Pelan strategi 3 Pemimpin yang diberi Komisyen
besar dari Anwar Ibrahim cuba menggunakan isu National Feedlot Corporation Sdn
Bhd (NFC) sebagai modal politik untuk menyerang Pemimpin UMNO. Jika dilihat
serangan ini jelas sekadar bermotifkan politik sebagai amaran kekejaman yang
bakal mereka serang menjelang PRU13.
Tanpa sebarang bukti, mereka mengugut pihak
Kerajaan agar memperjelaskan kepada rakyat kononnya projek ini menggunakan dana
dari pihak Kerajaan sepenuhnya bagi merealisasi Projek Fitlot ini telah
mengalami kerugian besar. Adakah ketiga2 Penjilat tapak kaki Anwar ini benar2
yakin dengan kenyataan ini?
Amaran beberapa Muslimat PAS tidak diendahkan
Zuraida. Malah dihina. Lalu pendedahan ini mungkin tidak terfikir di benak
kepala Zuraida. Gambar di atas merupakan beberapa produk NFC yang berjaya
dipasarkan dengan jumlah hasil yang memberansangkan. Bagaimana syarikat2 di
atas masih boleh memilih NFC sebagai pembekal utama jika Syarikat ini didakwa
telah mengalami kerugian besar?
Malah beberapa syarikat Kompleks Membeli Belah
yang menyediakan jualan barangan pasar turut memilih Syarikat NFC sebagai
pembekal utama barangan daging sehingga hari ini. Mungkin Zuraida sendiri
pernah terbeli produk daging keluaran NFC.
Bagi yang telah membuka blog2 Pro Kerajaan,
pendedahan lokasi pemprosesan Lembu Fitlot NFC seperti gambar di atas mungkin
mengejutkan Zuraida. Ada dakwaan dari pihak NFC yang telahpun mengundang
Zuraida dan Saifuddin Nasution untuk melawat kawasan ini. Akan tetapi bukan
sahaja memberi alasan yang tidak munasabah, malah diserang lagi dengan
kepentingan politik sempit upahan Anwar.
Sekali lagi Melayu CinDia bertanya, adakah kamu
pasti Zuraida wang yang diberikan sebagai dana NFC ini adalah dana Kerajaan?
Jangan tersilap 'langkah' menyerang seperti Hantu Kak Limah.
No comments:
Post a Comment