Thursday, January 17, 2013

ANWAR MERAYU DAPATKAN UNDI KRISTUS ??


Berapa Jauh Anwar Nak Pergi Dengan UNDI KRISTIAN

Buat pertama kalinya jumlah pengundi baru yang berdaftar mencatatkan rekod tersendiri dan bakal memberikan kesan yang besar pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) nanti.Kini jumlah pengundi baru membentuk satu perlima daripada 13.1 juta pengundi atau 22 peratus (2.9 juta) pengundi keseluruhan, kedua-dua parti Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat dijangka akan memberi fokus kepada pengundi baru ini dalam strategi kempen masing-masing.Sejumlah 2,920,828 rakyat Malaysia yang berdaftar sebagai pengundi dari tahun 2008 hingga 30 Jun tahun ini.
“Ini adalah jumlah paling tinggi pernah dicatatkan. Sejak empat tahun lalu, kita telah cuba mengurangkan jumlah pengundi yang tidak berdaftar di Malaysia,” kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Daripada jumlah keseluruhan pengundi baru ini, Anwar benar-benar mahu tumpuan diberikan kepada pengundi Kristian.

Menurut seorang teman di dalam PKR, sususan strategi sudahpun dilaksanakan – di mana beberapa penggerak Kristian di dalam PKR akan memulakan kempen di gereja-gereja Evangelical di seluruh negara.

Beberapa paderi yang berani (kononnya), terang-terangan mengajak penganut Kristian menolak kerajaan.

Harus diingat, permainan ini sudah berjaya dilakukan sekitar 2008. Mungkin kerana lambat/atau malas ambil tahu, kerajaan ketika itu menjadi sangat detached dengan gereja dan komuniti Kristian. Sudahnya, banyak yang berjaya diyakinkan oleh penggerak ini.

Phase 1: From now till dissolution of Parliament
We encourage Churches to:
Adopt their local parliamentary constituency and state seats as well as others outside their area (preferably in rural and churchless areas) for prayer

Organize weekly/frequent prayer walk/drive around their area/town/city; particularly at schools where polling usually take place

Organize/participate in Inter-Church Combine Prayer Meetings for coming GE

Set aside one day in a week to fast and pray
To create 24 hour prayer chain team/s to pray round the clock

Sejauh mana Anwar mahu gunakan gereja untuk kepentingan politik PKR? Ini adalah isu yang sangat penting.

Bukan kita mahu menyalahkan gereja untuk menjadi lebih ‘faham mengenai isu politik’.
Cumanya, apakah gereja mampu bersikap OBJEKTIF dan turut menilai Anwar sebagai seorang manusia biasa. Bukannya seorang manusia yang tidak ada dosa.

Anwar bernasib baik kerana beberapa aktivis Evangelical Church turut berada di dalam kepimpinan PKR. Ini kelebihan yang Anwar akan gunakan sebaik mungkin. Maka itulah permintaan demi permintaan penggunaan Kalimah Allah diminta untuk digunakan dalam 'bible'. Isu ini timbul apabila PR dengan dokongan Dap, Pkr dan Pas menyokong penggunaan tersebut. Ini menunjukkan Pakatan Pembangkang amat terdesat dalam meraih undi dalam PRU ke 13, yang tidak berlaku dalam PRU sebelum ini.

Member churches of NECF include:
Assembly of God
Baptist Church
Brethren Church
Evangelical Free Church
Full Gospel Assembly
Full Gospel Tabernacle
Hope of God Church
Independent Churches
Latter Rain Church
Salvation Army
Sidang Injil Borneo Sabah
Sidang Injil Borneo Sarawak
Sidang Injil Borneo Semenanjung
Bible Seminaries
Para Churches
Others – Individual Churches from Mainline Denominations:Methodist, Presbyterian, etc.


No comments:

Post a Comment