"Kertas
siasatan itu disambung semula berdasarkan maklumat tambahan yang
terbaru dan ia disiasat untuk memastikan kebenaran dakwaan
itu...mereka yang terbabit dalam siasatan itu termasuk bekas Timbalan
Perdana Menteri dan kini Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim
akan dipanggil untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan..."
-
Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil
Panel Penilaian Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengarahkan siasatan dijalankan terhadap bekas Setiausaha Sulit Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali, yang didakwa memiliki aset dan harta melebihi pendapatan penjawat awam, antara 1995 dan 1997.
Kesan
arahan ini pastinya dua orang lagi yang dikaitkan dengan kes ini
iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Ketua Pengarah SPRM pada
ketika itu, Datuk Shafee Yahaya menjadi gementar.
Azmin
sendiri pastinya gelabah apabila kes ini akan dibuka semula kerana
SPRM mahu siasatan dijalankan untuk mengetahui apakah dakwaan ini
benar atau tidak.
Dengan kata lain, soal hukuman tidak penting tetapi untuk membuktikan memang Azmin dan isteri, Shamsidar Taharin memiliki saham, rumah dan kereta mewah bernilai kira-kira RM1.5 juta dan hampir RM10 juta dalam bentuk wang tunai dan cek.
Pastinya Shafie juga yang selama ini menonjolkan dirinya sebagai ‘manusia baik’ sedangkan mengikut sahaja arahan Anwar akan berada dalam keresahan dan gementar.
Apa lagi kini ada pihak mahu mendedahkan kisah Shafiee seperti laporan di bawah:
Dengan kata lain, soal hukuman tidak penting tetapi untuk membuktikan memang Azmin dan isteri, Shamsidar Taharin memiliki saham, rumah dan kereta mewah bernilai kira-kira RM1.5 juta dan hampir RM10 juta dalam bentuk wang tunai dan cek.
Pastinya Shafie juga yang selama ini menonjolkan dirinya sebagai ‘manusia baik’ sedangkan mengikut sahaja arahan Anwar akan berada dalam keresahan dan gementar.
Apa lagi kini ada pihak mahu mendedahkan kisah Shafiee seperti laporan di bawah:
Pengerusi Panel, Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil berkata semalam, panel berkenaan mengarahkan SPRM menyambung siasatan berdasarkan kertas laporan siasatan yang dibuka pada 2009.
"Kertas siasatan itu disambung semula berdasarkan maklumat tambahan yang terbaru dan ia disiasat untuk memastikan kebenaran dakwaan itu," katanya semalam.
Beliau berkata mereka yang terbabit dalam siasatan itu termasuk bekas Timbalan Perdana Menteri dan kini Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dipanggil untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan. Katanya cabaran utama untuk menyiasat kes berkenaan adalah mencari bukti kukuh kerana kes berlaku pada 1995 dan telah agak lama.
Pengendali portal Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin mendakwa mendapat maklumat mengenai salah guna kuasa oleh Anwar untuk menghalang siasatan terhadap Azmin daripada seorang bekas pegawai kanan Badan Pencegah Rasuah (BPR), yang menyerahkan dokumen sulit bertarikh 15 Mei 1995 itu di London bulan lalu.
Dalam portalnya, Raja Petra mendakwa berdasarkan dokumen mengikut Akta Rahsia Rasmi, BPR mempunyai bukti jelas Azmin dan isteri, Shamsidar Taharin memiliki saham, rumah dan kereta mewah bernilai kira-kira RM1.5 juta dan hampir RM10 juta dalam bentuk wang tunai dan cek.
Hadenan berkata siasatan terhadap Azmin akan mengambil masa lama selain cabaran menentukan apakah seksyen yang bersesuaian untuk disiasat pada masa kini kerana terdapat perbezaan peruntukan undang-undang.
"Pada
ketika ini adalah salah bagi penjawat awam yang memiliki aset
melebihi pendapatan dan diragui punca hasilnya mengikut Seksyen 36
Akta Pencegahan Rasuah 2009," katanya.
Beliau
bagaimanapun berkata kes itu berlaku pada 1995 dan pada ketika itu
undang-undang terpakai adalah mengikut Akta Pencegahan Rasuah 1961
yang tidak mempunyai peruntukan undang-undang sekarang.
Beliau
berkata mengikut undang-undang 1961, kesalahan seperti itu hanya
memperuntukkan tindakan tatatertib oleh jabatan.
Hadenan
berkata bagaimanapun panel penilaian mendapati adalah wajar satu
siasatan dijalankan bagi memastikan kebenaran dalam dakwaan
itu.
Katanya SPRM juga akan memanggil bekas Ketua Pengarah SPRM pada ketika itu, Shafee Yahaya manakala pegawai penyiasat kes tersebut telah meninggal dunia.
Katanya SPRM juga akan memanggil bekas Ketua Pengarah SPRM pada ketika itu, Shafee Yahaya manakala pegawai penyiasat kes tersebut telah meninggal dunia.
No comments:
Post a Comment