Friday, January 11, 2013


Dr Asri - "Kenapa Perlu Menukar God Kepada ALLAH ?"

SHAH ALAM – Kerajaan harus menetapkan peraturan khusus bagi menghalang penggunaan kalimah ALLAH digunakan agama lain jika mahu isu tersebut diselesaikan secara baik kata bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Beliau bagaimanapun bersetuju dengan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya Kristian boleh menggunakan kalimah ALLAH dengan bersyarat.

Menurutnya, isu tersebut hanya timbul di negara kita, sedangkan di negara-negara Arab terutamanya masyarakat Kristian menggunakan kalimah itu sejak dari dulu lagi.

“Itu adalah bahasa mereka. Malah sarjana Islam dunia yakin bahawa orang Kristian boleh menggunakannya. Sebenarnya, kes ini istimewa dan tersendiri.

"Tiada negara di dunia ini mempertikaikan perkara tersebut tetapi, setelah lima tahun berlalu ia timbul kembali menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13),” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, penduduk Kristian Sabah dan Sarawak turut menggunakan kalimah ALLAH tetapi tidak diuar-uarkan kepada umum.

Tegas beliau, penggunaan kalimah ALLAH tidak boleh diterjemahkan dari perkataan God, sebaliknya perlu ditukar menjadi Tuhan.

“Kenapa perlu menukar God kepada ALLAH? Isu ini sepatutnya perlu dititik beratkan,” katanya. - Sinar Harian

Jika dinilai kenyataan diatas pada sudut positif dimana kerajaan pada hari ini begitu menitikberatkan soal kepentingan umat Islam dalam negara kita, mungkin sebab itu jugalah Malaysia salah satu negara Islam yang terselamat dari sebarang kancah pergolakkan seperti di Mesir, Iraq, Iran, Syiria dsbnya. Syukur Alhamdulillah.
Sikap kesederhanaan yang diamalkan didalam pentadbiran negara kita terbukti mampu mengekalkan kestabilan hubungan diantara agama-agama sehinggalah wujudnya satu pakatan yang menjadi batu api menyeru rakyat untuk menuntut hak yang tidak sepatutnya.
 
Perlu diketahui kenapa kalimah Allah dibenarkan di Sabah dan Sarawak, itu juga salah satu bukti dimana kerajaan hari ini melihat dari segala aspek keberadaan sebelum memutuskan sesuatu yang dilihat wajar pada kependudukan dan majoriti rakyat.

Bagaimanapun sejauh mana untuk kita memutar dan memandang serong akan keputusan kerajaan mengenai isu ini, akhirnya ia tetap kembali kepada maksud asal yaitu penggunaan kalimah ALLAH tidak boleh diterjemahkan dari perkataan God, sebaliknya perlu ditukar menjadi Tuhan.

“Kenapa perlu menukar God kepada ALLAH? Isu ini sepatutnya perlu dititik beratkan. Itulah politik Ulamak yang ada dalam negara kita pada hari ini. Anda Mampu Mengubahnya.

Sumber: GelombanG KicK

No comments:

Post a Comment