Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, May 14, 2017

9 Perjanjian, MoU Sektor Swasta Malaysia-China Bernilai RM31.26 Bilion



PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menyaksikan pemeteraian sembilan perjanjian dan memorandum persefahaman (MoU) antara sektor swasta Malaysia-China.

Ia membabitkan cadangan pelaburan bernilai AS$7.22 bilion (RM31.26 bilion) yang meliputi pelbagai sektor termasuk pembinaan, pertanian, bursa saham, kerjasama pelabuhan dan penerbangan.

* Perjanjian pertama ialah Kerjasama Strategik bagi membangunkan bandar raya masa depan robotik di Johor membabitkan pelaburan AS$3.458 billion (RM15 bilion).

* MoU kedua bernilai AS$2 bilion (RM8.75 bilion) bagi membina kompleks metanol dan derivatif di Tanjung Kidurong, Bintulu, Sarawak dan ketiga Perjanjian Kerjasama Rangka Kerja Pelaburan bagi memajukan projek Melaka Gateway bernilai RM6.92 bilion.

* MoU keempat bagi memaju dan menggalakkan Kluster Inovasi Malaysia dalam China-Malaysia Qinzhou Industrial Park (CMQIP) dan kelima Perjanjian Ejen Ekslusif bernilai AS$1.53 bilion (RM6.6 bilion) antara Agrofresh International Sdn Bhd dengan Dashang Co Ltd bagi pembekalan pisang cavendish dan buah-buahan tropika.

* Keenam ialah Perjanjian Rangka Kerja bagi memajukan projek pembangunan bercampur The Shore di Kota Kinabalu, Sabah AS$132.58 juta (RM574 juta).

* Ketujuh ialah MoU antara Bursa Malaysia Bhd dengan Shanghai Stock Exchange bagi meninjau kaedah meningkatkan akses pasaran dan produk di kedua-dua bursa saham serta promosi pasaran.

* Kelapan MoU antara Northport (Malaysia) Bhd dengan Weifang Sime Darby Port Co Lt bagi mewujudkan hubungan antara pelabuhan.

* Janji niaga kesembilan ialah MoU antara AirAsia Bhd dengan China Everbright Group dan Henan Government Working Group bagi penubuhan syarikat penerbangan tambang murah di China.

Sebahagian besar projek berkenaan akan dilaksanakan di Malaysia.

Bagi projek Melaka Gateway, KAJ Development bersama Power China, Shenzhen Yantian Port Group dan Rizhao Port Group akan secara bersama memajukannya sebagai pembangunan bercampur merangkumi empat pulau pelancongan, bandaraya pintar dan hab komersial, pelabuhan laut dalam serta taman industri maritim pembinaan dan pembaikan kapal.

Nilai pembangunan kasar Projek Melaka Gateway ialah RM30 bilion.

Bagi Bandaraya Masa Depan Robotik di Johor Bahru, Johor Corporation dan Siasun Robot Investment Co Ltd akan memajukan tanah seluas 405 hektar dengan pelaburan RM15 bilion.

Projek itu bermatlamat memajukan industri robotik, pada masa sama menggalakkan pertumbuhan pelbagai perniagaan rantaian pembekalan di Malaysia.

Bagi projek pembangunan kompleks metanol dan derivatif di Sarawak, ia membabitkan kerjasama antara Yayasan Hartanah Bumiputera Sarawak dan Konsortium Huanhqiu Contracting dan Engineering Co and MACFEAM Sdn Bhd.

Projek bernilai RM2 bilion itu akan dilaksanakan dalam dua fasa dan dijadualkan siap pada 2021.




No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.