Allah
s.w.t menciptakan tubuh manusia dengan fungsi masing-masing. Justeru Islam
melarang dari mendatangi isteri dari ‘duburnya’ dan juga semasa haid atau
nifas, kesemua pengharaman ini mempunyai dalil dan nas yang khusus. Namun isu
‘oral seks’ tidak mempunyai dalil khusus yang melarang, ini menyebabkan
berlakunya perbezaan pendapat di kalangan ulama Islam.
Ulama
sepakat bahawa jika sekadar menyentuh atau menggosok kemaluan suami dan isteri
tanpa ‘oral seks’, adalah dibenarkan menurut para ulama Islam kerana ia
tergolong dalam bentuk aktiviti menaikkan syahwat antara suami isteri yang
diharuskan.
Berkenaan
isu oral seks, ulama terbahagi kepada dua kumpulan :-
Yang
mengharuskan :
Dr
Syeikh Yusof Al-Qaradawi (rujuk www.islamonline.net) berfatwa harus untuk mencium
kemaluan isteri atau suami dengan syarat tidak menghisap atau menelan apa jua
ceceair yang keluar darinya. Menelan atau menghisap sebegini adalah MAKRUH
disisi Islam kerana ia salah satu bentuk perlakuan zalim (meletakkan sesuatu
tidak pada tempatnya) dan melampaui batas dalam
hubungan
seksual.
Apa
yang pasti diharamkan menurut beliau adalah ‘anal sex’ atau seks melalui lubang
dubur, kerana terdapat nas yang jelas mengharamkannya, adapun ‘oral seks’ tiada
sebarang nas jelas dari Al-Quran dan hadis yang melarangnya.
Pandangan
‘harus’ atau boleh dilakukan ini dikongsi oleh Mufti Mesir, Syeikh Dr Ali
Al-Jumaah dan juga Dr. Sabri ‘Abdul Ra’ouf (Prof Fiqh di Univ Al-Azhar) apabila
mereka menegaskan, tindakan ini harus selagi mana ianya benar-benar dirasakan
perlu bagi menghadirkan kepuasan kepada pasangan suami dan isteri, terutamanya
jika ia dapat menghindarkan pasangan ini dari ketidakpuasan yang boleh membawa
mereka ke lembah zina kelak.
Perbincangan
ringkas
Namun
begitu, saya kira kesemua mereka yang mengharuskan termasuk Syeikh Yusof
Al-Qaradawi tidak pula menghuraikan satu isu yang mungkin boleh dipanjangkan
perbahasannya, iaitu bab kenajisan air mazi dan air mani.
Justeru,
saya mengira fatwa beliau mungkin boleh digunakan jika dalam keadaan tiada sebarang
ceceair dikeluarkan semasa aktivti oral sex ini dilakukan. Namun keadaan ini
dikira sukar berlaku kerana bagi seseorang yang normal, nafsu yang meningkat
pastinya akan mengeluarkan cecair pelincir iaitu mazi.
Air
mani lelaki dan wanita dianggap najis menurut mazhab Hanafi dan Maliki. Mazhab
Syafie dan Hanbali pula mengganggapnya suci.
Namun
semua ulama bersetuju air mazi adalah najis. Hasilnya, majoriti pandangan ulama
yang menyatakan menelan dan hisap termasuk cecair mazi ini adalah haram atau
makruh berat. Beberapa ulama kontemporari menegaskan perlu membasuh dengan
segera jika terkena mazi tadi.
Mazi
ibarat najis lain yang dianggap kotor dalam Islam, justeru haram memakan tahi,
meminum air kencing dan termasuk juga air mazi ini. Bukan sekadar haram memakan
najis malah ulama empat mazhab juga memfatwakan haram menjual najis (kecuali
diketika wujudnya teknologi untuk menggunakannya sebagai baja), apatah lagi
untuk menjilat, hisap dan menelannya. Sudah tentulah ia lebih lagi diharamkan.
Selain
itu, menurut undang-undang Malaysia juga ia adalah satu perara yang tidak
normal, khusus buat orang yang agak luar biasa nafsunya.
“Oral
seks” juga tergolong dalam kategori perlakuan seks luar tabie, ia adalah salah
menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan
hukuman sebat dan 20 tahun penjara.
Justeru,
mana-mana pasangan kekasih yang melakukan perkara ini, boleh dilaporkan dan
diambil tindakan oleh undang-undang Malaysia. Dari sudut undang-uhdang Islam,
ia dikira berdosa besar dan bolehlah dijadikan sebat dan 20 tahun penjara tadi
sebagai peruntukan ta’zir di dalam Islam bagi mereka yang sabit bersalah.
Ulama
Yang Mengharamkan
Kebanyakan
ulama Saudi mengharamkan perbuatan ini, ini dapat dilihat dari fatwa-fatwa
berikut [1] :-
Mufti
Saudi Arabia bahagian Selatan, Asy-Syaikh Al’Allamah Ahmad bin Yahya An-Najmi
menjawab sebagai berikut,
“Adapun
hisapan isteri terhadap kemaluan suaminya (oral sex), maka ini adalah haram,
tidak dibolehkan. Ini Kerana ia (kemaluan suami) dapat memancarkan mani, mazi
dan lain-lain. Kalau memancar, maka akan keluar darinya air mazi yang ia najis
menurut kesepakatan (ulama’). Apabila (air mazi itu) masuk ke dalam mulutnya
lalu ke perutnya maka boleh jadi akan menyebabkan penyakit baginya.
Melalui
pandangan ini, kita dapat melihat satu point yang penting, iaitu sejauh mana
tindakan ini boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan pasangan. Menurut
pembacaan saya, ulama yang membolehkan perilaku ini juga bersetuju untuk
mengganggapnya haram jika dapat dipastikan dan dibuktikan dari sudut saintifik,
ia boleh membawa bakteria dan menyebabkan penyakit yang serius.
Saya
teringat pakar sakit puan, Dr Ismail Thambi pernah menyatakan bahawa bakteria
yang berada di mulut adalah sangat banyak berbanding di kemaluan, justeru
beliau menyatakan tindakan ‘oral sex’ dibimbangi boleh membawa penyakit
kemaluan disebabkan bahagian mulut pasangan yang mempunyai banyak bakteria dan
kuman.
Selain
itu, seorang lagi ilmuan Islam iaitu Syeikh Nasiruddin Albani berkata :-
“Ini
adalah perbuatan sebahagian binatang, seperti anjing. Dan kita mempunyai dasar
umum bahawa di dalam banyak hadits, Ar-Rasul melarang untuk tasyabbuh
(menyerupai) haiwan-haiwan, seperti larangan beliau turun (sujud) seperti
turunnya unta, dan menoleh seperti tolehan serigala dan mematuk seperti patukan
burung gagak. Dan telah dimaklumi pula bahawa Nabi Shallallahu ‘alahi wa sallam
telah melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) dengan orang kafir, maka diambil
juga daripada makna larangan tersebut pelarangan tasyabbuh dengan
haiwan-haiwan-sebagai penguat yang telah lalu, apalagi haiwan yang telah
diketahui keburukan tabiatnya. Maka sewajarnya seorang muslim – dan keadaannya
seperti ini – merasa tinggi untuk menyerupai haiwan-haiwan”
Namun,
pendapat peribadi saya mendapati pandangan dan dalil yang digunapakai oleh
Syeikh Albani ini adalah tidak begitu kukuh, namun saya tidak berhasrat untuk
membincangkannya dengan panjang lebar di ruang ini.
Tindakan
men’generalize’ semua jenis persamaan (tasyyabbuh) sebagai haram secara total
juga boleh didebatkan kesohihannya. Demikian juga menyamakannya dengan perilaku
binatang, benarkah binatang melakukan ‘oral seks’?, jika sekadar menjilat
mungkin ye, namun menghisap kemaluan si jantan? Adakah binatang yang
melakukannya?. Saya tidak pasti. Bagaimana pula binatang ada juga yang mencium
dan memeluk pasangannya. Adakah mencium dan memeluk juga diharamkan kerana
menyerupai binatang.? Sudah tentu tidak.
Kesimpulan
Melalui
perbincangan dan pendedahan ringkas di atas, jelas kepada kita perbezaan dua
kumpulan ulama ini. Dari hasil penelitian terhadap pendapat mereka bolehlah
saya rumuskan bahawa :-
1)
Elok dijauhi aktiviti ini dan menghadkan kepada perilaku seks yang lebih sihat
bersama pasangan. Ini bagi menjauhi perkara khilaf.
2)
Harus bagi suami isteri untuk mencumbu kemaluan pasangan mereka dengan syarat
tidak menghisap, jilat dan menelan apa jua cecair. Ia juga dituntut untuk
membersihkan mulut dan kemaluan mereka sebelum melakukan aktiviti ini sebaik mungkin
bagai meninimakan kemungkinan penyakit. Namun ia makruh yang cenderung kepada
haram (makruh tahrimi) jika perbuatan ini sengaja untuk meniru-meniru perbuatan
aksi seks melampau golongan bukan Islam dan juga binatang.
3)
Haram hukumnya menelan mazi dan mani pasangan kerana Islam mengharamkan umatnya
dari melakukan perkara kotor sebegini, sama juga seperti diharamkan menjual
najis (kecuali baja yang akan diproses melalui dengan bahagian kimia)
4)
Hukumnya menjadi harus berdasarkan keringanan khusus yang diberi oleh Islam
atau disebut ‘rukhshah’ kepada pasangan yang amat perlukannya bagi mengelakkan
ketidakpuasan dan membawa masalah besar rumah tangga atau lebih dahsyat lagi,
zina secara rambang diluar rumah.
5)
Hukum melakukannya bersama pasangan kekasih atau mana-mana pasangan sebelum
nikah yang sah adalah haram, dosa besar dan boleh didakwa dengan hukuman 20
tahun penajara di Malaysia. Namun ia tidak dianggap berzina dalam erti kata dan
takrif zina yang disebut di dalam kitab-kitab Fiqh Islam. Ia hanya dianggap
sebagai muqaddimah zina atau perdahuluan zina. Dalam kaedah fiqh Islam,
“Apa-apa yang membawa kepada haram, hukumnya adalah haram jua”
Sebagai
akhirnya, selain dari membincangkan soal hukum, kita mesti jelas bahawa hukum
Islam sentiasa ingin melahirkan keutuhan rumah tangga dan masyarakat. Kita
mesti sedar dan berfikir samada tindakan oral seks ini benar-benar membawa
sesuatu yang berharga buat keharmonian rumahtangga kita, dan apa pula kesannya
kepada nafsu diri. Adakah ia semakin mampu dikawal atau semakin buas
sebenarnya.
Kita
bimbang, tindakan ini boleh membawa kepada keinginan nafsu yang semakin membara
dan tidak terkawal sehingga membhayakan diri dan masyaarakat di sekeliling kita
disebabkan nafsu buas dan luar biasa yang sentiasa dilayan ini. Layanlah nafsu
secara berpada-pada agar tidak ditawan olehnya.
No comments:
Post a Comment