Mahkamah
Rayuan Putrajaya meluluskan rayuan seorang ahli perniagaan untuk
meminda kenyataan bela dirinya dengan memasukkan pembabitan ketua
pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai orang di sebalik urusan
melibatkan RM445 juta bagi memperoleh Arus Murni Corporation Bhd
(AMCB) milik Kewangan Bersatu Bhd (KBB).
Panel
tiga anggota yang terdiri daripada Hakim-hakim Datuk Seri Mohamed
Apandi Mohamad Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Wira Mohtarudin
Baki juga meluluskan rayuan Low Thiam Hoe untuk mengetepikan perintah
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 24 Mei tahun ini supaya beliau
membayar RM28.6 juta kepada Hong Leong Finance Bhd.
Hakim
Mohamed Apandi turut memerintahkan agar perbicaraan baru diadakan di
hadapan hakim lain. Panel itu juga memerintahkan agar Low, 55,
dibayar RM10,000 sebagai kos guaman.
“Kami
sebulat suara mendapati hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf apabila
beliau tidak memberi kebenaran kepada Low meminda kenyataan bela
dirinya.
“Kami
berpendapat keengganan itu bererti menafikan haknya,” kata Hakim
Apandi.
Panel
itu semalam memerintahkan Low memfailkan kenyataan bela dirinya yang
dipinda dalam tempoh tujuh hari bermula semalam dan memerintahkan
agar perbicaraan baru dimulakan dengan secepat mungkin. Panel itu
menetapkan 16 November sebagai tarikh pengurusan kes di Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur.
Pada
19 Mac tahun ini, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Low untuk
meminda kenyataan bela dirinya dengan memasukkan pembabitan Anwar
dalam tindakan saman berhubung pembayaran balik pinjaman tersindiket
berjumlah RM445 juta.
Low
memohon untuk memasukkan Anwar, yang ketika itu menyandang jawatan
menteri kewangan kerana beliau merupakan orang di sebalik urusan
bernilai RM445 juta untuk memperoleh Arus Murni Corporation Bhd, yang
dimiliki Kewangan Bersatu Bhd, sebuah institusi kewangan ketika itu.
Pada
24 Mei tahun ini, hakim Mahkamah Tinggi Hadhariah Syed Ismail
meluluskan tindakan saman Hong Leong selepas mengadakan perbicaran
penuh dan memerintahkan Low membayar RM28.6 juta.
–
Beliau juga memerintahkan Low membayar faedah empat peratus atas jumlah pinjaman itu berkuat kuasa tarikh penghakiman hingga selesai pembayarannya.
–
Beliau juga memerintahkan Low membayar faedah empat peratus atas jumlah pinjaman itu berkuat kuasa tarikh penghakiman hingga selesai pembayarannya.
Pada
1998, Hong Leong Finance menyaman Low RM28.6 juta kerana gagal
membayar balik satu pinjaman tersindiket.
Syarikat
kewangan itu juga memfailkan satu lagi saman terhadap Mekuritek Sdn
Bhd dan penjaminnya berjumlah RM28.6 juta.
Dua
pinjaman itu serta tiga pinjaman lagi kesemunya berjumlah RM445 juta.
Hong
Leong Finance mendakwa bahawa melalui satu perjanjian pinjaman
bertarikh 24 Mac, 1997, enam pemberi pinjaman dan Hong Leong Finance
sebagai ejen mereka, bersetuju menambah kemudahan pinjaman hingga
mencapai RM30.16 juta kepada Low mengikut terma dan syarat tertentu.
Dalam
keterangan sebelum ini, Low berkata beliau terlibat dengan perjanjian
melibatkan RM445 juta itu apabila dua individu memberitahunya bahawa
mereka adalah orang utama yang bertindak bagi pihak Anwar dan
pengerusi eksekutif Hong Leong Finance Tan Sri Quek Leng Chan –
Bernama
AIDC ~
No comments:
Post a Comment