Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, September 2, 2013

Harga Minyak di Malaysia Mahal? [AMARAN : Jangan baca kalau malas!]

Ramai yang merungut dengan langkah pengurangan subsidi petrol oleh kerajaan. Kenaikan harga petrol merupakan satu proses pengukuhan ekonomi bagi jangka pendek dan sederhana, yang akhirnya bertujuan memberi kesan positif kepada kesejahteraan rakyat.
Kita mesti faham ini bukan soal politik, tapi soal masa depan egara, kalau ekonomi terjejas ia akan mendatangkan kesan buruk kepada rakyat. 
Kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak patrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen bermula tengah malam ini. Ia merupakan salah satu langkah resionalisasi subsidi oleh kerajaan. Pada masa sama kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel. Jumlah bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini ialah RM25.8 billion.

Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel. 
Bagi mengurangkan bebanan golongan berpendapatan rendah dan mudah terjejas berikutan rasionalisasi sibsidi bahan api, kerajaan akan meningkatkan pemberian BR1M dalam bajet 2014 yang jumlahnya akan diumumkan dalam pembentangan bajet.
Walaupun telah diterangkan berkali-kali mengenai harga patrol di Malaysia adalah antara yang termurah di rantau Asia, malah ada antaranya di dunia. Namun timbul satu isu – Adakah perbandingan itu dibuat berdasarkan dengan negara-negara lain pengeluar minyak? Sebagai contoh, kata mereka Qatar dan Malaysia sama-sama negara pengeluar minyak (walaupun hakikatnya Malaysia tidak layak menyertai OPEC). Tetapi kenapa Qatar boleh beri subsidi kepada rakyatnya supaya patrol dijual dengan murah. 

Untuk menjawab persoalan ini, diturunkan sebuah artikel yang dipetik dari blog bebas di sini

Adakah Harga Petrol di Malaysia Mahal?

1. Adakah Harga Petrol di Malaysia Mahal?

Tidak.

Secara perbandingan, harga petrol (lebih dikenali sebagai ‘gasolin’ di Amerika Syarikat) di Malaysia ialah yang kedua termurah di antara 7 buah negara-negara jirannya di Asia Tenggara (sila klik untuk besarkan imej):


Negara Asia Tenggara yang mempunyai harga petrol paling mahal ialah Singapura dengan harga RM5.14 (SGD2.12) seliter bagi RON 95, manakala negara yang mempunyai harga petrol termurah ialah Brunei dengan harga RM1.28 (BND0.53) seliter bagi RON 97.

Jika harga-harga petrol negara lain tidak ditukar kepada matawang ringgit, secara perbandingan, seorang rakyat Singapura yang berpendapatan SGD2,000 sebulan perlu membayar SGD2.12 untuk seliter petrol RON 95, sedangkan seorang rakyat Malaysia yang berpendapatan RM2,000 sebulan hanya perlu membayar RM1.90 untuk kuantiti dan gred petrol yang sama.

2. Mengapa Harga Petrol di Malaysia Tidak Semurah di     Brunei?

Gabungan faktor kekayaan dan saiz populasi yang kecil jika dibandingkan dengan Malaysia menyebabkan Brunei mampu memberikan subsidi lebih untuk harga petrol. Selain itu, hampir kesemua kekayaan Brunei diperolehi daripada hasil pengeluaran minyak.

Brunei ialah negara ke-6 terkaya di dunia, dan memiliki populasi yang lebih kecil daripada populasi bandar Seremban, iaitu hanya 407,000 orang.7Malaysia pula berada di tangga ke-60 dan memiliki populasi seramai 27.57 juta orang8:




Kekayaan sesebuah negara boleh diukur melalui kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada pariti kuasa beli (PKB) per kapita. KDNK (PKB) ialah nilai kesemua keluaran (barangan dan perkhidmatan) sesebuah negara dalam setahun, yang dibahagikan dengan jumlah penduduk negara tersebut. Ia adalah ukuran yang lebih digemari oleh ahli-ahli ekonomi untuk melihat kebajikan per kapita dan membandingkan keadaan hidup serta penggunaan sumber negara-negara9. Data di atas diperolehi daripada IMF (International Monetary Fund)10.

3. Mengapa Harga Petrol di Malaysia ‘Tidak Murah’ Sedangkan Malaysia Ialah Negara Pengeluar Minyak?

Malaysia bukanlah negara pengeluar minyak yang utama.
Malaysia tidakpun layak untuk menganggotai OPEC

(Organization of the Petroleum Exporting Countries – Organisasi Negara-negara Pengeksport Petroleum) kerana ia lebih banyak mengimport minyak daripada mengeksportnya. Atas sebab yang sama juga, Indonesia terpaksa menarik diri daripada OPEC pada tahun 2008.11

Banyak pihak gagal atau sengaja tidak membuat perbandingan yang menyeluruh, apabila hanya membandingkan harga petrol di Malaysia dengan negara pengeluar minyak lain, tanpa membandingkan jumlah pengeluaran minyaknya. Sebagai contoh: tindakan membandingkan harga petrol di Arab Saudi, negara anggota OPEC yang mengeluarkan 10.25 juta tong minyak sehari, dengan harga petrol di Malaysia, negara bukan anggota OPEC yang hanya mengeluarkan 703,920 tong sehari, sudah tentulah tidak wajar.

Berdasarkan maklumat EIA (U.S. Energy Information Administration – Pentadbiran Maklumat Tenaga Amerika Syarikat), Malaysia sekadar menduduki tempat ke-26 dalam senarai pengeluar minyak dunia12:

Perbandingan lebih tepat wajar dilakukan dengan negara-negara yang memiliki jumlah pengeluaran minyak yang hampir sama dengan Malaysia. Jika dibandingkan dengan 10 negara lain yang mengeluarkan antara 543,000 sehingga 1.13 juta tong minyak sehari, Malaysia memiliki harga petrol ke-4 termurah (sila klik untuk besarkan imej):



Negara yang memiliki harga termurah antara 10 negara tersebut ialah Qatar yang juga merupakan anggota OPEC, diikuti oleh Oman. Kedua-dua negara ini memiliki jumlah pengeluaran minyak yang lebih besar daripada Malaysia. Negara dengan harga petrol ketiga termurah pula ialah Mesir, namun menurut IEA (International Energy Agency – Agensi Tenaga Antarabangsa), Mesir bakal menghapuskan subsidi tenaga kepada semua industri sebelum akhir tahun 2011.21

Jika harga petrol tidak ditukar kepada matawang ringgit, secara perbandingan, seorang rakyat Mesir yang berpendapatan EGP2,000 sebulan perlu membayar EGP2.75 untuk seliter petrol RON 95, sedangkan seorang rakyat Malaysia yang berpendapatan RM2,000 sebulan hanya perlu membayar RM1.90 untuk kuantiti dan gred petrol yang sama.


Harga petrol di Argentina pada tahun 2010 (kira-kira RM3.51 untuk Premium RON 97.5, RM2.89 untuk Super RON 96). Argentina mengeluarkan 787,180 tong minyak sehari berbanding Malaysia 703,920 tong sehari. (Gambar daripada Clarin.com)

4. Mengapa Malaysia Tidak Menambah Subsidi Untuk Menurunkan Harga Petrol?

Jumlah subsidi minyak Malaysia ialah yang tertinggi antara mana-mana negara Asia Tenggara, iaitu sebanyak 2.4% daripada KDNK.22

Brunei, negara Asia Tenggara yang memiliki harga petrol terendahpun hanya membelanjakan 2.2% sahaja daripada KDNK untuk subsidi minyak. Adalah perlu diingatkan bahawa KDNK Brunei (RM36.88 bilion) ialah kecil berbanding Malaysia (RM682.66 bilion).10


Menurut majalah The Economist, pada tahun 2008 Malaysia mempunyai antara bil subsidi minyak termahal di dunia.23

Perbandingan harga petrol sedunia yang dibuat oleh majalah The Economist pada 2008.

Pada November 2010, sidang kemuncak kumpulan negara-negara ekonomi terbesar dunia, G20, yang diadakan di Seoul, Korea Selatan telah membuat deklarasi untuk menghentikan secara berperingkat (phase-out) subsidi minyak yang dikatakan tidak efisien dan menggalakkan pembaziran.24Sidang tersebut antara lain dihadiri oleh Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, Perdana Menteri United Kingdom, David Cameron, selain wakil kuasa ekonomi terbesar di Asia Tenggara, Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono.


Presiden AS, Barack Obama, bersama-sama beberapa orang pemimpin negara G20. Pada November 2010, pemimpin-pemimpin G20 telah menandatangani deklarasi untuk menghentikan subsidi minyak, yang dikatakan ‘menggalakkan pembaziran’, secara berperingkat. (Gambar daripada medicalcreditfund.org)


Menurut IMF,25 subsidi minyak lebih banyak menguntungkan golongan kaya berbanding golongan miskin. Berdasarkan kertas kerja yang diterbitkan pada 2007, untuk setiap 1 unit sumber (unit of resources) yang digunakan oleh golongan miskin, 3 hingga 5 atau lebih unit digunakan oleh golongan lebih kaya. Kertas kerja berkenaan juga mencadangkan agar subsidi minyak dihapuskan, dan perbelanjaan untuk subsidi dialihkan kepada usaha penambahbaikan kualiti pendidikan, perkhidmatan kesihatan, infrastruktur dan mengurangkan cukai.

Selain daripada itu, subsidi minyak juga dianggap sebagai antara penyebab kenaikan harga minyak dunia. Menurut Financial Times, subsidi melindungi pengguna daripada harga borong minyak yang tinggi, tetapi kemudiannya meningkatkan permintaan minyak dan mendorong kenaikan harga borong.26Antara negara yang dilihat mengakibatkan kenaikan harga minyak dunia ialah China.27 China yang merupakan negara terbesar di dunia (populasi 1.3 bilion orang), kini juga memiliki pasaran kereta terbesar di dunia (13.6 juta unit kereta dijual pada 2009) apabila mengatasi Amerika Syarikat (10.4 juta unit).28 Namun begitu, jumlah pengguna kereta yang sebegitu besar di China tidak membayar harga sebenar untuk minyak kerana menerima subsidi 3.9% daripada kos sebenar.22


China: daripada pasaran basikal terbesar di dunia, kepada pasaran kereta terbesar di dunia. Apabila China memotong subsidi pada Jun 2008, harga minyak dunia serta-merta menjunam USD5 setong. (Gambar daripada 43bikes.com)
China: daripada pasaran basikal terbesar di dunia, kepada pasaran kereta terbesar di dunia. Apabila China memotong subsidi pada Jun 2008, harga minyak dunia serta-merta menjunam USD5 setong. (Gambar daripada 43bikes.com)


Apabila China memotong subsidi dan menaikkan harga petrol sebanyak 20% pada Jun 2008, harga minyak dunia serta-merta menurun USD5 setong.29

Nota: Penulis mengalu-alukan maklumbalas daripada pembaca untuk mengemaskini perkembangan terbaru harga petrol (Contoh: Mesir selepas peralihan kuasa).




1. Latest Pump Prices, SPC: Singapore Petroleum Company,http://www.spc.com.sg/home/home.asp
2. Retail Oil Price, Energy Policy & Planning Office,http://www.eppo.go.th/retail_prices.html
3. Retail Pump Prices – Metro Manila, DOE Portal, 14 April, 2011,http://www.doe.gov.ph/OPM/Pumpprices.htm
4. “Perkembangan Harga BBM Non-Subsidi Periode 20 April 2011,”PT.Pertamina (Persero), 20 April, 2011,http://www.pertamina.com/index.php/detail/view/news-release/8106/perkembangan-harga-bbm-non-subsidi-periode-20-april-2011
5. Retail Price (VND/LITER), Petrolimex.com.vn,http://www.petrolimex.com.vn/Desktop.aspx/Homepage/
6. “Transport & Communication,” About Brunei,http://www.bruneipress.com.bn/brunei/brunei.html
7. World Population Prospects: The 2008 Revision Population Database, United Nations Population Divisionhttp://esa.un.org/UNPP/
8. Laporan Kiraan Permulaan 2010, Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010http://www.statistics.gov.my/ccount12/click.php?id=2127
9. Country Comparison: GDP (Purchasing Power Parity), The World Factbook,https://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/rankorder/2001rank.html
10. World Economic Outlook Database, International Monetary Fund, April, 2010, http://www.imf.org/external/pubs/ft/weo/2010/01/weodata/index.aspx
11. “Indonesia to withdraw from Opec,” BBC NEWS, 28 Mei, 2008,http://news.bbc.co.uk/2/hi/7423008.stm
12. International Petroleum (Oil) Production, Energy Information Administrationhttp://www.eia.doe.gov/emeu/international/oilproduction.html
14. “New Fuel Prices Starting 16 Jan 2011: Delhi !,” Delhi Petrol Prices,http://www.delhipetrolprices.com/
15. “SOCAR head: Azerbaijan not to increase fuels and lubricants prices,”Trend, 14 November, 2010, http://en.trend.az/capital/energy/1782016.html
16. “YPF Cease Sales of Regular Petrol,” The Argentina Independent, 26 April, 2011,http://www.argentinaindependent.com/currentaffairs/newsfromargentina/ypf-cease-sales-of-regular-petrol-/
17. “Fuel prices in Oman,” Our World Travels,http://www.ourworldtravels.com/oman/fuel-prices
18. “Petroleum Product Prices – Local Petrol,” Ministry Of Petroleum Egypt, 4 April, 2013, http://www.petroleum.gov.eg/en/pages/default.aspx
19. National Retail Petrol Prices, Australia Institute of Petroleum, 1 Mei, 2011, http://www.aip.com.au/pricing/retail/ulp/index.htm
20. “Precio Promedio Mensual Gasolina Corriente (Bta),” Unidad de Planeacion Minero Energetica, 14 Mac, 2011,http://www.upme.gov.co/GeneradorConsultas/Consulta_Indicador.aspx?idModulo=3&Ind=8
21. “Recent developments in energy subsidies,” IEA World Energy Outlook 2010http://www.worldenergyoutlook.org/Files/ann_plans_phaseout.pdf
22. “Fossil-fuel consumption subsidy rates as a proportion of the full cost of supply, 2009,” IEA World Energy Outlook 2010,http://www.iea.org/subsidy/index.html
23. “Crude measures: Not everybody is paying higher prices for oil,” The Economist, 29 Mei, 2008, http://www.economist.com/node/11453151
24. The G20 Seoul Summit Leaders’ Declaration,” G20 Seoul Summit 2010,http://media.seoulsummit.kr/contents/dlobo/E1._Seoul_Summit_Leaders_Declaration.pdf
25. “Problems Follow When Officials Set Fuel Prices,” IMF Survey Magazine, 15 Januari, 2007,http://www.imf.org/external/pubs/ft/survey/so/2007/RES0430A.htm
26. “Fuel subsidies drag on emerging economies,” Financial Times, 18 April, 2011, http://www.ft.com/cms/s/0/81a781a0-69d7-11e0-89db-00144feab49a.html#axzz1LGri4piJ
27. “China’s fuel subsidy costs the world,” Reuters, 4 Jun, 2008,http://www.reuters.com/article/2008/06/04/us-markets-column-fuel-idUSBNG12910820080604
28. “China car sales top U.S.,” Reuters, 11 Januari, 2010,http://www.reuters.com/article/2010/01/11/us-autos-idUSTRE60A1BQ20100111
29. “World oil price falls as China cuts fuel subsidies,” The Sydney Morning Herald, 21 Jun, 2008, http://www.smh.com.au/news/national/world-oil-price-falls-as-china-cuts-fuel-subsidies/2008/06/20/1213770924137.html

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.