Semakin melampau perbuatan individu Cina yang membenci Islam dengan menghina Rasulullah SAW dan agama Islam.
Hukuman yang dikenakan terhadap Penghina Nabi SAW terlalu
ringan dan tidak menakutkan mereka. Malah denda RM3,000 sama dengan kesalahan
khalwat dan minum arak.
Terkini seorang pemuda berbangsa Cina bernama
Alvin Chow mengikuti jejak seorang Cina tua bernama Foo Sing Wai yang
menggunakan media sosial untuk menghina secara keterlaluan seperti, “Muka Nabi
ialah syaitan” dan “Nabi Muhammad kita pijak sahaja” selain berkata kesat
terhadap Melayu termasuk mengatakan “Melayu sebagai anjing”.
Manakala seorang lagi lelaki Cina bernama Andrew
Ng Koon Dah yang meminta dimansuhkan Jabatan Agama dan mempertikai solat Jumaat
sebagai “membuang masa dan unsur-unsur mendatangkan keganasan terhadap penganut
lain dan mengganggu lalu lintas”.
Apa yang menyedihkan, tiada tindakan tegas sebelum
ini dari pihak kerajaan malah kelihatan sambil lewa sehingga menimbulkan
persepsi bahawa apa sahaja berkaitan agama Islam tidak akan mendapat pembelaan
sewajarnya.
Maka semakin melampau pembenci Islam sebegini jika
tiada tindakan tegas dilakukan oleh kerajaan.
Ironinya, Perdana Menteri sendiri dan pimpinan
parti Bersatu berdegar-degar berucap di Perhimpunan Agung Bersatu dan dalam
kempen PRK bahawa mereka akan membela agama Islam dan orang Melayu.
Di sebalik retorik mereka ingin membela, semakin
terserlah kebaculan parti Bersatu dalam membela Islam yang semakin hari semakin
terbuka dihina.
Bayangkan sekiranya umat Islam melakukan tindakan serupa
dengan menghina agama Kristian dan Hindu ataupun Buddha, tentunya pantas pihak
kerajaan terutamanya DAP akan ‘meroyan’ membela dan berkata minoriti ditindas
oleh Melayu Islam.
Buktinya boleh dilihat dalam insiden seorang
wanita Cina di pasaraya Giant yang menjual arak secara terbuka dan dipertikai
oleh seorang pemuda Melayu.
Lihat bagaimana pantas publisiti dan gerakan
memburukkan orang Melayu dan Islam dilakukan dan dilabel sebagai rasis.
Kemudiannya isu Kuil Mariamman apabila sekumpulan
pemuda Melayu gangster yang diupah pemaju dibesar-besarkan oleh Exco DAP
Selangor V. Ganabatirau dengan melabel ‘sekumpulan Islam’ yang
bertanggungjawab.
Kemudian tersebar video beliau menggesa agar
orang-orang India Hindu untuk turun beramai-ramai membela kuil tersebut
sedangkan kuil itu sendiri tidak mahu mematuhi undang-undang.
Ditambah dengan provokasi oleh Menteri Perpaduan
Waytha Moorthy yang mengatakan pihak polis lambat bertindak, yang membuatkan perasaan
marah membuak-buak penganut India beragama Hindu.
Maka wujudlah pelbagai spekulasi bahawa kononnya
minoriti ditindas di negara ini sedangkan jika hendak dibandingkan perkara
fitnah di atas dengan penghinaan terhadap Rasulullah SAW dan agama Islam, tiada
sedikitpun sama kerana semua insiden di atas tidak melibatkan penghinaan kaum
apatah lagi agama.
Namun pihak kerajaan yang terpalit dengan
bermacam-macam masalah yang sudah seakan-akan tidak mampu dibendung lagi
kegagalan mereka mentadbir negara, masih tidak mahu bertegas.
Kononnya rule of law akan berjalan dengan lancar
walau hakikatnya prinsip kedaulatan undang-undang tersebut hanya
‘dibakul-sampahkan’.
Sepatutnya individu sebegini yang menghina
mana-mana agama secara melampau dikenakan hukuman sekeras-kerasnya kerana
melakukan provokasi yang boleh mencetuskan pergaduhan antara agama yang sebelum
ini tidak pernahpun berlaku.
Hak dan kebebasan bersuara ada hadnya dan perkara
ini gagal difahami oleh segelintir rakyat Malaysia dan juga kerajaan Pakatan
Harapan yang sepatutnya berusaha mencegah dari berlaku perkara yang tidak
diingini.
Janganlah apabila nasi sudah menjadi bubur,
barulah Pakatan Harapan terhegeh-hegeh mencari jalan penyelesaian.