Talam Corporations atau nama barunya Trinity Corporations terus
hidup senang lenang apabila Kerajaan Selangor yang dipimpin oleh Khalid Ibrahim
mengambilalih segala hutang piutangnya dan kemudian membuat lebihan bayaran
lebih RM100 juta. Apabila rakyat Selangor mulai bising, Khalid Ibrahim kata
Kertas Putih akan dikeluarkan. Sehingga sekarang, jangankan kertas putih,
kertas A4 pun tak nampak lagi dan tidak mungkin akan nampak sebab Khalid
Ibrahim serta Pakatan Haram berasakan rakyat Selangor sudah lupa.
Kini muncul pula pengambilalihan hutang UNISEL dengan sebuah
syarikat yang menyediakan perkhidmatan asrama kepada para pelajar UNISEL. Di
sebalik pendidikan percuma yang dilaung-laungkan, akhirnya yang diperlukan oleh
UNISEL untuk menjelaskan semua hutang-hutangnya serta membiayai perjalanan kos
operasinya adalah daripada PTPTN, skim pinjaman yang amat dibenci oleh Pakatan
Haram.
Sebelum rakyat kembali mempersoalkan Kerajaan Selangor yang
gagal menyalurkan dana dan geran kepada UNISEL sehingga universiti milik
Kerajaan Selangor itu bagaikan mayat yang sedang mereput, Khalid Gagap
mendahului dengan cerita konon-kononnya Kerajaan Negeri Selangor akan
mengambilalih segala hutang piutang UNISEL urus asrama dengan syarikat
berkenaan.
Sekali lagi Khalid Gagap menuturkan janji. Ribuan pelajar baru
UNISEL tidak dapat memasuki asrama setelah UNISEL gagal menjelaskan hutang
dengan syarikat pengurusan asrama dan Khalid Ibrahim berasakan, ini peluang
untuk dia mencipta nama sekalipun Khalid Ibrahim juga sedar, dia dan Kerajaan
Negeri Selangor tidak akan mampu menyelesaikan masalah tersebut.
Ia seperti kisah kemelut Kerajaan Negeri Selangor dengan SYABAS.
PKR semasa berkempen PRU12 berjanji dalam manifesto, akan memberikan air
percuma sebanyak 20 meter padu kepada rakyat Selangor. Beberapa bulan selepas
kemenangan, PKR dan Pakatan Haram langsung tidak kelihatan hendak menunaikan
janji berkenaan kerana sedar, untuk menunaikan janji, Kerajaan Negeri Selangor
perlu menanggung subsidi atau berhutang dengan SYABAS. Faedah daripada
penswastaan bekalan air terawat tidak diperolehi, sebaliknya Selangor pula yang terpaksa berhutang
berbaris.
Tidak mampu membayar hutang dan tuntutan SYABAS kepada Kerajaan
Selangor yang dibuat menerusi tindakan undang-undang menyebabkan Pakatan Haram
dan PKR menjalankan kempen mengambilalih pengurusan air dari SYABAS. Bahkan
kebelakangan ini pula, apabila hutang Kerajaan Selangor dengan SYABAS sudah
meningkat lebih RM1 bilion, Khalid memerintahkan agar Pengerusi SYABAS meletak
jawatan dan Kerajaan Negeri akan
mengambilalih SYABAS dalam tempoh 14 hari.
Apabila dia sendiri berhutang, dalam masa sama bimbang rakyat
Selangor terutama penyokong sendiri mulai sedar akan kemusnahan yang dilakukan
oleh mereka (Pakatan Haram) sepanjang mereka berkuasa di Selangor selepas
PRU12, maka cerita pengambilalihan menjadi cerita standard dan stereotaip kepada
Khalid Gagap.
Mana ada hukum dalam apa-apa bidang, pihak yang siberhutang
boleh mengambilalih pemberi hutang, kecuali di Selangor! Pelik sangat-sangat.
Alasan paling bangang yang diberikan oleh Khalid Gagap bagi
mewajarkan tindakan baculnya itu ialah, RAKYAT, walhal Pakatan Haram tidak
pernah bertindak bijak untuk rakyat Selangor pun, melainkan untuk mendapat
publisiti serta promosi Pakatan Haram.
Apa yang tidak di’rakyat’kan oleh Pakatan Haram untuk
menunjukkan konon-kononnya mereka lebih baik daripada Kerajaan UMNO-BN?
Merakyatkan ekonomi, sedangkan bukan ekonomi dirakyatkan, sebaliknya rakyat
yang perlu tutup mata dan pekup mulut melihat kroni-kroni serta
syarikat-syarikat pembiaya dana pilihanraya, khususnya untuk PKR dan DAP
mengaut keuntungan besar daripada hasil bumi Selangor.
Bantuan segala macam untuk semua peringkat, masih lagi kekal
melekat dalam Manifesto Pakatan Rakyat 2008 tanpa ditunaikan dengan
bersungguh-sungguh. Kalau ditunaikan pun, cukup sekadar untuk mendapat
publisiti dan penyebarannya di media sendiri. Keluarkan modal untuk dua tiga
orang penyokong terpilih, kemudian uar-uarkan seolah-olah bantuan berkenaan
diperolehi oleh semua rakyat Selangor.
Kes yang sama dilakukan dalam masalah UNISEL ini… tetapi sesuatu
yang tidak mungkin disedari oleh Khalid Gagap dan Pakatan Haram Selangor ialah,
mereka sudah mula menjilat ludah dan kahak sendiri apabila secara terbuka
menyatakan, pembiayaan kos operasi UNISEL datangnya daripada yuran pengajian
pelajar-pelajar baru. Dan yuran pengajian pelajar-pelajar baru pula hampir 99%
datangnya dari PTPTN…
Kalau PTPTN dimansuhkan sebagaimana yang mereka inginkan,
agak-agaknya apa nasib UNISEL sekarang?
Dari Sumber
No comments:
Post a Comment