Pada ketika seluruh negara heboh membincangkan isu penghinaan terhadap agama Islam yang semakin menjadi-jadi rupa-rupanya masih ada mereka-mereka di luar sana yang langsung tak menghiraukan dengan apa yang berlaku.
Sebaliknya
lebih menumpukan terhadap minat dan kegilaan mereka dalam melakukan aksi-aksi
yang cukup membahayakan malah jauh di luar budaya orang-orang Melayu itu
sendiri.
Apa yang MPA saksikan mungkin telah disaksikan oleh sebahagian daripada anda namun biarlah
MPA paparkan sekali lagi supaya ianya dapat dijadikan sebagai pengajaran kepada
kita khususnya dalam memastikan anak-anak , adik mahupun kakak kita daripada
terlibat dalam gejala seperti ini.
Percayalah
ianya tidak menguntungkan malah kelihatan amat tidak sopan dan MMI sendiri malu
melihat anak bangsa seperti ini.
Mungkin bagi
si awek tersebut beliau bangga bila di puja sebagai antara minah rempit paling
hebat kerana berani melakukan aksi sedemikian namun beliau mungkin terlupa
apakah yang akan terjadi sekiranya aksi seterusnya bersambung dengan satu
kemalangan?
Kepada semua
jom sama-sama kita pastikan rempit bukan lagi budaya anak muda kita.Kepada
semua anak-anak muda sekalian ingatlah negara perlukan kamu seperti mana bangsa
dan agama perlukan kamu hari ini.
No comments:
Post a Comment