYESAL
















DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.