Jabatan Perkhidmatan Awam telah lama
mengeluarkan pekeliling mengenai syarat-syarat kepada penjawat awam sekiranya
mahu berpolitik. Antaranya, tidak mengganggu tugas-tugas rasmi dan dilakukan di
luar waktu pejabat.
Memang ramai penjawat awam yang terlibat dalam politik,
tetapi mereka ini bukan terlibat secara langsung. Sekadar cakap berapi-rapi
yang boleh diumpamakan sebagai agen propaganda parti politik yang berperanan
menghasut.
Yang peliknya, penjawat-penjawat awam
sama naik juga. Ada kalangan mereka sepanjang lapan jam waktu bertugas,
menghentam majikan mereka itu dan ini. Ada dikalangan mereka tidak segan-segan
mengaku diri mereka penyokong tegar parti pembangkang. Maka semua dasar dan apa
saja yang dilakukan kerajaan untuk rakyat dipertikaikan, tapi bab-bab gaji,
elaun, bonus serta kemudahan-kemudahan lain yang kerajaan beri kepada mereka,
tidak pula dipersoalkan.
Namun apabila parti pembangkang yang
mereka puja-puja itu mencadangkan bilangan penjawat awam dikurangkan kerana
terlalu ramai, tidak menyumbang apa-apa kepada pembangunan ekonomi negara dan
hanya pembaziran semata-mata, mereka hanya MEMBISU… tidak pula bangkit lantang
menghentam.
Penjawat-penjawat awam harus sedar
yang mereka telah ‘menanda-tangani akujanji’. Justeru buat saja tugas hakiki kerana
mereka dibayar gaji untuk melaksanakan kerja. Bila tiba masanya untuk memangkah
nanti…pilih lah mana yang layak, mana yang banyak memberi manfaat kepada kita,
anak-anak kita dan juga Negara kita yang tercinta ini.
No comments:
Post a Comment