Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, October 3, 2013

Black Day' Jika PCA Tidak Diluluskan


KUALA LUMPUR 3 Okt - Kesemua mangsa penjenayah akan berhadapan dengan 'Black Day' sekiranya Akta Pencegahan Jenayah (PCA) tidak diluluskan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau mengakui keputusan akta baru yang tengah malam tadi tidak mampu memuaskan hati semua pihak terutamanya Ahli Parlimen Pembangkang.

"Kalau PCA tidak diluluskan 'black day' untuk mangsa jenayah.

"Tiada pihak akan puas hati 100% dengan keputusan Parlimen. Bagaimanapun, kita cuba untuk memuaskan hati majoriti populasi (rakyat Malaysia). PCA disasarkan kepada jenayah terancang oleh pertubuhan rahsia," katanya katanya kepada pemberita ketika ditemui di perkarangan Parlimen di sini hari ini.

Rang Undang-Undang Pencegahan Jenayah 2013 (Pindaan dan Pemerluasan) yang mempunyai kuasa menahan tanpa bicara telah dikembalikan akhirnya diluluskan pada pukul 12.53 pagi.

Hampir kesemua ahli parlimen BN hadir termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum undi belah bahagian dijalankan.RN


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.