Nik Abdul Aziz Nik Mat berani memperlekehkan Rasulullah SAW!
Nik Aziz penghina Nabi Muhammad SAW |
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Artikel ini adalah sebagai komen berkenaan isu Nik Aziz bercakap lepas menyentuh perkara Hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah hanya kerana hendakkan kerusi politik didalam artikel yang lalu.
Artikel ini adalah sebagai komen berkenaan isu Nik Aziz bercakap lepas menyentuh perkara Hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah hanya kerana hendakkan kerusi politik didalam artikel yang lalu.
Sebenarnya Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS pun cuma seorang manusia biasa sama seperti kita semua.
Pangkat dan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Kelantan tidak sepatutnya membuatkan beliau berasa diri tidak boleh ditegur atau dikritik kerna di Yaum al Mahsyar nanti beliau sudah tentu akan dipersoal oleh Rabbul Alamin akan setiap kata dan amalan beliau semasa berkuasa di muka bumi ini?
Pepatah Melayu yang dikiaskan dengan resmi padi ~'Semakin berisi semakin tunduk' seharusnya menjadi ikutan Datuk Nik Aziz Nik Mat dan setiap penguasa atau pemerintah yang lain hatta Tuanku2 Raja dan Sultan2 Melayu jua!
Semua orang yang mempunyai walau sedikit pangkat dan kedudukan akan di soal di Akhirat nanti akan apakah yang ia telah kerjakan termasuklah diri kita sendiri?
Bab laporan bahawa Nik Abdul Aziz telah berkata bahawa Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam 'lari tengah malam buta pergi meninggalkan anak bini dari Makkah ke Madinah kerana HENDAKKAN KERUSI @ KUASA POLITIK!' memang boleh dikatakan sebagai kenyataan yang cukup tidak bertanggungjawab dari mulut seorang manusia yang jauh melukut ditepian gantang Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam!!!
Sekiranya memang benar bahawa itulah perkataan perkataan yang telah disebut dari mulut Nik Abdul Aziz Nik Mat maka kita sebagai ummat Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassalatu Wassallam wajib bangkit membidasnya tetapi bukan selaku orang biadap yang tidak kenal adat resam mahupun sopan santun yang menjadi teras kehidupan warga Tanah Melayu ini!
Kita wajib menegur perbuatan ini tetapi dengan cara yang berhemah dan saksama.
Tidak boleh kita memaki hamun Nik Abdul Aziz Nik Mat sesuka hati kita kerana ia sudah tua dan adat kita adalah menghormati orang tua dan menegurnya dengan cara bidalan ataupun dengan cara 'bagaikan menarik rambut dari tepung ~ jangan sampai rambut itu terputus atau tepung berselerak!
Dewasa ini saya perhatikan bahawa sudah menjadi lumrah orang orang di dunia Alam Melayu ini lupa akan kebiasaan kita untuk berkata dengan bahasa yang sopan dan pendekatan yang budiman.
Masing masing melatah memaki hamun ikut sedap mulut sahaja dan tidak selaku orang yang beriman.
Walaupun kita marah dan geram terhadap Nik Abdul Aziz Nik Mat janganlah kita turut semberono mengikut nafsu ammarah kita dan terus mencaci mencarut sesedap mulut!
Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam mendidik kita supaya berhati hati melepaskan kata kata.
Nabi menyuruh kita supaya bersabar dan tunggu sehingga jiwa kita kembali tenang sebelum meneruskan tindakan membalas kenyataan atau perbuatan.
Ada pepatah Inggeris yang berbunyi 'Two wrongs don't make a right!'
Maknanya 'Dua perbuatan yang salah tidak akan menghasilkan sesuatu amalan yang betul'.
Saya sebenarnya ingin menonton dahulu rakaman video jika ada yang menunjukkan Nik Aziz berkata begitu sebelum memberi respons atau tindakbalas yang sepatutnya sebab itu saya memilih berwaspada didalam penulisan saya didalam artikel di atas ini kerana tidak mahu diri saya ini pulak terjebak didalam berlaku tidak adil terhadap diri Nik Abdul Aziz sekiranya laporan Utusan Malaysia berkenaan tidak tepat?
Namun saya rasa tidak salah bagi saya selaku seorang Blogger Muslim memberikan pandangan saya secara am menasihati para pembaca blog saya ini supaya berwaspada sebelum berkata sesuatu terutama sekali tentang apa apa perkara yang menyentuh peribadi Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam, insan termulia yang diciptakan Allahu Rabbul Alamin sehingga tidak bermakna Syahadah kita memperEsakan Allah selaku Tuhan kita jika tidak di ikuti dengan persaksian kita bahawa Muhammad ibni Abdullah, Sayyidul Mursalin, Khataman Nabiyyi al Ummi, Rahmatulil Alamin sebagai Pesuruh Allah Azza Wa Jalla yang terakhir dan teragung!
Siapalah kita semua ini hatta Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri jika hendak diperbandingkan dengan peribadi Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam???
Tak setaraf kita dan juga Nik Abdul Aziz atau sesiapa sahaja yang lain untuk dipersamakan dengan walaupun sezarrah debu di tapak kaki mulia Nabi Muhammad Sayyidul Mursalin!
Inilah yang seharusnya kita semua faham bahawa tanpa Nur Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam tidak akan Allahu Ta'ala menciptakan sekelian isi alam maya ini!
Tidak layak bagi sesiapa pun termasuk juga Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk memperlekehkan peribadi Rasulullah Sayyidul Mursalin didalam apa cara sekalipun!
Dahulunya Nik Aziz pernah berkata bahawa Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam sebelum diangkat Allahu Ta'ala menjadi RasulNya cuma sama seperti mana mana budak budak kampong!
Kemudiannya Allah Subhanahu Wa Ta'ala boleh secara rambang memilih untuk menjadikan Baginda Sallalahu Alaihi Wassallam untuk menjadi RasulNya yang teragung dan terakhir???
Keliru tahap gabanlah Nik Abdul Aziz Nik Mat yang boleh terlepas cakap macam itu!
Cuba tengok cara Mursyidul Am PAS hina Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam didalam rakaman video dibawah ini dan Ustaz Kazim Elias membidas Nik Aziz sebab hina Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam:
Kita memang cukup hairan bagaimana seorang yang mengaku dan menerima menjadi Mursyidul Am PAS @ sebuah parti politik yang dahulunya berteraskan perjuangan mendirikan sebuah negara dan daulah Islamiyyah di bumi Semenanjung Tanah Melayu ini boleh begitu cuai dan cemerkap didalam berkata tentang peribadi Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam???
Kita perlu memperingatkan sesama Islam supaya sebelum berkata kata mengenai sesuatu apatah lagi bila berkenaan peribadi Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam supaya mengkaji dan menyelidik terlebih dahulu dan memastikan kesahihan pendapat ataupun fikrah kita itu sebelum berkata, menulis atau mengulas tentang Baginda Sayyidul Mursalin!
Selagi Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak mengeluarkan kenyataan memohon maaf kepada seluruh umat Islam kerana terkhilaf memperlekehkan Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam, maka kita tidak harus berdiam diri membiarkan ia bebas bercakap sesedap mulut!
Apa kita nak jawab pada Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam di Yaum al Mahsyar nanti bila Nabi Muhammad Sayyidul Mursalin bertanya kepada kita kenapakah kita sanggup membiarkan orang seperti Nik Aziz memperlekehkan diri Baginda semasa kita dok hidup kat dunia ini???
Jika kita ini mengaku menjadi umat Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam, maka jatuh wajib kita tibai balik sesiapa sahaja yang berani menghina Nabi termasuklah Nik Abdul Aziz Nik Mat!
Ayuh saudara saudari kita mempertahankan maruah dan peribadi Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam!
Bila kita dibangunkan semula di Yaum al Mahsyar nanti, kita nak kena mengadap Allahu Ta'ala dan Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam! Bukan Nik Aziz atau mana mana Raja atau Sultan sekalipun!
Hidup hanya demi Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam!
Cuba kita lihat Surah Al Ahzab Ayat ke 56 didalam Al Quranul Karim:
Bismillahirrahmanirrahim Dengan nama Allah, Maha Pengasih, Maha Penyayang |
Transliteration
InnAllah ha wamala-ikatahu yusalloo na' alan Nabiyyi * Ya ayyuhal lathee na 'amanoo sollu 'Aalayhi wassallimu tasleema!
Malay
Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.Sesungguhnya kita ini hidup di Akhirul Zaman dimana terdapat ramai ulama' suu' yang mengajar perkara karut marut bersulam seli dengan pendapat sendiri yang banyak membawa kerosakan dari kebaikan didalam kerja seharian mereka!
Pilihlah guru atau mursyid yang sebenar dan berwaspadalah wahai saudara saudari seIslam dengan ku dari terikut para penghina dan peleceh Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam.
Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala memelihara kita semua dari terjebak bersama mereka yang ternyata keliru didalam pegangan akidah mereka terutama yang berkaitan dengan pemahaman tentang siapakah dia Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassalatu Wasallam?
Wabillahi Taufik Wal Hidayah.
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
> sumber : MAHAGURU58
No comments:
Post a Comment