Undang-undang
kontrak yang hendak dikupas adalah undang-undang yang terkanun di
dalam Akta Kontrak 1950 (Disemak: 1974). Kecuali sekiranya dinyatakan
sebaliknya. Akta ini merupakan enakmen semula Ordinan Kontrak (NNM),
1950 yang hanya terpakai dalam NNM. Akta semakan diperluaskan ke
Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak. Apabila kita menggunakan
istilah “kontrak” dari sudut undang-undang, kita takrifkannya
sebagai perjanjian yang mengikat pihak yang terlibat daripada aspek
perundangan: mengikut seksyen 2(h), kontrak adalah “suatu
perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang”. Oleh itu,
semua kontrak mestilah berdasarkan kepada suatu perjanjian walaupun
bukan semua perjanjian secara automatik menjadi kontrak. Bagi
menjadikan sesuatu itu kontrak, maka perlu ada unsur-unsur selain
perjanjian biasa. Unsur-unsur yang mesti ada ialah termasuklah
ketentuan, balasan dan adanya niat untuk mewujudkan hubungan daripada
aspek undang-undang di antara pihak-pihak yang berkontrak.
Kerajaan
telah memperkenalkan Akta Rahsia Rasmi, 1972 (Akta 88) bagi tujuan
memberi perlindungan undang-undang kepada ‘rahsia-rahsia rasmi’.
Mengikut seksyen-seksyen 2 dan 2B Akta 88 (seperti pindaan di bawa
Akta A 660/86), ‘rahsia-rahsia rasmi’ bermaksud sebarang dokumen,
rekod keputusan dan penyampaian Jemaah Menteri atau Majlis Mesyuarat
Kerajaan, dokumen-dokumen mengenai keselamatan negara, pertahanan dan
perhubungan antarabangsa dan sebarang maklumat dan bahan berkaitan
dengannya termasuklah juga sebarang dokumen rasmi, maklumat dan
material yang dikelaskan ‘Rahsia Besar’, ‘Rahsia’, ‘Sulit’
atau ‘Terhad’ sama ada oleh seorang Menteri, Menteri Besar atau
Ketua Menteri sesuatu Negeri atau penjawat awam yang dilantik oleh
mereka itu.
Akta
88 ini juga meliputi dokumen-dokumen dan bahan-bahan badan berkanun
(seksyen 2 Akta). Mengikut seksyen 2 itu juga, takrif ‘dokumen’
termasuklah, sebagai tambahan kepada dokumen yang ditulis, ialah juga
peta, pelan, model, geraf, lukisan, gambar, disk, pita, trek suara
dan seumpamanya, filem, dan seumpamanya. Dan ‘bahan’ pula
termasuklah sebarang alatan, perkakas atau objek. Jika jika
perhatikan senarai itu, sebahagian daripada dokumen tersebut terdapat
dalam milik pegawai yang menguruskan projek pembinaan, yakni
memilikinya secara ‘corpus possesionis’ (yakni dalam
kawalannya)(Bird, R. 1986), seperti pelan, peta, bil kuantiti,
anggaran harga, anggaran peruntukan kewangan, dan lain-lain lagi).
No comments:
Post a Comment