Tanah
Merah: Seorang pemuda cedera di kepala ketika memasang bendera dan sepanduk
Barisan Nasional (BN), dipercayai ditetak seorang penyokong parti pembangkang
di Kampung Batu 5 1/2, Jalan Bendang Nyior di sini, kelmarin.
Kejadian
berlaku jam 6.45 petang ketika Mohd Dasuki Yusoff, 31, sedang meninjau lokasi
sesuai di sebuah jambatan berdekatan kampung berkenaan bagi memasang bendera
dan sepanduk. Dasuki berkata, ketika berada di lokasi itu, sebuah kereta yang
dinaiki tiga lelaki berhenti di atas jambatan dan memintanya supaya tidak
memasang bendera dan sepanduk berkenaan di situ.
Saya
mempersoalkan tindakan lelaki terbabit yang melarang tindakan saya itu kerana
sebelum ini tidak ada pihak yang menghalang bendera parti pembangkang dipasang
di kawasan dikuasai BN," - Mohd Dasuki Yusoff
Rasa tercabar
Katanya,
mereka memberi alasan kawasan itu adalah kubu kuat parti pembangkang dan tidak
membenarkan bendera serta sepanduk BN dipasang di situ.
“Saya
mempersoalkan tindakan lelaki terbabit yang melarang tindakan saya itu kerana
sebelum ini tidak ada pihak yang menghalang bendera parti pembangkang dipasang
di kawasan dikuasai BN.
“Mungkin kerana
tercabar dengan soalan saya itu, seorang daripada mereka yang juga penghulu kampung
terbabit meluru keluar dari kereta, lalu menghampiri saya serta menumbuk muka
saya,” katanya di sini, semalam.
Dasuki berkata,
ketika berada di rumah selepas kejadian itu, dia didatangi pula seorang pemuda
berusia 26 tahun yang menaiki motosikal memasuki pekarangan rumah sambil
memarahinya berikutan kejadian di atas jambatan itu.
Beliau
berkata, ketika bertikam lidah dengan pemuda terbabit, tiba-tiba lelaki itu
mengeluarkan sebilah parang daripada motosikal dan menetak belakang kepalanya.
Kena enam jahitan Katanya, sebaik melihat dia cedera, pemuda terbabit melarikan
diri dengan meninggalkan motosikalnya di pekarangan rumah dan bapa saudara yang
melihat kejadian itu terus membawanya ke Hospital Daerah Tanah Merah (HTM)
untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Akibat
tetakan itu, saya menerima enam jahitan di kepala dan membuat laporan polis di
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah malam kelmarin,” katanya.
Ketua Polis
Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Abdul Aziz Mahmud, mengesahkan
menerima laporan itu dan kes berkenaan sedang dalam siasatan.
Komen : PAS Kelantan semakin terdesak dek kerana
berjayanya gelombang merah oleh UMNO Kelantan yang telah menarik ramai
ahli-ahli dan penyokong PAS kembali menyokong kepada UMNO/BN. Politik
ganas dan ekstrem seperti ini adalah mainan politik PAS di Kelantan bagi menakut-nakutkan parti lawan. Penyokong-penyokong PAS sudah hilang arah dek kehilangan
sokongan hingga sanggup menetak kepala saudara
seislamnya sendiri hanya kerana tidak mahu bendera dan sepanduk BN dipasang di
kawasan kubu kuat mereka.
No comments:
Post a Comment