ANWAR GERTAK YONG TECK LEE: YOU KENA COVER I PASAL RCI, MASA YOU JADI CM SAYA BANYAK TOLONG YOU KAN, MASA TU I FINANCE MINISTER YOU JANGAN LUPA |
Pada PRU ke-8 pada tahun 1990, kira-kira 5 hari sebelum Hari pembuangan undi. Parti PBS yang bermesyuarat di rumah Ketua Menteri di Seri Gaya, Kota Kinabalu telah mengambil keputusan keluar dari BN. Akhirnya, UMNO terpaksa masuk ke Sabah untuk membantu USNO yang menghadapi kesukaran untuk menyelamatkan umat Islam dan Bumiputera Islam di Sabah ketika itu. Dalam kes ini, orang yang paling berjasa ialah Allahyarham Tun Ghafar Baba, bukannya Anwar Ibrahim!
Kemudiannya, pada tahun 1994 berlangsung pula PRU peringkat negeri Sabah. BN Sabah yang diketuai oleh UMNO Sabah hanya kekurangan 2 kerusi untuk membentuk Kerajaan Negeri. Nafsu dan Kerakusan Anwar tiada siapa yang mampu mengatasinya! Anwar Ibrahim mengambil kesempatan kerana pada tahun 1995 akan berlangsung Pemilihan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO. Lalu, Anwar Ibrahim membeli Lajim Ukin dengan diikuti oleh YB-YB PBS yang lain. Akhirnya hanya tinggal 5 orang YB PBS sahaja dalam parti PBS, yang lainnya semua dibeli oleh Anwar Ibrahim.
Idea membeli YB ini dicadangkan oleh Anwar Ibrahim. Tun Dr. Mahathir dan Tun Ghafar Baba menentang cara ini, namun Anwar Ibrahim pandai "kelentong", akhirnya dibeli juga. Tumbanglah kerajaan PBS! Cara ini hendak diulangi Anwar Ibrahim pada tahun 16 September 2008. Malangnya, Anwar tak cukup duit kerana Anwar Ibrahim hanya meletakkan di mulutnya sahaja akan membayar YB si polan YB si polan sekiranya sanggup berhijrah. Namun, semua YB tahu Anwar kaki kelentong.
Dalam hal ini, Mantan TYT Sarawak memberitahu kami, Anwar Ibrahim turut memujuk anaknya supaya melompat parti ke PR. Juga gagal.
Keghairahan yang meluap-luap Anwar mahu menjadi TPM dan seterusnya PM dibayangkan dengan jumlah Undi Perwakilan UMNO Sabah daripada 20 bahagian.
Anwar menggunakan kuasanya sebagai Menteri Kewangan, dengan menghambur wang ke bahagian-bahagian dengan syarat Mencalonkannya sebagai Calon Timbalan Presiden UMNO. Walaupun di depan Kamera TV dan di hadapan Tun Ghafar Baba, Anwar mengatakan tidak akan bertanding. Benar kata Pak Lah semalam, "saya kenal betul Anwar Ibrahim, Kaki Pembohong, depan cakap lain, belakang cakap lain!".
Anwar dengan kuasa dan kepercayaan yang diberikan oleh Tun Dr. Mahathir ketika itu Perdana Menteri, telah memberikan wang yang bukan sedikit untuk Proses memberikan IC-IC biru kepada pekerja asing dan pendatang asing. Anwar Ibrahim memberikan Arahan dan Wang supaya mereka mendaftarkan lebih banyak IC-IC baru supaya mereka boleh menjadi pengundi PRU Negeri Sabah pada tahun 1994, dan supaya mereka ini diserapkan memasuki UMNO untuk memenangkan proksi-proksinya di bahagian dalam Pemilihan UMNO tahun 1995.
Jika kamu sangsi modus oprendi ini, kamu boleh tanya YB DSP Salleh Said Keruak, YB Sipitang, YB Kalabakan, Karim Ghani dan banyak lagi lah. Sebab itulah YB DSP Salleh berkata supaya Anwar jangan membohong tetapi bercakap benarlah! Malangnya, Anwar tidak berani menjawab suara YB DSP Salleh Said Keruak!
Dalam satu majlis proksinya di Sabah, dengan egonya Anwar berkata"...apa kamu takut, Saya Menteri Kewangan Malaysia..." . Maksud Anwar, buat apa sahaja, jika kamu perlu Wang, Anwar Ibarhim boleh mencetak berjuta-juta not RM500 dan RM1000 atau Lot-Lot Saham dan tukarkannya di Bank Bumiputera (CIMB sekarang) menjadi wang ringgit. Anwar jugalah sebenarnya yang Membankrapkan Bank Bumiputera, bukan Tengku Razaliegh. Tengku pakar Ekonomi walhal Anwar kelulusan pengajian Melayu daripada UM! Orang lain ambil masa 3 tahun sudah dapat BA honours, tapi Anwar ambil masa 5 tahun untuk dapatkan BA, itupun General Degree(No Honours)!
Benar kata Pak Lah, sesudah Anwar memberikan Arahan dan Wang supaya proses sahaja, matlamatnya dia segera ke kerusi TPM dan kemudiannya PM. Arahan Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika itu ialah selesaikan masalah rakyat Sabah tanpa negara, rakyat Sabah tanpa dokumen, malangnya Anwar dan proksi-proksinya tidak melaksanakan Arahan dengan betul. Anwar membuat projek pula, proksi-proksinya turut membuat projek, akhirnya arahan Tun Dr. Mahathir tidak diikuti.
Apakah Tun Dr. Mahathir berdiam diri? Tidak sama sekali, untuk menyelesaikan hal ini, Kerajaan telah menangkap 98 Orang termasuk 16 Kakitangan JPN yang terlibat menjual Resit IC, menjual IC, Menipu Maklumat Diri dan sebagainya. Ini menunjukkan kerajaan sangat tegas! Tiada kompromi.
Jika kamu bercakap soal Integriti dan Kejujuran, siapakah yang lebih berintegriti Lulusan Doktor Perubatan atau Lulusan Sastera Sosial? Siapakah yang akan bercakap Fakta dan Auta Bermelangkolik?
Jika kamu bawa Anwar ke RCI. Dia akan bercakap berputar-putar macam ini, " masa itu saya jaga buku teks saja, saya mana sempat pergi Kota Kinabalu, Nala sudah tunggu saya 5.00pm depan pejabat mahu main tenis, masa saya Menteri Kewangan, wang saya biasa hilang di rumah RM20,000 tapi saya relaks sahaja sebab saya Meneri Kewangan. Saya bagitau Datuk Eskay wang saya hilang, saya tak pasti Sukma ker yang ambik dia memang ada dalam rumah. Itu IC Sabah saya tidak campur saya bagi wang sahaja, saya adalah tahu, tapi itu pun saya sudah lupa bla bla..." Inilah cara Anwar .
Maka, jika kamu mahu tahu lebih lanjut lagi campurtangan Anwar dalam hal IC Sabah, bolehlah bertanya kepada DSP Salleh Said Keruak, YB Sipitang, YB Kalabakan, Karim Ghani dan lain-lainnya itu.
No comments:
Post a Comment