KENAPA
pula mesti membisu sedangkan terus-terusan UMNO menuduh DAP terlibat dalam isu
penyebaran bible versi Melayu serta penggunaan kalimah Allah.
Jika
tiada pendirian yang jelas dari DAP, maka sudah jelas bahawa aspirasi dalam
penyatuan PAKATAN akan terburai sebelum sempat menjejak kaki ke Putrajaya. UMNO
adalah parti yang sanggup lakukan apa saja dan kita semua sedia maklum perkara
tersebut. Namun apakah pula permainan yang dibawa UMNO kini menjadi satu
realiti?
Desakan
Karpal dalam soal ini juga masih kedengaran, akibat leteran yang tak henti oleh
Karpal telah menghumban PAKATAN ke lembah yang sedikit haru-biru. Kenapa
demikian pula jadinya?
Lupakah
Karpal soal 'kontrak sosial' dulu? Atau benarkah Karpal dan DAP seluruhnya ada
agenda yang mengabui mata. Pekakkah Karpal dengan pendirian para sultan?
Padahal semua orang tahu yang UMNO sembunyi diri dan senyap sunyi bila diajukan
isu kalimah Allah ini?
Namun
dari sudut lain, pendirian DAP juga ada benarnya kerana mereka membawa aspirasi
kaum mereka. Jika tidak tiada bezanya aspirasi DAP dan MCA. Jadi, alang-alang
mereka juga berhak membawa sedikit aspirasi kehendak para pengundi mereka,
walaupun sudah tahu bahawa ini adalah satu perkara yang sangat TIDAK DIBENARKAN
OLEH UMAT ISLAM DI MALAYSIA. Bukan nak bela DAP tapi sekadar cuba berada di
tempat mereka. Itu saja. Bahkan sama sekali bukan mengatakan yang MCA itu lebih
telus dari DAP.
Namun
kompromi dalam isu sensitif seperti ini harus mendapat perhatian dengan fikiran
yang jelas dari kepimpinan DAP. Apakah kerja pengedaran Bible versi bahasa
Melayu ini angkara DAP atau sebaliknya???
No comments:
Post a Comment