Sunday, January 13, 2013


Wajib baca! Lagi penipuan Kristian atas isu kalimah Allah


Diulang beribu kali di merata-rata tempat oleh si evangelis bahawa orang Kristian kita sudahpun menggunakan Injil versi bahasa Melayu sejak awal kurun ke-17.
Kali ni MCA yang kena jawab. Minta parti itu segera tolong jawab.
***  ***  ***
“Jangan konpius”, tegur Adun Jerusubang DAP Hannah Yeoh (screenshot bawah).
Manakala Datuk Lee Hwa Beng, bekas Adun Jerusubang MCA selama tiga penggal sebelum ini, mentweet bahawa dia mempunyai satu naskah kitab Injil bahasa Melayu yang diterjemahkan dalam tahun 1612.
“We have a copy of the Malay Bible that was translated 400 yrs ago in 1612.” (screenshot bawah)
Twitter hannahyeoh Do not confuse
Twitter hwabeng We have a copy of
Terjemahan tahun 1612 oleh A.C. Ruyl yang kemudiannya dicetak tahun 1629 (lihat gambar atas) itu hanya surah Matius sahaja.
Matius berupa satu surah. Kitab Injil ada banyak surah.
Buku Injil Perjanjian Baru:
  1. surah Matius (Matthew)
  2. surah Markus (Mark)
  3. surah Lukas (Luke)
  4. surah Yohanes (John)
  5. surah Kisah Para Rasul (Acts [of the Apostles] )
  6. surah Roma (Romans)
  7. surah Korintus (1 Corinthians)
  8. surah Korintus (2 Corinthians)
  9. surah Galatia (Galatians)
  10. surah Efesus (Ephesians)
  11. surah Filipi (Philippians)
  12. surah Kolose1 (Colossians)
  13. surah 1 Tesalonika (1 Thessalonians)
  14. surah 2 Tesalonika (2Thessalonians)
  15. surah 1 Timotius (1 Timothy)
  16. surah 2 Timotius (2 Timothy)
  17. surah Titus (Titus)
  18. surah Filemon (Philemon)
  19. surah Ibrani (Hebrews)
  20. surah Yakobus (James)
  21. surah 1 Petrus (1 Peter)
  22. surah 2 Petrus (2 Peter)
  23. surah 1 Yohanes (1 John)
  24. surah 2 Yohanes (2 John)
  25. surah 3 Yohanes (3 John)
  26. surah Yudas (Jude)
  27. surah Wahyu (Revelations
Twitter hannahyeoh With teresakok
Surah-surah New Testament dirangka dalam zaman selepas Yesus sementara surah-surah Old Testament – lihat buku Perjanjian Lama, bawah – kitab Injil mendahului wahyu Yesus.
  1. surah Kejadian (Genesis)
  2. surah Keluaran (Exodus)
  3. surah Imamat (Leviticus)
  4. surah Bilangan (Numbers)
  5. surah Ulangan (Deuteronomy)
  6. surah Yosua (Joshua)
  7. surah Hakim-hakim (Judges)
  8. surah Rut (Ruth)
  9. surah 1 Samuel
  10. surah 2 Samuel
  11. surah 1 Raja-raja (1 Kings)
  12. surah 2 Raja-raja (2 Kings)
  13. surah 1 Tawarikh (1 Chronicles)
  14. surah 2 Tawarikh (2 Chronicles)
  15. surah Ezra
  16. surah Nehemia
  17. surah Ester
  18. surah Ayub (Job)
  19. surah Mazmur (Psalms)
  20. surah Amsal (Proverbs)
  21. surah Pengkhotbah (Ecclesiastes)
  22. surah Kidung Agung (Song of Solomon)
  23. surah Yesaya (Isaiah)
  24. surah Yeremia
  25. surah Ratapan (Lamentations)
  26. surah Yehezkiel
  27. surah Daniel
  28. surah Hosea
  29. surah Yoel
  30. surah Amos
  31. surah Obaja
  32. surah Yunus (Jonah)
  33. surah Mikha
  34. surah Nahum
  35. surah Habakuk
  36. surah Zefanya
  37. surah Hagai
  38. surah Zakharia
  39. surah Maleakhi
Kitab Injil aliran Protestant mempunyai (27+39=) 66 surah, kitab Injil Roman Katolik mempunyai 73 surah dan kitab Injil Yunani Ortodoks mempunyai 78 surah.
Maka terjemahan “Injil Matius” cetakan tahun 1629 yang diuar-uarkan oleh si evangelis itu hanya merupakan 1/66 bahagian al Kitab kalau ikut Protestant dan 1/73 kalau Katolik.
Mengungkit terjemahan sebuah surah Gospel dalam tahun 1612 dan digambarkan kewujudannya itu sebagai orang Kristian Malaysia sudah menggunakan kitab injil Melayu sejak 400 ratus dahulu – adakah ini tepat?
Twitter hwabeng @kcTai_KC Allah has been used
PakiamInjilGambar: Injil dipegang Archbiskop Murphy Pakiam yang membawa isu penggunaan kalimah Allah ke mahkamah bagi pihak akhbar gereja ‘Herald’.
Adakah buku merah dalam tangannya itu hanya mengandungi surah Matius (jika ya, barulah betul kata terjemahan tahun 1612) ataupun ia kitab lengkap? 
Satu majlis telah diadakan oleh orang Kristian baru-baru ini pada Nov 5 untuk merayakan ulangtahun ke-400 pengalihan bahasa kitab Injil ke bahasa Melayu. Nampaknya masyarakat Kristian begitu beriya-iya dengan propaganda “400 tahun” mereka.
Namun bolehkah titik sejarah penterjemahan satu surah ke bahasa ‘Indonesia’ disamakan dengan tarikh kitab Injil diterjemahkan ke bahasa ‘Melayu’?
Tokong DAP mesti selalu berkhutbah
Evangelis DAP mesti selalu berkhutbah

Sejarah terjemahan ke bahasa ‘Melayu’ (Indonesia)

1651: Lima surah – Matius, Markus, Lukas, Yohanes & Kisah Para Rasul – oleh A.C. Ruyl
1652: Surah Mazmur oleh Jan van Hasel & Justus Heurnius
1662: Surah Kejadian
1668: Buku-buku Perjanjian Baru oleh Rev. Daniel Brouwerious yang menggunakan banyak kata-kata pinjaman daripada bahasa Portugis
1733: Elkitab lengkap oleh Melchior Leijdecker
1758: Kitab dalam tulisan Jawi
1861: Gospels (Matius, Markus, Lukas, Yohanes) oleh H. C. Klinkert
1868: Matius oleh Klinkert dengan bantuan “Encik Mumin” yang berasal dari Kepulauan Riau
1870: Perjanjian Baru oleh Klinkert
1879: Al-kitab oleh Klinkert
(Sumber: Dr Daud Soesilo, Bible Society of Malaysia)
Terjemahan-terjemahan yang tersenarai di atas dibuat orang Belanda dalam bahasa Indonesia. Hanya dalam tahun 1912 baru ia dibuat oleh William G. Shellabear dalam bahasa Melayu semenanjung (Tanah Melayu).

Edisi yang dipakai

Kerja terjemahan kitab Injil ke bahasa Melayu oleh Bible Society Malaysia habis pada penghujung tahun 1996 dan Revised Malay Bible Alkitab Berita Baik dilancarkan di Gereja Trinity Methodist, Petaling Jaya pada 25 Jan 1997.
Edisi ini dicetak 35,000 naskah.
Jadi boleh kata penggunaan kitab Injil versi lengkap dalam bahasa kebangsaan (cetakan tempatan) secara meluas sebenarnya hanya mencecah 15 tahun dan bukannya 400 tahun.
Takkan lah satu surah, iaitu Matius dalam bahasa Indonesia – yang tidak pun semestinya pernah diedarkan ke tanah jajahan Sarawak dan North Borneo (Sabah) yang dikuasai Inggeris dan bukan Belanda – mahu dicanangkan sebagai terjemahan lengkap.
Orang Kristian cakap biar betul.
***  ***  ***
Timbalan ketua Biro Publisiti MCA baru-baru ini mengkritik PAS sebagai tidak liberal. Ini membayangkan MCA tidak berpuashati terhadap beberapa larangan yang dikeluarkan parti Islam tersebut, termasukpusing balik PAS berkaitan kalimah Allah.
“The DAP has tried to show that PAS has become liberal but the reality is that the Islamist party has consistently showed its intolerant ways towards other minorities.”
Lantaran itu, kita hendak tahu apa pendirian MCA atas kalimah Allah.
Memandangkan ianya bekas Adun MCA Subang Jaya (rujuk tweet-tweet Datuk Lee Hwa Beng atas) yang menggembar-gemburkan Injil Melayu sebagai berusia 400 tahun, rasa-rasanya betul juga tanggapan orangramai bahawa parti tauke akhbar itu memang pro-evangelis.
Hakikat ini kerap dicerminkan The Star – tengok pada siapa yang sering dipromosi akhbar itu.
Twitter  TheStarEC AskYouTiup session
TheStarEC following


DAPSubangJaya Cina YouTiupTwitter hannahyeoh Hubby & I both preaching in 2013-01-03 18-10-28

No comments:

Post a Comment