بِسْــــــــــــــــمِ
اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم.
PM pertama Kristian
Anak-anak Melayu sibuk dengan demo dan bantah. Berkorban
melakukan sesuatu yang bukan sahaja sia-sia bahkan akan meranapkan apa yang
mereka sendiri harapkan. Ada rahsia besar yang tidak mereka ketahui. Jika
mereka mengetahuinya, pasti mereka tidak melakukan kerja bodoh dan gila ini.
Bukan sahaja bangsa mereka akan hancur, malah agama Islam juga ikut musnah.
Perancangan telah diatur kemas dan sedang berjalan dengan
baik. PRU 13 adalah landasan mula pelaksanaan Pancangan Kristianisasi Malaysia
yang pastinya akan membuahkan kejayaan menjelang PRU 14 nanti. Biarpun kalah
dalam PRU kali ini, mereka akan meneruskan momentum pertentangan rakyat kepada
UMNO sebagai pemerintah Melayu Islam. Tidaklah menjadi rahsia lagi sekarang
bahawa jika benar wujud rancangan tersebut, sudah tentu dengan bantuan pakar
dari para pelobi antarabangsa.
Faktor Anwar Ibrahim cukup penting. Keupayaannya Anwar
memecah belahkan orang Melayu amat berguna bagi mereka terutama kemampuannya
menguasai PAS.
Rancangan sebenar masa hadapan mereka bukan untuk melantik
Anwar sebagai PM sebagaimana yang kita fahami. Mereka memberi sokongan padu
kepada Anwar hanya untuk mempermudahkan mencapai tujuan sebenar mereka.
Malaysia bakal menjadi sebuah negara Kristian dan diterajui oleh bukan Melayu
sebelum 2020. Bagaimana dengan nasib Institusi Raja-raja Melayu? Mereka akan
menerima nasib sebagaimana dengan nasib waris Kesultanan Singapura. Semuanya
akan ditamatkan.
Mereka amat yakin bahawa mereka akan mencapai kejayaan padu
pada 2017 nanti (PRU 14). Mengapa?
Sehingga hari ini DAP hanya bermain wayang. Karpal masih
belum mempercayai Anwar Ibrahim sepenuhnya walaupun mereka berada dalam kapal
yang sama dan Anwar dilantik sebagai kapten. Masa Anwar akan berakhir bila PR
menguasai negara. Tidak mustahil ia dilupuskan oleh agen pelobi mereka sendiri
untuk memberi laluan DAP menguasai politik sepenuhnya. Lee Kuan Yew Dibenarkan
Memerintah Malaysia Buat Sementara, syarat PRU13 Dari PAP Kepada DAP.
PESAN LEE KUAN YEW KEPADA DR. CHAN MEN HIN - SEBELUM SAYA
MATI SAYA MAHU MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA WALAUPUN 1 MINIT
Sumber Dalaman DAP yang terbocor kepada umum menunjukkan
bahawa mereka amat serius dalam perkara ini. Orang Melayu sekarang dibiar mabuk
dengan perasaan membenci pemerintah yang berjaya didorong oleh Anwar. PAS
dipergunakan untuk menghakis pengaruh UMNO.
Dalam saat Melayu berkecamuk dan berpecah belah, mereka (DAP
dan PAP) menyediakan plan mereka sendiri. Mereka terus menyusun langkah demi
langkah untuk menguasai Putrajaya. Kita tidak tahu berapa banyak lagi rahsia
mereka yang masih belum terbocor. Walaupun begitu, apa yang telah sampai kepada
pengetahuan kita sudah cukup untuk menakutkan kita. Melayu dalam kekeliruan
terpaksa menyerahkan negara kepada bangsa asing.
Siasatan mymassa mendapati terdapat beberapa perkara rahsia
yang tentunya tidak diketahui anak-anak muda kita di Dataran Merdeka. Apa yang
mereka lakukan hanyalah salah satu dari percaturan luar pentas oleh Pertubuhan
Rahsia Kristian Malaysia untuk merampas kuasa dari umat Islam. Ini Rahsianya,
bacalah dengan serius...
1. Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Jeff Ooi, Elizeberth Wong,
Tian Chua, Tony Pua dan beberapa lagi pemimpin DAP dan PKR Kristian telah
mengadakan pertemuan dengan pastor-pastor dan wakil-wakil gereja dari luar
negara untuk membincangkan dua perkara penting menjelang Dua Kali PRU kelak.
Target mereka yang pertama ialah PRU13 dan kedua PRU14. Apakah Target mereka?
2. Jeff Ooi memanjangkan pesanan para penderma Kristian di
luar negara bahawa mereka mahukan kejayaan hasil sumbangan tidak terkira
mereka. Jeff Ooi menunjukkan rasa cemas dan bimbang kerana beliau merupakan
wakil parti pembangkang dalam mendapatkan dana-dana PRU.
3. Lim Guan Eng menyatakan dalam PRU13 nanti, pasukan PAP di
bawah arahan Lee Kuan Yew akan menghantar beberapa pasukan untuk membantu PR
yang merupakan modus operandi yang diasingkan daripada keterlibatan PAS. LGE
kata dalam modus ini PAS diketepikan, sebab ianya melibatkan cita-cita Kristian
yang PAS tak boleh tahu! Kenyataan LGE ini mengimbas kembali PRU di negara kita
tahun 1960an dahulu di mana PAP menghantar 9 hingga 11 Calon PAP bertanding di
Parlimen Malaysia. PAP hanya menang di Bangsar sahaja. Sudahkah kamu lupa???
Kini PAP kembali lagi.
4. Perdebatan berlaku antara Karpal dengan Tian Chua. Tian
Chua membangkitkan kelambatan Dana yang sampai kepada PKR dan bertanya mengapa
poster-poster PR yang dibuat di negara China (kenapa dibuat di China? Adakah ia
mempunyai maksud tertentu?) belum sampai-sampai lagi. LGE meyakinkan Tian Chua
poster-poster itu akan sampai melalui Pelabuhan di Pulau Pinang dan Singapura
dalam seminggu dua lagi. Jika lambat juga kata LGE, poster-poster dan bendera
itu akan dikirim melalui kapal terbang ke Pulau Pinang.
5. Pasal Dana lambat, Karpal minta dia terus rujuk kepada
bosnya, Anwar Ibrahim.
Karpal meminta Tian Chua jangan percaya Anwar kerana dia
Islam, bila-bila boleh pusing. Karpal ingatkan Tian Chua, Anwar memiliki rumah
dan harta di Amerika, jika dia kalah dia boleh pindah di sana. Karpal meminta
Tian Chua fokus kepada bagaimana menjayakan DAP menjadi PM Kristian yang
pertama di Malaysia.
Karpal kata undang-undang di Malaysia boleh diubah dengan
syarat DAP mesti menang 80 Kerusi Parlimen dan PKR mesti menang 30 Kerusi
Parlimen. Karpal juga ingatkan Tian Chua gunakan PAS hanya untuk lemahkan UMNO
sahaja.
6. Minggu depan (April 2012?), LGE akan ke Singapura untuk
kali ke 12 dalam tempoh tidak sampai 14 bulan. Kita tunggu............ sumber
Andai Melayu masih belum faham mengenai perancangan ini, ia
bermakna rancangan mereka akan dicapai dengan mudah. Mereka telah lama berusaha
agar orang Melayu gagal dalam ekonomi dan kekuasaan kewangan menjadi milik
mutlak mereka. Melalui wang, mereka membeli semuanya termasuk kuasa politik.
Mereka sudah begitu hampir memiliki semuanya berkat kerelaan dan sokongan
bangsa Melayu dan umat Islam sendiri. Selain Yahudi (Zionis USA) kini muncul
pula penghulur dana yang baru kepada PR iaitu kaum Nasrani (Jesuit?).
Keadaan semakin gawat. Siapakah yang akan dipersalahkan
nanti? DAP atau kita sendiri?
Sayangnya UMNO dan PAS masih mahu terus memusuhi satu sama
lain melalui muslihat Anwar Ibrahim. Inilah punca malapetaka yang menghancurkan
Islam dan Melayu. Kami sayang UMNO kerana mereka telah buktikan kejayaan
menjaga dan memajukan bangsa. Menjadi pengawas dari ditindas oleh pedagang kaum
mendatang yang rakus. Kami sayang PAS kerena perjuangan Islam mereka yang
kukuh. Mengutamakan Islam dari yang lain (kecuali sekarang?).
Kami mahu mereka bersatu demi masa depan Melayu dan Islam.
Jika tidak...........
Bersatulah MELAYU ISLAM sebelum NASI MENJADI BUBUR...
ISLAM ADALAH AGAMAKU!!!
MELAYU ADALAH BANGSAKU!!!
MALAYSIA ADALAH NEGARAKU!!!
No comments:
Post a Comment