Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, May 16, 2017

Malindo Air tawar promosi dua juta tempat duduk


Malindo Air tawar promosi dua juta tempat duduk
Tambang yang menarik itu adalah untuk penerbangan domestik Malaysia ke Singapura, 
Australia, India, Indonesia, Thailand, Vietnam, Myanmar, Taiwan, Hong Kong, China, 
Sri Lanka, Bangladesh dan Nepal. - Gambar fail


KUALA LUMPUR: Malindo Air menawarkan promosi dua juta tempat duduk bagi kelas ekonomi dan perniagaan semasa Jualan Mega Pertengahan Tahun dengan perjalanan mulai 1 Julai 2017 hingga 31 Mac 2018.

Tambang promosi daripada RM69 hingga RM1,999 itu boleh didapati mulai sekarang hingga 21 Mei 2017 dan sah untuk semua tempahan dalam talian, di semua kaunter pejabat jualan tiket Malindo Air dan agensi pelancongan, kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, tambang yang menarik itu adalah untuk penerbangan domestik Malaysia ke Singapura, Australia, India, Indonesia, Thailand, Vietnam, Myanmar, Taiwan, Hong Kong, China, Sri Lanka, Bangladesh dan Nepal.

"Kami juga telah melancarkan jualan global serentak untuk penerbangan dari Singapura, Australia, India, Indonesia, Vietnam, Taiwan, Hong Kong, Sri Lanka dan Pakistan ke Kuala Lumpur untuk kelas ekonomi dan perniagaan," kata Ketua Pegawai Eksekutif, Chandran Rama Muthy.

Untuk tempahan dan pertanyaan, pelanggan oleh layari malindoair.com, e-mel Pusat Khidmat Pelanggan di customer_care@malindoair.com atau hubungi +603-7841 5388 mulai jam 8 pagi hingga 10 malam setiap hari. 



No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.