Wednesday, January 23, 2013

# RCI ~ PATI SABAH PERLU DITANGANI SECARA BIJAKSANA

Isu ini perlu dilihat secara holistik bukan bersifat serpihan dan emosi. Umum mengetahui mereka yang lari ke Malaysia bukan kerana kehendak mereka. Mereka adalah pelarian Perang yang tiada masa hadapan dan nasib yang belum tentu bagaimana akhirnya sejak puluhan tahun dulu.


Manakala rakyat keturunan Indonesia juga telah berabad lamanya berada di Sabah disebabkan faktor geologi yang bersempadan dengan Kalimantan yang lebih dikenali sebagai kepulauan Borneo.  Malahan apabila Sabah menyertai Malaysia, maka sektor pembangunan berkembang maju yang memerlukan tenaga kerja. Disebabkan faktor jajaran perjalanan yang agak mudah, maka kedatangan PATI Indonesia mudah berada di Sabah.

Persoalan yang dibangkitkan bukanlah masalah, tetapi cara menyelesaikannya yang bermasalah.

Isu sabah sebenarnya cuma orang ISLAM yang susah dapatkan IC / kad pelarian (samada penduduk asal atau luar) tetapi sekiranya kristian , mereka lebih mudah ( samada dibayar rasuah atau Persatuan Kristian yang membela kepentingan puak2 kristian disana).

Pertembungan yang berlaku disana bukan sekadar SURVIVAL penduduk setempat yang rimas akan kebanjiran PATI..tetapi lebih berkisar SURVIVAL ISLAM disana dan betapa ambil berat hal saudara seislam kita.

Kebanjiran PATI (sebenarnya- UMAT ISLAM TAUSUG; memberi kekuatan ISLAM disana jika ditangani dengan cara yang bijaksana). Cuma bagi para pemuka gerakan PARTI POLITIK melihat sudut pengaruh mereka akan memudarat samada dari Parti politik SABAH ataupun dari Pakatan RAkyat

Menjadi masalah Para Pelarian ini apabila keperluan asas mereka tidak lepas. Mereka melakukan apa sahaja kerja asal mampu mencari sesuap nasi... Mereka hanya ada sehelai dokumen yang membolehkan tinggal sahaja namun tiada hak-hak lain seperti mendapatkan kerja (melainkan akan ditipu), hak mendapatkan pendidikan..dan sebagainya. ISU KEMANUSIAAN masih banyak yang belum selesai.

Justeru apabila manusia  terdesak mereka akan sanggup melakukan apa sahaja demi menyara anak dan isteri ...

Kini penduduk sabah merengek-rengek bagai anak kecil mahu mereka yang datang dari negara tetangga agar dihantar pulang sedangkan PATI yang datang itu tertindas, memerlukan tempat berteduh dan IHSAN saudara seislamnya sendiri...

Mengapa kita bersikap mementingkan diri sebegini rupa...?? Usahlah kita berperangai seperti orang yang tiada iman didada...

Anda menghantar semula mereka kesana..mereka akan tetap kembali kesini kerana keluarga mereka semua disini....atau mereka akan mati ditengah lautan tanapa diketahui sebabnya...adakah ini menyelesaikan masalah???


No comments:

Post a Comment