Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, August 2, 2017

Mengejek Rosmah Mansor Kononnya Tandas Stadium Darulaman Kena Diperbesar, Boleh?...Dedahkan Nama Sebenar Mahathir Terus Dikatakan Menghina?!!!

Masih tak habis-habis lagi cerita tentang Kerala-Mamak tapi mengaku Melayu demi kuasa, kedudukan dan kemewahan yang tidak berpenghujung yang kemudian 'diperbetulkan' dengan keturunan dari Yaman pula?

Ada pula penyokong yang kelam-kabut buat laporan polis kononnya menghina. Ada yang buat riuh kononnya Zahid Hamidi menyalahgunakan kedudukan dan jawatan dengan membuka rahsia selain melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA). Teo Nie Ching, Ahli Parlimen Kulai dari DAP turut kelam-kabut menyuruh Zahid Hamidi letak jawatan dan tiba-tiba pula menggambarkan seolah-olah DAP itu suci bersih dan tidak pernah melanggar sebarang akta dan kerahsiaan terutama sekali membabitkan Akta Perlindungan Data Peribadi.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Nur Jazlan telah mengesahkan bahawa pendedahan yang dibuat oleh Zahid Hamidi itu bukannya satu kesalahan dan langsung tidak tertakluk dengan OSA, memandangkan salinan kad-kad pengenalan para pemimpin terutama Perdana-Perdana Menteri Malaysia sudah pun diketahui umum.

Pendedahan tentang identiti sebenar Mahathir pernah dibuat pada tahun 1988 lagi. Kemudian dipopularkan kembali 10 tahun kemudian oleh Anwar Ibrahim dalam gerakan reformasinya. Pada tahun 2008 sehingga 2013, cerita-cerita tentang betapa Keralanya Mahathir, telah menghiasi pentas-pentas ceramah dan kempen selain pembongkaran bagaimana Mahathir menipu rakyat Malaysia orang Melayu UMNO semata-mata untuk mengkayakan anak-anak, kroni dan proksinya.

Bukan cerita baru pun salinan kad pengenalan Mahathir itu.

Namun apabila Zahid menyentuhnya setelah bertahun-tahun Mahathir dan para pengikutnya memperlekehkan dan mengejek-ejek keturunan, bentuk tubuh badan, fizikal dan keluarga Najib Abdul Razak mahupun Rosmah Mansor, tiba-tiba mereka bertukar sifat menjadi suci murni dan menyalahkan Zahid kerana mendedahkan perkara yang telah pun terdedah semenjak lama dahulu.

Zahid dikatakan menghina keturunan Mahathir dan orang India secara keseluruhannya!

Walhal tidak ada satu pun perkataan di dalam ucapan Zahid yang mempertikaikan status sosial mana-mana kaum, apatah lagi 'Kutty' yang terdapat pada hujung nama Mahathir. Malah Zahid sebenarnya membenarkan apa yang diumumkan oleh Najib beberapa hari sebelum ini bahawa MAMAK BOLEH MENJADI BUMIPUTERA.

Kini mereka yang tidak kering bibir mengata dan mengejek Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor, bertukar menjadi pak lebai dan santo. Mereka yang memulakan, mereka yang memperkembangkan cerita tentang betapa Kuttynya Mahathir, sekarang ini setelah berbaik-baik dengan Mahathir dan mengharapkan Mahathir dapat membantu mereka menawan kerusi-kerusi FELDA khususnya, segala caci maki mereka terhadap Mahathir dan keturunannya, dihumbankan begitu sahaja kepada Zahid tanpa rasa bersalah sedikit pun walaupun Zahid sekadar menyebut nama betul Mahathir?

Dan yang paling lawaknya, Mahathir yang dikatakan sangat genius itu, masih lagi menggunakan taktik lama iaitu melaga-lagakan Najib dan Zahid Hamidi selepas nama sebenar dia didedahkan kepada umum!

Ada lagi yang percaya dengan Mahathir ke?

Baca seterusnya The Saviour

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.