Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, August 23, 2017

Selepas Tadbir Pulau Pinang Selama 9 Tahun, Guan Eng Salahkan BN



“Jika polisi ini tidak dibenarkan dan kita perlu merobohkan struktur haram termasuk kilang dan gerai peniaga, jangan salahkan kami kerana ini adalah salah Barisan Nasional,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Untuk rekod, DAP mula mentadbir Pulau Pinang sejak 2008.

Dan kerja merobohkan gerai peniaga bukanlah asing di Pulau Pinang.



Guan Eng turut mendakwa jika berlaku kerja-kerja merobohkan ia adalah akibat desakan dari Barisan Nasional.

Ahli Dewan Undangan PKR bagi Penanti, Dr Norlela Ariffin sebelum ini pernah mendedahkan aduan terhadap kilang haram itu dibuat sebanyak dua kali pada 2015 namun tidak diendahkan.

“Saya telah memulakan dan perjuangkan sebagai Adun Penanti dari Keadilan di dalam membela rakyat Penanti dan penduduk Sg Lembu khususnya sejak mula saya dapat aduan dan terus buat lawatan mengejut pd 18 Februari 2015 dan 6 Mei 2015 bersama Pejabat Tanah, Pejabat Pertanian dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) ke kilang bakar 2,000 ton habuk kayu (sawdust) setiap bulan.

“Pada tahun ini 2017, saya telah menerima 18 mukasurat petisyen bantahan terhadap kilang haram yang masih beroperasi ini yg di tandatangani hampir 180 penduduk perkampungan,” kata Dr Norlela.

Guan Enfg berkata demikian ketika hadir di mahkamah bagi memberi sokongan kepada Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Phee Boon Poh yang memohon semakan perintah reman.

Boon Poh ditahan pada Jumaat lalu oleh SPRM untuk disiasat kerana menyalahgunakan kuasa berkaitan satu surat yang ditulis mengarahkan penguatkuasaan terhadap kilang haram itu ditangguhkan.

Boon Poh, 66, diperintah direman selama lima hari bermula Sabtu lalu bersama dua pemilik kilang haram itu yang masing-masing berusia 37 dan 70 tahun.

“Jika semua surat seumpama ini adalah salah, saya telah meminta semua wakil rakyat untuk bersiap sedia. Bersiap sedia jika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mahu menahan mereka kerana surat dikeluarkan wakil rakyat,” katanya.

Beliau juga turut menyatakan akan berpegang teguh kepada polisi untuk tidak merobohkan bangunan haram, struktur, kuil atau gerai peniaga yang dibina sebelum 2008, selagi ia tidak menghalang trafik atau menjejaskan penduduk sekitar.

Bagaimanapun, Dr Norlela turut mendedahkan sebelum ini, kewujudan kilang haram yang melepaskan asap pembakaran habuk kayu turut menyebabkan penduduk mengalami kanser dan turut meragut nyawa.

Mahkamah Tinggi Georgetown hari ini membenarkan permohonan semakan terhadap perintah reman selepas mendengar hujah dari kedua-dua peguam Boon Poh dan timbalan pendakwaraya.

Boon Poh dibenarkan dibebaskan selepas perintah reman dibatalkan.

Reman terhadap Boon Poh sepatutnya berakhir Rabu ini.


Credit: MyNation


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.