Sunday, February 10, 2013

LESEN ARAK

Lulus Lesen Arak Di Kelantan - Azhar Idrus Sifatkan Kerajaan Pas Juga Kerajaan Syaitan - Video
"Kerajaan Pas Kelantan kerajaan syaitan, Nik Aziz Ulamak syaitan, Ustaz Pas ustaz syaitan", kenyataan itu merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Ustaz Azhar Idrus keatas mana-mana kerajaan yang membenarkan perniagaan arak dan judi, beliau memetik ayat Al-Quran didalam Surah Al Maaidah, Ayat 90,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.


Dengan penjelasan yang dibuat oleh Ustaz Azhar itu ternyata ianya tepat terkena keatas pemerintahan ulamak syaitan yang sering mengkafirkan dan menyalahkan orang lain. Buktinya sebahagian gambar-gambar dari blogger AOK rakam disekitar Kota Bharu terutamanya di Sri Cemerlang pada klip video dibawah.

Dijangkakan terdapat lebih 80 kedai menjual arak disekitar bandar Kota Bharu diberikan lesen yang sah oleh kerajaan Pas Kelantanmanakala yang menjualnya secara haram tanpa lesen dianggarkan melebihi 10 buah kedai.

Disamping itu terdapat juga beberapa pusat hiburan seperti Pub dan karaoke, namun belum dapat dipastikan samada ianya menjalankan aktiviti itu secara haram atau mempunyai lesen.

Bagaimanapun isu pemberian lesen arak itu pernah dijawab oleh kerajaan Pas Kelantan yang membenarkannya diatas alasan ia dikeluarkan kepada golongan bukan Islam walaupun sebelum ini mengecam tindakan sama kerajaan BN diatas isu tersebut. Anda Mampu Mengubahnya.


Mungkinkah fatwa 'syaitan' itu tidak terpakai jika ia dilakukan oleh kerajaan Nik Aziz ?
LIHAT JUGA PENDEDAHAN SUARA BLOGGERS 
EKSKLUSIF GAMBAR DAN VIDEO SARANG PELACURAN DI KOTA BHARU TERBONGKAR


>Sumber

No comments:

Post a Comment