AZMIN ALI DI MATA AnWAR
1.
Wan Azizah memang amat memendam rasa dengan kebanyakan pegawai-pegawai AnWAR.
Bermula dari zaman awal AnWAR sebagai Timbalan Menteri kebanyakan
pegawai-pegawai AnWAR tidak menghiraukan Wan Azizah. Tidak seperti isteri
menteri-menteri lain, mereka mendapat penghormatan sewajarnya dari
pegawai-pegawai suami mereka. Bahkan ada yang menggunakan pegawai suami mereka
seperti pegawai mereka sendiri.
2.
Bermula dari era Tn. Hj. Hashim Awang (SUSK Timbalan Menteri JPM), Nasaruddin
Jalil (SUS) dan Hj. Rodi, (Pembantu Tadbir), mereka menerima arahan dari Wan
Azizah secara diam-diam membantu membuat itu dan ini. Arahan AnWAR jelas, konon
tidak mahu mencampurkan urusan rasmi dan peribadi. Namun untuk urusan peribadi
bagi keluarga AnWAR, AnWAR seolah-olah memejamkan matanya.
3.
Ini yang mengecewakan Azizah. Semasa AnWAR menjadi Menteri Pendidikan, AnWAR
tertarik dengan penampilan seorang pelajar semasa sesi dialog di Amerika
Syarikat bernama Azmin Ali. Sekembalinya pelajar tersebut ke tanahair, beliau
diambil bekerja dengan AnWAR di Pejabat Menteri Pendidikan sebagai Pegawai Khas
sebelum 'dinaikkan' pangkat sebagai Setiausaha Sulit dalam masa yang singkat.
4.
Semenjak itu Azmin memperolehi pelbagai keistimewaan daripada AnWAR. Azmin juga
dibawa AnWAR setiap kali berpindah kementerian sedangkan banyak pegawai-pegawai
AnWAR yang lain telah keluar dari pejabat AnWAR. Bermula di Kementerian
Pendidikan hinggalah di JPM, Azmin yang mengatur semua program-program AnWAR.
Wan Azizah sekalipun tidak dibenar melihat program AnWAR serta harus memohon
jika ingin AnWAR hadir programnya.
5.
Bukan saja program, malahan hendak menyelesaikan perkara mengenai kewangan juga
harus meminta dari Azmin! Perkara berkaitan hal ehwal rumah juga harus mendapat
kebenaran Azmin. Ini yang merunsingkan Azizah setiap kali perlu mendapat
kebenaran Azmin untuk menempah atau menggantikan barang-barang di rumah mereka.
Hinggakan anak-anak pun meninggalkan pesan kepada Azmin setiap kali jika tidak
berjumpa papa mereka.
6.
Ketika di Kementerian Kewangan di Jalan Duta, Azmin memperolehi pelbagai
keistimewaan dalam menjalankan tugasnya. Beliau mendapat lot parkir berbumbung
sedangkan gred jawatannya tidak melayakkan beliau mendapat keistimewaan
tersebut. SUSK AnWAR di Kementerian Kewangan, En. Yusuf Jusoh tidak mendapat
keistimewaan tersebut sedangkan grednya lebih tinggi dari Azmin.
7.
Azmin juga mendapat seorang 'steno' yang bertanggungjawab kepadanya, sedang
hakikatnya beliau seorang pegawai muda yang belum layak mendapat kemudahan
tersebut. Bahagian Pentadbiran Perbendaharaan pernah mempertikaikan segala
kemudahan yang diperolehi Azmin dalam menjalankan tugasnya, namun Ketua
Setiausaha Perbendaharaan diarahkan AnWAR menurut arahannya dan pegawai
pentadbiran yang mempertikaikan itu ditukarkan.
8.
Di pejabat AnWAR, hanya Azmin saja yang boleh keluar masuk dengan bebas di
bilik AnWAR. Pegawai yang lain akan memasuki bilik AnWAR sekiranya dipanggil
atau mendapat arahan tertentu. Azmin juga punya keistimewaan untuk
'berlama-lama' dalam bilik AnWAR atas alasan perbincangan. Azmin juga akan
memutuskan dengan segera segala jemputan ke atas AnWAR dan membentangkan
jemputan yang telah ditapisnya.
9.
Semasa menjadi SUS AnWAR di Kementerian Kewangan, Azmin telah memandu BMW 3
Series bernombor BBM 3, sesuatu yang mewah untuk pegawai yang muda sepertinya.
Bila diadukan kepada AnWAR, AnWAR menepis dan mempertahankan Azmin. Apabila
AnWAR menjadi TPM, Kompleks Perdana JPM menyediakan parkir lot yang jauh dari
pejabat untuk pegawai-pegawai TPM. Namun Azmin memperolehi satu lot parkir
berbumbung yang dekat serta yg diperuntukkan untuk pegawai-pegawai PM sahaja.
10.
Azmin dibawa AnWAR dari Kementerian Kewangan ke JPM, manakala pegawai atasan
Azmin SUSK dibersarakan secara terhormat oleh AnWAR atas desakan Azmin. Di JPM
seorang SUSK baru digantikan dengan gred lebih tinggi sebagai SUSK TPM,
manakala Azmin kekal dengan gred lama dan jawatan lama. Azmin 'merengek' minta
dinaikkan pangkat sama dengan SUSK baru itu dan AnWAR memperkenannya walaupun
dibantah JPA.
Ketika
di JPM, Azmin telah dihantar mengikuti kursus pendek 3 bulan di London,
dibiayai sepenuhnya oleh AnWAR. Jika mengikut gred, Azmin tidak layak langsung
kerana kursus tesebut hanya layak dihadiri oleh pegawai-pegawai tinggi
kerajaan. Namun AnWAR hanya bersilat ketika Dr. Mahathir (skg Tun) menanyakan
hal ini ketika selesai mesyuarat kabinet di Jalan Dato' Onn.
Terlalu
banyak keistimewaan yang diperolehi Azmin hingga sekarang dari AnWAR. Cukup
sekadar diulangi frasa teman karib AnWAR dalam PKR, "Boleh saja kita
memarahi WAn Azizah, tapi jangan sesekali kita memarahi Azmin, AnWAR tidakmenyukainya................."
>Dari sumber
No comments:
Post a Comment